Tuesday, November 4, 2008

KOSMO 31/10/2008 - Koma empat hari dipatuk tedung selar

KOSMO 31/10/2008


Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


------------------------------------------------------------------------------
Mohd. Faizal yang koma dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang semalam.


KLANG - Anak murid kepada Raja Ular, Mohd. Faizal Andrew Abdullah, 35, koma sejak empat hari lalu selepas dipatuk ular tedung selar ketika berkunjung ke Karnival Deepavali di Taman Sri Muda di sini Sabtu lalu.

Mohd. Faizal yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Isterinya, Rohaida Sukar, 30, berkata, Mohd. Faizal dipatuk ular sepanjang kira-kira lima meter, pukul 11.10 malam di tapak karnival.

"Selepas dipatuk, dia (Mohd. Faizal) tak panik dan hanya bertindak mengikat kakinya dengan tali dan mengorek keluar bisa daripada kesan patukan di kaki kanannya sebelum dihantar ke hospital setengah jam kemudian," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berita ini dikeluarkan di kosmo.
Arwah adalah pakcikku yang berkahwin dengan makcikku iaitu adik kepada mak. Beliau meninggal pada petang Khamis 30 October 2008 dan dikebumikan pada malam tu juga di Sawah Sempadan Tanjung Karang..kampung halaman isterinya. Petang Khamis tu aku segera balik awal dan bersiap pulang ke kampung untuk menziarahi jenazah.

Cangkir sempat melawat arwah di ICU 2 hari sebelum arwah meninggal.Semoga makcikku dan 4 orang anaknya tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Rohnya dicucuri rahmat..Al fatihah...

2 comments:

ILA said...

wah...topik yg sama!!!

Cangkir Biru ..... said...

la..kan kita sedara