Showing posts with label Kentang. Show all posts
Showing posts with label Kentang. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Sheperd Pie

Ini pertama kali saya buat sheperd pie ( haloo ejaan tah betul entah tidak). kalau ikut resipi intinya pakai daging tapi saya guna frankfuter jer. dah itu yang ada dlm peti. kita yang buat dia so suka hatilah nak buat cam ne yer tak. yang penting creativity.

Rasanya tak payah ler letak resipi. leh google jer. mcm2 ada

Tuesday, July 31, 2012

Bergedil kentang

Resipi bergedil saya simple sajer. Tapi lebih bagi saya sangat sedap. Rahsianya saya gunakan ikan bilis saje berbanding ayam atau daging. Lada sulah itu wajib letak tau. kalau tak tak naik rasanya

Bahan bahanya:

10 biji kentang-Belah Empat dan digoreng / rebus
7 ulas bawang merah-mayang dan goreng
2 ulas bawang putih- mayang dan goreng
Sedikit ikan bilis-goreng
2 besar sudu lada sulah kisar
Daun sup
3 biji Telur

Caranya:
  1. Lenyek kentang hingga hancur. Pastikan kentang digaul garam sebelum goreng
  2. Bilis goreng dan bawang goreng ditumbuk
  3. Gaulkan bawang,bilis, daun sup dan lada sulah dalam kentang lenyek hingga sebati.
  4. Jika suka pecahkan sebiji telur juga dalam kentang utk mengelakkan berderai ketika digoreng.
  5. Gaul rata. Bentukkan begedil mengikut citarasa masing
  6. Celupkan didalam telur dan goreng dengan api yang kecil

Wednesday, May 13, 2009

Baked Potato With Cheese




  • 5 Biji kentang Besar -prefer us or russet. kentang biasa pun bole
  • 2 tablespoon spoon Olive oil - me use normal cooking oil
  • Sedikit dry oregano
  • Garam
  • black pepper (tumbuk kasar)
  • Mozarella Cheese ( Moza??..macam nama I jer)

1. Basuh Kentang dan keringkan betul-betul. Jangan Kupas kulit

2. Cucuhkan kentang tadi dengan garfu sekelilingnya

3. Gaulkan dengan minyak, garam, oregano, dan black pepper.

4. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dlam oven 200 darjah celciuh selama 30 minit atau sehingga empuk

5. Balik-balikkan kentang tadi semasa dalam oven.

6. Bila sudah masak, keluarkan kentang dah belah empat ditengah tapi jgn sampai putus.

7. Picitkan sedikit kentang tadi sehingga sedikit isinya terkeluar.

8. Taburkan cheese dan bakar semula selama 5 minut sehingga cheese cair.

Wednesday, August 13, 2008

Kentang Bakar



Kentang ni favourite cangkir. Tak kiralah dimasak apa pun . Kalau boleh semua masakan nak letak kentang. Baru-baru ni ke Tesco nampak kentang yang kulit merah tu. Cantik jer kaler dia. Kalau citer bab harga memang harga dia berganda-ganda dengan harga kentang biasa ataupun russet potato. Tapi teruja punya pasal sambarlah jugak 4-5 ketul

Bahannya:
4 biji red skin potato/ russet
serbuk daun oregano
serbuk lada hitam
minyak zaitun/minyak masak
garam

1. Basuh kentang jgn dibuang kulit dan dipotong baji(wedges)
2. Taburkan dengan lada hitam, garam dan oreganu
3. Masukkan sedikit minyak dan gaul sehingga minyak menyaluti kentang
4. Bakar didalm ketuhar 250 darjah selama 30 minute atau hingga masak
5. Balik-balikkan kentang lepas separuh masa memasak.