Sambal pedas marvelous mantap kedebaboo
Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts
Friday, January 17, 2014
Friday, May 17, 2013
Udang goreng butter basah
300 gram udang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 tangkai daun kari
1 sudu butter
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan tepung jagung
Minyak utk menggoreng
1. Gaul udang dengan garam dan teping jagung
2. Goreng udang sehingga masak. Jgn terlalu lama.Angkat dan tos
3. Cincang bawang putih dan cili padi
4. Panaskan butter dlm kuali. Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
5. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
6. Masukkan udang daun gaul rata. Siap
Wednesday, April 4, 2012
Udang Goreng
Saya sangat suka udang goreng. Udang laut fresh memang ler sedap. Nak compare dgn udang yang di jual di pasarraya dan kedai sangat lah beza rasanya. Saya mesti piley.
P/s: saya lebih berminat dengan pinggan tu
P/s: saya lebih berminat dengan pinggan tu
Thursday, February 17, 2011
Udang Harimau Goreng
Inilah pertama kali saya beli Udang Harimau , laut mari pergi bukan bela tau. alkisahnya saya turun Bagan Pasir hajat nak cari lauk, pastu boleh la si apek tu jual lelong udaang rimau ni sebab dah dia tinggal sikit. adalah dalam sekilo cam tu dia bagi Rm15. Pastu saya beli Sotong kecik pulak RM6 sekilo. Udang laut kecil yang hijau2 sikit kulit dia pun rega dia RM 6. Baru naik . Ikan tuka-tuka RM5 sekilo. Sekilo dapat 5 ekor Yang ni saya bakar jer tapi tak sempat nak amik gambar dah habis kena ratah dulu. dan adalah beli beberapa jebnis ikan sikit . Total RM40. tapi saya dapat macam2. Yang penting segar dari ladang.....bagi sesiapa yang nak cari ikan fresh dan murah, Marilah ke bagan pasir Tanjung Karang. Tapi kalau turun hari minggu ada sedikit mahallah maklumlah time ni ramai orang luar singgah sini. Pastu ikan pun kena tengok.. depa ni pandai sekarang, ikan fresh kadang2 diaorang simpan, dia jual ikan semalam. Tapi masih ok lah berbanding kat pasaraya tu
Berbalik pasal udang harimau saya ni, saya hanya celupkan udang dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Serbuk roti ni pun saya kisar sendiri guna roti perancis yang tak abis tu. Pastu goreng hingga masak. Sedap dicicah ngan sos chili thai. happy cooking
Wednesday, February 16, 2011
Ketam Lemak Cili Api
Dah lama rasanya tak makan ketam. Saya beli ketam ni masa on the way balik kampung di kampung di kuala selangor. ketam ni fresh lagi baru naik dari laut. Masih menggeletik hidup masa duk pilih-pilih dia. Sizenya kecik2 jer dapatla 10 ekor sekilo..harga cuma RM7 sekilo. Murahkan.. yang penting fresh... Saya memng sengaja tak buang kulit cengkerangnya. Hanya korek perutnya yang terletak diatas kepalanya. Sayang beli mahal2 tak kan nak buang plak. Lagipun ada telur yang sedap kat dalam cengkerang ketam ni. Sangat manis dan sedap bila dah dimasak lemak ni. Hai bertambah2 lemak lah aku ni.
Bahan-bahannya:
Bahan-bahannya:
- 1 kilo ketam
- 7 ulas bawang merah -ditumbuk
- 20 biji cili api-ditumbuk
- 1 inci kunyit hidup-ditumbuk
- 2 tangkai serai dititik
- 1 helai daun kunyit
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau
- Masukkan ketam dan serai dan kacau hingga ketam bertukar kemerah-merahan
- Masukkan santan dan renih hingga ketam masak
- Jangan lupa Masukkan daun kunik yang telah disiat-siat kedalam masakan
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
Friday, February 11, 2011
sambal udang cili padi
Bagi penggemar makanan pedas macam saya, silalah mencuba sambal tumis udang ni. Selalu kita buat sambal tumis guna cli kering, tapi saya lebih menggemari cili api. Lebih sedap kalau guna udang kertas yang kecil2 tu. Cili api plak kena tumbuk baru kick. Tapi kali ni saya blend jer. Nak cepat kekdahnya...
- 300g Udang dibersihkan
- 30 tangkai cili api
- 5 ulas bawang merah
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- Minyak utk menumis
- Sedikit air
- Tumbuk cili api dengan bawang hingga lumat
- Tumiskan cili api yang dah ditumbuk tadi hingga kering
- Masukkan air sedikit
- Tambahkan gula dan garam serta air asam
- Masukkan udang dan renihkan hingga udang masak.
- Kalau nak goreng udang dulu pun boleh
Saturday, August 21, 2010
Friday, August 6, 2010
Sambal Bilis Kicap
Sempena nak puasa ni, nak share resipi yang sesuai dan membuka selera masa sahur..my hubby cukup suka ni. Masa mula-mula kenal hubby, nilah masakan pertama saya yang dia makan dan terus terjatuh chenta.....chewah. Sampai sekarang ni lah lauk feveret dia...
Rasanya sebelum ni pun dah penah post kat sini...
1-2 genggam ikan bilis digoreng
10 tangkai cili padi dihiris
2 labu bawang besar di mayang..(saya suka bawang lebih)
1 biji kentang dihiris nipis dan digoreng
1-2 papan petai di hiris
kicap manis secukupnya
Tumiskan bawang besar dan cili padi hingga agak kering.
Masukkan bilis, kentang, petai. Curahkan kicap secukupnya hingga membasahi semua bahan-bahan tadi.Boleh dihidangkan bersama nasi panas-panas....
Thursday, December 18, 2008
Claypot Seafood balls Tomyam
Yang ni kita masak guna claypot. Claypot kat umah ni jarang digunakan.Ini pun hasil pemberian orang. So terpikir nak masak tomyam. Tidaklah complete mana, guna barang-barang yang ada kat peti ais.Lagi pun hubby kena ulser mulut. Kurang selera nak makan nasi. So buatkan tomyam ni makan dengan bee hoon. Saya rasa tak yahlah nak tulis resipinya..semua orang pun dah tau camner nak masak tomyam.
Thursday, June 12, 2008
Sambal Sotong Petai Bersama Mangga

Bahan-bahannya
500g sotong
1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di mayang
5 ulas bawang merah di mayang
cili kering dikisar
1/2 inci belacan
3 biji mangga muda kecil
2 Papan Petai ambil isinya
sedikit air asam jawa
garam
3 sudu gula
Cara-caranya:-
1. Tumis Bawang putih dan Bawang merah hingga Garing baru masukkan Belacan
2. Masukkan Cili kering dan gula. Gula ni membantu membuat cili kering cepat garing dan masak
3.Bila dah garing masukkan sotong, petai, air asam, mangga muda
4. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa.
5. Didihkan lagi sehingga sotong masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)