Friday, December 21, 2012

Bakul Pastri dengan Tat Buah


Size: Size bakul 4 segi Lebih kurang 6 x 6 Inci dengan isi 38-40 biji tat nenas berbentuk strawberi HARGA : RM70 delivery within klang Valley Intrested : 0133621088 Muza 0133331320 Rizal

Saturday, November 10, 2012

Thursday, August 2, 2012

Sheperd Pie

Ini pertama kali saya buat sheperd pie ( haloo ejaan tah betul entah tidak). kalau ikut resipi intinya pakai daging tapi saya guna frankfuter jer. dah itu yang ada dlm peti. kita yang buat dia so suka hatilah nak buat cam ne yer tak. yang penting creativity.

Rasanya tak payah ler letak resipi. leh google jer. mcm2 ada

Tuesday, July 31, 2012

Ulam pucuk apakah ini?

Baru2 ni masa ke langkawi saya dihidangkan dgn ulam ni. Sejenis ulam pucuk yang saya tak pasti apakah namanya. Rasanya spt pudina skit. Ada sapa sapa tau?

Tauhu Sumbat

Kudapan ringkas lagi berkhasiat sebagai pembuka selera. All time favourite saya ni. Kalau tidak disumbat cukup sekadar tauhu goreng cicah kicap. Yummy

Bergedil kentang

Resipi bergedil saya simple sajer. Tapi lebih bagi saya sangat sedap. Rahsianya saya gunakan ikan bilis saje berbanding ayam atau daging. Lada sulah itu wajib letak tau. kalau tak tak naik rasanya

Bahan bahanya:

10 biji kentang-Belah Empat dan digoreng / rebus
7 ulas bawang merah-mayang dan goreng
2 ulas bawang putih- mayang dan goreng
Sedikit ikan bilis-goreng
2 besar sudu lada sulah kisar
Daun sup
3 biji Telur

Caranya:
  1. Lenyek kentang hingga hancur. Pastikan kentang digaul garam sebelum goreng
  2. Bilis goreng dan bawang goreng ditumbuk
  3. Gaulkan bawang,bilis, daun sup dan lada sulah dalam kentang lenyek hingga sebati.
  4. Jika suka pecahkan sebiji telur juga dalam kentang utk mengelakkan berderai ketika digoreng.
  5. Gaul rata. Bentukkan begedil mengikut citarasa masing
  6. Celupkan didalam telur dan goreng dengan api yang kecil

Wednesday, June 27, 2012

Pecal Pari @ Masak lemak kencur


BAHAN-BAHANNYA

  1. IKAN PARI
  2. CILI PADI
  3.  ISI CEKUR 
  4. DAUN CEKUR 
  5. BAWANG MERAH 
  6. BELACAN-JIKA SUKA
  7. SANTAN PEKAT 
  8. GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
 

CARA MEMASAKNYA:
  1. GRILLKAN IKAN PARI HINGGA MASAK.
  2. TUMBUK BAWANG MERAH, CILI API DAN BELACAN HINGGA LUMAT
  3. MASUKKAN BAHAN TUMBUK DALAM SANTAN DAN MASAKKAN HINGGA MENDIDIH.JGN AMPAI PECAH MINYAK.
  4. MASUKKAN IKAN DAN RASA ASAM GARAMNYA
  5. TABURKAN HIRISAN DAUN CEKUR SENAGAI PENAMBAH PERASA
  6. HIDANGKAN

Saturday, June 9, 2012

Berkat

Berkat=buah tangan yang diberi kepada tetamu ketika balik dari majlis kenduri di kalangan masyarakat jawa teruma si kampung.
Jika 15 tahun dulu berkat utk majlis walimatulurus berisi nasi lauk dan kuih. Bayangkan kalau org jawa buat kenduri memang meriah dgn makanan. Bagi masyarakat jawa jika buat majlis kenduri makanan adalah keutamaan. Biar majlis tak glamor tapi makanan mesti cukup. Sudah makan tetamu plak diberi berkat berupa nasi dan lauk dan kuih sebelum balik tak lupa bunga telur. Betapa murah rezeki tuan rumah.
Sekarang berkat nasi dah tak de digantikan dengan benda lain spt gula2 dan makanan ringan yang lain. Lebih mudah dan senang sebab boleh packing lebih awal.

Tuesday, May 29, 2012

asam pedas sayur keladi

Sayur orang kg. Bukan kegemaran tapi bolehla makan dengan syarat mesti beserta dengan ubinya sekali.

Bahannya:

3 tangkai batang keladi beserta ubinya
Cili kering kisar
Sedikit udang kering
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Daun limau
Asam keping / asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


Bersihkan batang keladi dan ubinya
Rebuskan ubi keladi dan batangnya separuh empuk
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering dan udang kering
Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga garing
Masukkan air dan asam keping dan didihkan
Masukkan batang keladi dan renihkan hingga batang keladi lembut dan kuah pekat
Rasa aam garamnya

Angle hair goreng

Kari telur bulat

Rainbow cuppies

Saya sedang rajin membaking. Kali ni saya buat cuppies. Kebetulan esok ofismate last kerja. Boleh bawa ke opis utk mAkan makan. Resipi asal zebra cake dari jo's deli.

Bahan bahannya
150 g tepung kek/superfine
110 gula halus
6 biji telur gred B
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovellete
100g butter cair / minyak
30 g susu pekat
Pewarna mengikut citarasa

Satukan tepung, gula, baking powder, ovellete dan telur . Pukul dengan kelajuan maximum sehingga kembang kira -kira 15 minit. Masukkan susu dan mentwga cair. Kacau perlahan dan bahagikan mengikut warna kegemaran.
Sudukan berselang seli dlm cupdan bakar 175 c selama 20 minit

Wednesday, May 2, 2012

Tetamu bertandang


Last minute ada tetamu datang. Kebetulan tak beli apa groceries hari ni. Masak apa yang ada dlm pantry dan peti ais. Hasilnya makaroni goreng, cheezy wedges dan salad. Terima kasih ida datang rumah nak repair notebooknya . Sorry jika hidangan tak memberangsangkan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Tapai Pulut Hitam

Pernah makan tapai pulut hitam tak? Kalau ditempat saya tapai pulut hitam menjadi pilihan berbanding dengan pulut putih. BerbeZa dengan masyarKat pantai timur yang biasanya guna pulut putih sepenuhnya. Sila jemput rasa

Wednesday, April 4, 2012

nasi goreng sardin dgn cendawan


Selamat menjamu selera.nasi goreng saja.semua org ada resipi nasi goreng masing masing. Jemput makan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Udang Goreng

Saya sangat suka udang goreng. Udang laut fresh memang ler sedap. Nak compare dgn udang yang di jual di pasarraya dan kedai sangat lah beza rasanya. Saya mesti piley.

P/s: saya lebih berminat dengan pinggan tu

Tuesday, April 3, 2012

Kini tidAk lagi

Dulu masa mula mula berbelog punyalah excited nak berbelog. Nak updated sentiasa. Pastu harem... Yelah awak keroja pastu nak amik gambar pastu nak upload ke pc/lappy. Nak edit lagi letak watermark lagi.
Kini tidak lagi dengan harapan saya boleh update direct terus dari hp saya yang tak berapa canggih nih plus dah ada data plan. So dengan harapan saya boleh update blog dimana mana sahaja bila bila masa.see ya

Kisah tempayan

Tempayan tinggalan datuk ini masih lagi berbakti sehingga kini. Tempayan ini bersaiz besar ini masih disimpan dan digunakan untuk menadah air hujan.

Sunday, April 1, 2012

Strawberry milkshake

250 ml susu uht perisa strawberry
5 biji strawberry
2 sydu besar gula
2 sudu besar krimer / coffemate


* Campurkan semua didalam pengisar.
* kisar sehingga berbuih.
* tambah ais atau jika suka boleh kisar sekali menjadi ais blended

Friday, March 30, 2012

Baby kale

Favorite vege all time. Pantang jumpa mesti beli termasuk suami yang sama-sama suka. Just stir fry dgn bawang putih dan sos tiram. Kebetulan ada cendawan tiram. Saya campur sekali sebagai penambah perasa.



P/s: kalau ada typo error tu maafkan le sebab publish post guna hp yang tak berapa nak besar screennya dan keypadnya

Tuesday, March 20, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH - HANDPHONE

Saya nak bercerita dan mengimbau kenangan lalu. Cerita pasal handphone2 yang pernah digunakan dari mula-mula start pakai handphone. Masa tu masih belajar lagi.Zaman2 saya belajar di U dulu kiranya baru bermulanya era penggunaan handphone secara meluas sekitar tahun 1998/1999.
1.  Ni handphone pertama yang aku beli dengan wang PTPTN. Model tak pasti , jenama ERICCSON Handphone jer harga dalam RM 899 + simcard TMTouch RM 250. Mahal siut masa tu nak beli starter pack dia. So total dah RM1000.00 lebih. Aku ingat lagi no telefonnya 0133971320. Siapkah yang memakai no ini sekarang?  Dahlah masa tu top up boleh RM50.00 jer sekali top up.  Beli handphone sebab senang  family nak hubungi. Sebelum ni  assyik menumpang kawan punya handphone jer. So tak syoklah. Pada masa yang sama senang pakwe nak call. kwang-kwang.....Problemnya handphone ni tarik line tak kuat. Memandangkan bilik aku  ni underground semedang line x de. Kena panjat  bukit sikit baru ada line. Maklumlah masa tu duk dalam hutan tu kat Sg pusu gombak nun. Pencawang pun tah kat mana..So nostalgik. Really miss my hostel life.

2.  Disebabkan HP ERICCSON tu selalu tak de line, tak lama tu aku trade in balik HP tu dan amik MOTOROLA cam kat atas. Tak ingat kena tambah berapa rasanya dalam RM500 ++ . Dulu2 semua model2 ala-ala botol air jer. Dah tu yang ada dan murah. Ha baru line clear skit walaupun ada 1 bar jer. Atleast kalau ada call masuk cepat2 lari pi tempat clear sikit. Masa ni ada pakwe baru..HP ni lah jadi peneman tempat bergayut selalu. Syoknya pakwe kadang2 tukang top up. Tu yg syok kalau couple dgn org yang dah keja...Masuk tahun akhir HP ni buat hal. LCDnya rosak.  Keluar tulisan cacing. Tapi masih boleh buat call in dan out.

3.  Masuk semester last aku beli talipon TRIUM macam kat atas. Aku pun tak tau brand apa tu. Sebab ada member pakai ni jugak. MOTOROLA tu ada simpan sebab dah padam terus LCDnya. Comel jer HP ni. Muat2 segengam jer. Sampai habis belajar  aku masih pakai ni. Tak lama habis belajar aku kawin. HP ni masih lagi berfungsi.



4. HP TRIUM Tu dah KO.Pastu  hubby belikan HP NOKIA  2100. tahun 2003. Warna biru muda  harga dalam lebih kurang RM400. Line pun dah tukar ke postpaid guna nama hubby sebab dia dapat line free for staff.  Ini first time pakai HP Nokia. Hanphone ni jadi arwah gara-gara terendam dalam air laut. Masa tu gi bercuti di Cherating. Dah pesan ngan hubby tak payah bawak HP masa gi pantai tapi dia berkeras nak bawak gak. Masuk poket hubby. Dia kata dia tak nak mandi laut pun. Tup2 tak tahan tgk air terus berendam tak ingat HP dalam poket. Tau2 dah KO dua -dua HP aku ngan hubby punya.
5. Sebab Hp dah rosak masuk air, aku suh dia belikan yang lain sebab dia punya pasallah HP tu rosak. Aku minat samsung flip sebijik cam kat atas. Masa ni HP jenis ni tgh Hot. Cam sesuai jer utk perempuan. Kecil dan comel. Nak gantung kat leher pun tak besar sangat. So dengan rasminya aku sambar satu. Colour screen. Ini first time pakai HP colour dan ada camera. Lama jugak pakai HP ni.

6. 2006 Bos aku beli HP baru. So dia bagi aku taliponnya macam kat atas tu suruh aku pakai. Aku amik dan pakai sementara samsung aku tu hubby pakai utk second line.
 
7. Tahun 2008 setelah 5 tahun aku kerja aku beli HP Sony Ericcson. K770. Yelah habis belajar semua talipon2 yg aku pakai hubby yg belikan dengan org bagi.Ini first time beli HP dengan duit poket sendiri. Harga RM700 ++ .Best sangat Sony Ericson ni sebab cameranya. Gambarnya sangat superb. Sungguh2 cantik dan clear.

8. Tahun 2010 trade in HP SE tu utk dapatkan HP Nokia N97 Mini. Harga masa ni RM 1,400 ++. Saja gatal nak tukar HP yang canggih sikit. Zaman ni kan zaman smart phone. Guna aplikasi Symbian .Ada Qwerty keyboard, Touchscreen, WIFI dan juga GPS. HP termahal yang pernah pakai. Dah beli ralat jugak. 




9.  Dan baru-baru ini Nokia N97 mini itu tak boleh charge plak . Malas nak pikir aku angkut iPhone
3GS sajo. Nak amik iPhone 4 Mahal gilos. Rasa tak berbaloi plak nak amik HP mahal-mahal. Janji boleh buat call. HP mahal pun  tak guna kalau credit tak de der dan tak gunakan sepenuhnya function dan aplikasi yang ada. Sejak2 pakai iPhone ni Labtop kat umah pun dah jarang bukak. Nak FB fb sajo kat HP sambil baring2. Game pon macam2 boleh main. Cuma iPhone ni tak macam HP yang lain. Semua under control. Mula2 leceh jugak tak biasakan. Tak leh buat suka2 hati jer nak tarnsfer2 data dlm phone.

10. PAstu beli jugak GALAXY TAB7 secondhand untuk buat main2 jer sambil browse. Konon2 nak buat management diary.  Hubby yang beriya nak pakai . Best jugak bila dah ada ni. macam2 boleh buat.


Kesimpulannya, teknologi tak boleh di kejar. HAri ni kita beli model ni esok dah keluar model baru. Esok lusa tah apa gajet2  baru yang keluar. Sediakan saja  ongkosnya.

Wednesday, March 7, 2012

Apabila ada orang merajuk

Susah juga bila orang merajuk. Dahla aku ni tak reti nak pujuk. Hati dan perasaan orang ni susah nak jaga. Hati orang je nak kena jaga hati sendiri terbakar. Tak pe sudah biasa membakar diri untuk menerangi orang lain. Wahai diri tabahkan hatiku mengharung kehidupan ini.

Friday, January 27, 2012

Hello ..

Hello.. anybody home. Dah lama tak menjengah blog... hee