Saturday, December 6, 2008

Tempura



Tempura nih resipi orang jepun. Kalau kita kat sini macam goreng pisanglah. Tapi yg specialnya mereka gunakan pelbagai jenis sayur juga. Ni cangkir guna sayur apa yang ada kat peti ais. Sebabnya masih ada sikit stok sayur masa beli kat cameron hari tu.

Adunan utk batter

1 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk kari/cili
1/2 sudu serbuk lada hitam
sedikit jintan manis
garam
1 cawan air
5 sudu minyak panas(ni petua yang membuatkan tepung kita rangup)

Sayuran yang digunakan
Terung panjang-dihiris nipis
Sayur kincam segar
Kobis-potong sekeping-keping
Beberapa jenis seafood ball

Antara sayuran lain yang sesuai dibuat tempura adalah..
Brokoli, cendawan, bendi, keledek, dll

1. Bancuhkan bahan seperti biasa seperti membuat bancuhan goreng pisang.
2. Celupkan sayur-sayuran tadi satu per satu dan goreng dengan minyak yang panas.
3. Hidangkan panas-panas dengan soso cili jika suka
Posted by Picasa

No comments: