Thursday, February 17, 2011

Udang Harimau Goreng


Inilah pertama kali saya beli Udang Harimau , laut mari  pergi bukan bela tau. alkisahnya saya turun Bagan Pasir hajat nak cari lauk, pastu boleh la si apek tu jual lelong udaang rimau ni sebab dah dia tinggal sikit. adalah dalam sekilo cam tu dia bagi Rm15. Pastu saya beli  Sotong kecik pulak  RM6 sekilo. Udang laut kecil  yang hijau2 sikit kulit dia pun rega dia RM 6. Baru naik . Ikan tuka-tuka RM5 sekilo. Sekilo dapat 5 ekor Yang ni saya bakar jer tapi tak sempat nak amik gambar dah habis kena ratah dulu. dan adalah beli beberapa jebnis ikan sikit . Total RM40. tapi saya dapat macam2. Yang penting segar dari ladang.....bagi sesiapa yang nak cari ikan fresh dan murah, Marilah ke bagan pasir Tanjung Karang. Tapi kalau turun hari minggu ada sedikit mahallah maklumlah time ni ramai orang luar singgah sini. Pastu ikan pun kena tengok.. depa ni pandai sekarang, ikan fresh kadang2 diaorang simpan, dia jual ikan semalam. Tapi masih ok lah berbanding kat pasaraya tu

Berbalik pasal udang harimau saya ni, saya hanya celupkan udang dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Serbuk roti ni pun saya kisar sendiri guna roti perancis yang tak abis tu. Pastu goreng hingga masak. Sedap dicicah ngan sos chili thai. happy cooking

1 comment:

ummu said...

assalamualaikum Muz
sedapnya udang kan.