Wednesday, June 4, 2008

Pancake



Resipi ini cangkir modified sikit. Instead of masak pankek tu macam biasa cangkir bubuh dalam acuan benjo dan letakkan jem kat tengah-tengah. (Maaf.. gambar blur..guna handphone cap ayam)
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu kotak (cangkir guna low fat)
1 biji telur
3 sudu butter dicairkan
2 sudu gula
2 sudu teh soda bicarbonat
sedikit esen vanila ( cangkir tak letak pun)
1. Gaulkan tepung dengan soda bicarbonat.
2. Masukkan semua susu, telur, butter, gula dan gaul sehingga sebati.
3. Panaskan pan, sapu sedikit butter pada keliling acuan benjo.
4. Tuang sedikit adunan batter dalam acuan benjo sehingga menutupi dasar acuan. Biar sekejap.
5. letakkan jem diatasnya dan diikuti tuang lagi sebahagian batter keatasnya.
5. biar hingga agak keras dan buih-buih timbul diatasnya. Keluarkan acuan
6. Boleh diterbalikkan sekiranya pankek hampir masak.

No comments: