Thursday, October 30, 2008

selamat tinggal syawal

Bulan syawal sudah sampai ke penghujungnya. Sejak raya hari tu cangkir tak berkesempatan nak update blog....nak cerita pasal raya pun macam dah basi. Tapi cangkir titipkan beberapa keping gambar suasana hari raya semasa di kampung tempoh hari. Tahun ni cangkir beraya bermula di rumah mak mertua. 2 hari sebelum raya cangkir dah balik ke rumah mertua tapi seorang jer... hubby kijer lagi sampailah hari selasa tghari..hu.hu..actually rumah mak cangkir ngan mak mertua tak jauh...so ulang alik jer ler.Semalam kat sana semalam kat sini..

Tahun ni adik beradik suami semua beraya di sini...so semua dapat berkumpul di pagi raya.

Ni plak keluargaku. Kami 3 beradik jer dan aku adalah yang sulung and the only daughter

Kat sini masih ada lagi budak2 yang main meriam pakai batang paip. Yang ni anak buah yang dok sibuk pasang meriam. Bukan sebatang dia buat tapi 3 batang. Sorang satu katanya. Bukan setakat budak jer bapak budak pun join sekali