Friday, September 3, 2010

SAMBAL SANTAN JANTUNG PISANG


 Selalu kalau masak lemak sayur mesti nak ada sambal belacan kan. Yang ni tak payah cari sambal belacan dah sebab dah pedas punya...maklumlah saya ni hantu pedas..setiap kali makan cili wajib ada wo... lauk tak de tak pe janji cili api mesti ada. Masak lemak macam biasa cuma tambahkan cili api jer mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Bahan-bahannya:

  • 1 biji Jantung Pisang
  • 3 ulas bawang merah
  • 20 biji cili api
  • sedikit ikan bilis
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa
 Cara-caranya:
  1. Bersihkan jantung pisang, hiris dan rebus hingga empuk
  2. Tumbuk cili api, bawang dan ikan biilis
  3. Masukkan santan dan bahan yang ditumbuk dalam perik dan masak hingg mendidih
  4. Masukkan jantung pisang dan  garam secukup rasa

1 comment:

pelangi sepi said...

suka makan masak lemak