Tuesday, July 8, 2014

Terung masak cili kering

Bahan bahannya

2 biji Terung panjang dipotong serong -digoreng
Tauhu basah dipotong 4 digoreng- optional
Satu biji bawang besar holland belah 6
1 biji Lada benggala hijau
2 ulas bawang putih cincang
2 biji cili padi diketuk
10 tangkai cili kering dikerat  2
2 sudu besar sos tiram
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Caranya..
1. Panaskan minyak. Masukkan cili kering goreng dulu hingga sikit garing.Masukkan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, cili padi.
3. Masukkan sos tiram. Masukkan sikit air
4. Masukkan sayur terung tauhu dan lada  benggala. Gaul rata.

Monday, May 5, 2014

Sayur bening jagung dengan kacang panjang

Back to basic.. sayur bening ni amat segar sekali jika dimasak waktu tengahhari diiringi dengan sambal belacan dan ikan masin. Orang kata orang jawa dan banjar jer yang suka masak style gini..kalo letak asam keping atau asam jawa jadilah sayur asam. No wonder ketika berkunjung ker negara seberang sayur macam ni jadi hidangan.. mereka banyak masak syaur rebus2 Patutlah mereka semua slim2 .

Saya suka jagung tongkol masak bening macam ni. Dulu masa saya kecil mak ada menanam jagung. Mana2 tongkol jagung muda  yang  masih lembut yang x de isi atau jarang2 isinya dipetik dijadikan sayur bening. Bukan baby corn tau.

Balik rumah potong bulat bulat pastu masak bening rebus cam ni jer. Cuma hiriskan bawang merah dan sikit ikan bilis. Bila dah masak manis jer kuah bening tu.. lawan plak sambal belacan dan ikan masin gelama atau ikan kembung goreng.. fuh... jagung tu plak digigit isinya dan hisap tongkolnya sampai habis manisnya..

Hidup dikampung dulu serba sederhana... hidup kena kreatif menggunakan bahan2 disekeliling rumah. Sayur petik keliling rumah pucuk ubi kangkung cili api pucuk paku cekur manis semua tumbuh dan ditanam keliling rumah. Nak buat sambal belacan cuma beli belacan jer. Kalau boleh buat belacan agaknya buat sendiri jugak.

Friday, January 17, 2014

Udang sambal

Sambal pedas marvelous mantap kedebaboo

Friday, May 17, 2013

Udang goreng butter basah

300 gram udang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 tangkai daun kari
1 sudu butter
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan tepung jagung
Minyak utk menggoreng

1. Gaul udang dengan garam dan teping jagung
2. Goreng udang sehingga masak. Jgn terlalu lama.Angkat dan tos
3. Cincang bawang putih dan cili padi
4. Panaskan butter dlm kuali. Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
5. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
6. Masukkan udang daun gaul rata. Siap

Friday, May 3, 2013

Sayur goreng campur

Pecel ikan pari

Bahan bahannya
Ikan pari di bakar kosong
Santan pekat
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi
Cekur ambil isi dan daunnya
Garam secukup rasa

Tumbuk bawang , cili dan isi cekur
Masukkan dalam santan dan didihkan .
Bila dah mendidih masukkan ikan dan taburkan daun cekur yang dihiris.

Monday, April 29, 2013

Jom mengail sembilang

Hasil adik pergi memancing dilaut. Ikan sembilang. Malangnya x de gambar ikan yang dah dimasak.
Lokasi pancing: laut kuala selangor
Menu masak: masak lemak kencur

Sambal tumis cili api

Saya punya kegemaran ni..sambal tumis cili api. Kalau dulu dulu cili api sentiasa ada ditanam di keliling rumah. Jadinya mak atau nenek lebih kerap gunakan cili api berbanding cili kering atau lada dalam masakan. X payah nak beli. Maklumlah org kampung kehidupan pun ala kadar. Pagi2 kalau buat lempeng cicahlah dengan sambal ni. Buat jemput2 pun sama. Sos2 tak main. Lagi lagi kalau tanak pulut putih. Aduh ... terliurnya.

Friday, December 21, 2012

Bakul Pastri dengan Tat Buah


Size: Size bakul 4 segi Lebih kurang 6 x 6 Inci dengan isi 38-40 biji tat nenas berbentuk strawberi HARGA : RM70 delivery within klang Valley Intrested : 0133621088 Muza 0133331320 Rizal

Saturday, November 10, 2012