Friday, December 12, 2008

Salam Aidil Adha & Nasi Ambeng

Hari raya Aidiladha baru ni bertempat di rumah Embah (nenek) ada sikit buat majlis kenduri doa selamat. Kenduri ni hajat makcik yang baru kehilangan suami akibat dipatuk ular baru-baru nih ( baca entry sebelum ni) dan juga hajat embah sempena nak buat majlis walimatul urus hujung bulan nih. So raya haji tahun ni rasa meriah sungguh hampir semua anak cucu datang berkumpul. Embah ada 14 orang anak dan hampir 50 orang cucu termasuk 2 orang cicit. Cangkir merupakan cucu yang sulung dalam keluarga nih..rasanyalah sebab cangkir ada sorang lagi sepupu sebaya. Hari Raya Aidilfitri baru nih pun tak dapat kumpul sekali ramai macam nih. Very the meriah ...

Dan biasanya orang jawa kalau buat kenduri mesti ada nasi ambeng.Kita pernah post pasal nasi ambeng nih kat entry lepas kat sini

Sebanyak 15 dulang disediakan utk 60 orang jemputan makan. Sebenarnya alas dulang tu sepatutnya daun pisang tapi disebabkan daun pisang tak cukup, alas dengan plastik. Ni kes sebab hujan sepanjang hari tak boleh nak petik daun lebih.

Ni ada 2 dulang extra yang dikorbankan oleh kami anak, cucu & cicit. Ini sebelum dimakan .

Sedang dimakan


Selepas dimakan . Yummy

2 comments:

ILA said...

hua...hua...hua... shedap nye nasi ambeng itew!! masih terasa2 di anak tekak ni..chewah!!

ummu said...

assalamualaikum, salam perkenalan. izinkan saya link kan gmbar nasi ambeng ini ke blog wordpress saya ya.