Tuesday, May 29, 2012

Angle hair goreng

Kari telur bulat

Rainbow cuppies

Saya sedang rajin membaking. Kali ni saya buat cuppies. Kebetulan esok ofismate last kerja. Boleh bawa ke opis utk mAkan makan. Resipi asal zebra cake dari jo's deli.

Bahan bahannya
150 g tepung kek/superfine
110 gula halus
6 biji telur gred B
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovellete
100g butter cair / minyak
30 g susu pekat
Pewarna mengikut citarasa

Satukan tepung, gula, baking powder, ovellete dan telur . Pukul dengan kelajuan maximum sehingga kembang kira -kira 15 minit. Masukkan susu dan mentwga cair. Kacau perlahan dan bahagikan mengikut warna kegemaran.
Sudukan berselang seli dlm cupdan bakar 175 c selama 20 minit

Wednesday, May 2, 2012

Tetamu bertandang


Last minute ada tetamu datang. Kebetulan tak beli apa groceries hari ni. Masak apa yang ada dlm pantry dan peti ais. Hasilnya makaroni goreng, cheezy wedges dan salad. Terima kasih ida datang rumah nak repair notebooknya . Sorry jika hidangan tak memberangsangkan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Tapai Pulut Hitam

Pernah makan tapai pulut hitam tak? Kalau ditempat saya tapai pulut hitam menjadi pilihan berbanding dengan pulut putih. BerbeZa dengan masyarKat pantai timur yang biasanya guna pulut putih sepenuhnya. Sila jemput rasa

Wednesday, April 4, 2012

nasi goreng sardin dgn cendawan


Selamat menjamu selera.nasi goreng saja.semua org ada resipi nasi goreng masing masing. Jemput makan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Udang Goreng

Saya sangat suka udang goreng. Udang laut fresh memang ler sedap. Nak compare dgn udang yang di jual di pasarraya dan kedai sangat lah beza rasanya. Saya mesti piley.

P/s: saya lebih berminat dengan pinggan tu

Tuesday, April 3, 2012

Kini tidAk lagi

Dulu masa mula mula berbelog punyalah excited nak berbelog. Nak updated sentiasa. Pastu harem... Yelah awak keroja pastu nak amik gambar pastu nak upload ke pc/lappy. Nak edit lagi letak watermark lagi.
Kini tidak lagi dengan harapan saya boleh update direct terus dari hp saya yang tak berapa canggih nih plus dah ada data plan. So dengan harapan saya boleh update blog dimana mana sahaja bila bila masa.see ya

Kisah tempayan

Tempayan tinggalan datuk ini masih lagi berbakti sehingga kini. Tempayan ini bersaiz besar ini masih disimpan dan digunakan untuk menadah air hujan.

Sunday, April 1, 2012

Strawberry milkshake

250 ml susu uht perisa strawberry
5 biji strawberry
2 sydu besar gula
2 sudu besar krimer / coffemate


* Campurkan semua didalam pengisar.
* kisar sehingga berbuih.
* tambah ais atau jika suka boleh kisar sekali menjadi ais blended