Tuesday, November 18, 2008

Cuti-cuti Cameron Highland 15/11/08

Semalam baru jer balik dari bercuti ke Cameron Highland. Percutian ni tidak dirancang dari awal. Hari isnin telefon tanya resort utk sabtu ahad dan isnin dia kata ada satu lagi unit kosong, terus book. Maklumlah time tu dah start cuti sekolah tup-tup ada plak yang kosong. Sebenarnya ni tunaikan hajat kawan yang ajak bercuti bersama. So kami pergi 2 kereta. Bertolak dari KL dlam pkl 10.30 pagi. Ikut jalan dalam, Batangkali-KKB-TG Malim-Bidor-Tapah lebih kurang 2 jam jer sampai Tapah. Rasa macam dekat kalau ikut dalam nih. Jalannya pun cantik, tak boring dan tak banyak kereta. Kami menginap di TM Resort Tanah Rata.Ada 2 bilik utk 1 unit apartment nih. Dapat plak tingkat 3 Perh.. tinggi sekali nak kena panjat tangga. Lepas check in hujan turun dengan lebatnya...Sepanjang tiga hari kat sana memang hujan bila petang maklumlah sekarang ni musim hujan.

Hari sabtu malam minngu pegi ke pasar malam. Ya ampun.. seksanya parking. Jalan jem sangat ditambah dengan hujan lebat. Tapi diredah jugak. Menyelitlah kat mana-mana yang patut. Nasib baik malam kedua orang dah kurang. Parking pun senang dan hujan dah reda. So senang sikit nak membeli belah. Utk pengetahuan semua kalau musim cuti sekolah pasar malam memng dibuka setiap malam. Malam tu kami dapat beli stawberry gred AAA dengan harga rm25/kg. Biasa rm30/ kg Memang besar2 buahnya. Puas hati makan. Sekali hadap jer

Antara tempat yang kitaorang lawati of course strawberry farm, MARDI, Agro farm, Cactus point Tea Plantation and gi pasar malam Brincang. Kesimpulannya, seronok sungguh disamping dapat shopping sayur-sayuran utk stok sebulan.Yelah kalau tak dimasak memanglah tahan sebulan dok dalam peti ais.Ni pun terasa-rasa nak gi lagi nih. Malas nak bebel panjang-panjang. Layan gambar jerlah..


Colourful Chrysanthemum that tempting my eyes

Jumpa fresh carrot yang masih ada pucuknya.

daun salad ni memang menggiurkan...

Antara roses yang terdapat di MARDI



Bharat Tea yang saujana mata memandang

Yang ni stoberi yang beli kat pasar malam gred XXL. Puas sangat sebab buah dia besar-besar dan manis

Yang ni beli ngan makan kat stoberi farm. Makan tabur ngan gula. Sedap sangat


Yang ni pokok capsicum




2 comments:

Fun Muffin on da Net said...

Teringat mase pregnant ke-3 dulu pegi sane sampai buek2 dlm kete! Har! Har! Tapi mmg betol sayur dia segar abes! Rase sayang nak mkn! Kihkih!

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.