Saturday, November 20, 2010

HARI RAYA KORBAN

Buat pertama kalinya saya hanya bercuti satu hari sempena raya korban. tak seperti tahun2 yang lalu sekurang2 nya cuti dua  hari. Sebab raya jatuh hari rabu rasa sayang plak nak cuti lama2 sebeb cuti pun dah hampir habis. Aku ada plan lain bulan 12 nanti.. Lagi pun kampung dekat jer ... Malam raya tu pukul 9.30 mlm baru terhegeh2 nak balik Sampai pekan Kuala selangor stuck giler. Hubby kata  Ni tak boleh jadi daripada sejam melanguk dlm keta,  hubby dengan drastik menukar haluan ke bistari jaya a.k.a batang berjuntai masuk bukit talang-raja musa tembus tiram buruk-SGG. At last pukul 11 sampai rumah walaupun kena tempuh jalan jauh sikit tapi hati tak panas.... camner gamaknya orang yang sangkut berjam2 atas jalan yer kalau balik raya tu. Tapi tulah pahit manisnya balik raya.

Sebenarnya kalau kat area k. selangor ni sambutan raya korban tak lah seperti negeri dipantai timur dan utara. Tiada baju baru tiada kuih raya yang diwajibkan beli tak seperti raya puasa. Disini kalau hari raya korban seperti biasa saja. Lepas senbahyang raya, tujulah surau ker rumah jiran ker tolong menyempurnakan ibadah korban.

Juadaha raya: Mak :  Ayam masak merah(ayam kampung+ ayam bandar)+ masak lodeh+ sambal kacang+ Nasi impit+Nasi Lontong 
                    Mertua : Kari ayam kampung + Tomyam sayur ( wah healthy ni) + ayam goreng kfc+ rendang kerang + Nasi impit

No comments: