Thursday, April 8, 2010

terkenang semasa dulu



seronoknya bila mengimbau zaman kanak-kanak semasa dulu... tak de rasa takut dan bimbang . berbasikal keliling rumah hingga kerumah jiran tetangga. Dulu-dulu pantang hari cuti sekolah aku mesti suh abah hantar gi rumah embah(nenek). sebab apa.. sebab kat sana ramai kawan. pakcik dan makcik aku semua kecik lagi baya2 jer. main baling kasut dan baling tin. kutiplah tin susu dan tin sardin susun dan baling dengan selipar. kalau tak pun main pondok-pondok atau main sorok2. Pondok-pondok real punya.. siap buat rumah beratapkan daun kelapa. Masak pun betul2 punya guna tin kosong...tak siapa melarang.. tulah.. budak-budak dulu kreatif on survival. kalau musim menuai padi seronok menggagau ikan di sawah... petang plak berkubang dan mandi parit...maklumlah time tu kat rumah embah tak de lagi bekalan air. sampai kecut2lah satu badan.
Tapi itu dulu.. budak-budak sekarang mungkin tak dapat merasa itu semua lebih2 lagi yang tinggal di bandar. Dunia mereka hanyalah bangunan batu dengan laman yang sekangkang kera...
Mereka lebih pandai mengexplore dunia PSP, PS3, komputer & TV... Oh manisnya kenangan lalu....

Dulu,kalau sampai musim banyaklah keli, haruan, sepat dan puyu yang boleh digagau disini....

Di parit inilah dulu aku berkubang sampai kena rotan sebab tak nak balik


No comments: