Thursday, July 10, 2008

Mee Jawa Campak

Mee ni cangkir masak ikut style cangkir sendiri mengikut stok yang ada kat dalam peti ais. Kira-kiranya ni main campak-campak jer lah. Nak kata mee udang pun boleh, mee bandung pun yer jugak mee jawa pun ada . Kira pakejlah.

Bahan-bahan
5 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2 bij kentang/keledek di rebus dan lenyek
300 gram udang, - kisar
2 inci lengkuas-kisar
5 sudu cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu sos tiram
tauhu digoreng-potong dadu
sawi-potong
lobak merah -potong
Tomato belah 4
Garam sekup rasa
1 1/2 air -cangkir guna air rebusan dari kepala udang
Mee Kuning- Celur

bahan tabur/hiasan
cili merah/hijau
tauge
daun sup
bawang goreng
telur rebus
limau

Cara membuat Kuahnya:
1. Bawang merah, putih dan lengkuas ditumis sampai garing
2. Masukkan cili kering dan tumis hingga naik minyak
3. Masukkan udang yang dikisar. Boleh juga gunakan udang kering. tumis hingga wangi a
4. Kemudian masukkan air.
6. Masukkan sos tomato, sos tiram & keledek
7. Didihkan hingga kuah agak pekat.
8. Masukkan Tomato, sawi, lobak & Tauhu.





Monday, July 7, 2008

APAM MEKAR

Apam mekar resipi kak Liza ni first time cangkir buat. Alhamdulillah.. jadi. mula-mula tu excited bila tgk apam tu mekar bak delima merekah ingatkan dak masuk cepat-cepatlah angkat. Rupa-rupanya bawahnya belum masak lagi... tak sabar betul....

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

Lunch Di De Chiang Mai, Sg Buloh

Baru-baru berkesempatan Lunch di de' Chiang Mai , restoran Authentic Thai yang terkenal di Sg buloh nih..

Tah apa angin bosku ni ajak makan tengahhari kat sini plak... Tapi ok gak Rezeki jangan ditolak....bukan selalu dapat makan kat tempat yang xclusif ni.. harga pun xclusif jugak

Tapi yang bestnya...sayur-sayuran dia diorang tanam sendiri kat kebun tepi restaurant nih....diorang cakap depa tak sembur racun...leh tengok diorang nya kebun sayur dari dalam restaurant.Antara menu yang kitaorang order....

Kangkung goreng, Ayam pandan, Kerabu Mangga

Tomyam Seafood..
Chicken Mushroom...ni pun sedap gak

Air: Longan desert

Friday, June 13, 2008

Bilis Goreng Cili kering


Lauk yang simple dan membuka selera.

Bahan-Bahannya

1 Cawan Ikan Bilis Bersihkan
1 Biji Bawang besar dimayang
5 biji cili kering di potong -potong
Garam & gula jika suka

Cara-caranya:-

1. Goreng ikan bilis hingga Garing dan angkat
2. Tumiskan bawang besar dan cili kering hingga agak garing.
3. Masukkan bilis goreng dan matikan api
4. Gaul rata. Makan dengan nasi panas..
Posted by Picasa

Thursday, June 12, 2008

Pucuk Ubi Celur

Pucuk Ubi ni saja Cangkir celur jer makan ngan sambal sotong dan ikan masin

Bahannya:

Satu cekak pucuk ubi lurut dan basuh
sedikit garam dan gula

Cara:

1. Didihkan air.

2. Masukkan Pucuk ubi. Masukkan sedikit garam dan gula utk menampakkan pucuk ubi berkilat dan segar kehijauan

3. Celur hingga masak

4. Sedap dimakan ngan sambal tumis ngan ikan masin

Sambal Sotong Petai Bersama Mangga

Kebetulan ada mangga muda so masukkan dalam masakan sebagai ganti asam keping.

Bahan-bahannya
500g sotong
1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di mayang
5 ulas bawang merah di mayang
cili kering dikisar
1/2 inci belacan
3 biji mangga muda kecil
2 Papan Petai ambil isinya
sedikit air asam jawa
garam
3 sudu gula

Cara-caranya:-

1. Tumis Bawang putih dan Bawang merah hingga Garing baru masukkan Belacan
2. Masukkan Cili kering dan gula. Gula ni membantu membuat cili kering cepat garing dan masak
3.Bila dah garing masukkan sotong, petai, air asam, mangga muda
4. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa.
5. Didihkan lagi sehingga sotong masak.

Wednesday, June 11, 2008

Kailan Goreng Belacan

Sayur yang glamour kalau gi makan di Kedai Tomyam

Bahan-Bahannya:-

5 Pokok Sayur Khailan
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci belacan
10 biji cili padi
Sedikit Sos Tiram
Garam & gula
Bawang goreng utk hiasan

Cara-caranya:
1. Potong Sayur Kailan
2. Tumbuk cili padi bersama-sama belacan
3.Tumis bawang putih, cili padi dan belacan hingga garing
4. Masukkan sos tiram
6. Masukkan kailan dan tumis hingga layu.
7. Bila dah layu baru masukkan air sikit. Masukkan garam & gula secukup rasa.
8. Hiaskan dengan goreng





Ayam Ungkep

Menu yang biasa dimasak masyarakat Jawa. Lebih enak kalau guna ayam kampung/ Ayam Pencen

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (dipotong kecil) ..cangkir guna bahagian yang banyak tulang

Bahan A (ditumbuk )
3 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup ( serbuk pun boleh)
5 ulas bawang merah
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

Bahan B
3 sudu asam jawa / 3 keping asam keping
1 sudu serbuk kari serbuk kari
Garam & sedikit gula secukup rasa

Optional
cili padi/cili besar

1. Ramaskan ayam dengan bahan-bahan A & B hingga rata
2. Masukkan sedikit air, maximum sama paras dengan ayam jer dan rebus dengan api yang kecil.
3. Boleh taburkan cili padi sebiji2 atau cili besar utk mereka yang nak pedas
4. Masak hingga kuah hampir kering. Lebih lama dimasak lebih sedap. Nak lagi sedap perap dulu baru masak atas api.

Wednesday, June 4, 2008

Pancake



Resipi ini cangkir modified sikit. Instead of masak pankek tu macam biasa cangkir bubuh dalam acuan benjo dan letakkan jem kat tengah-tengah. (Maaf.. gambar blur..guna handphone cap ayam)
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu kotak (cangkir guna low fat)
1 biji telur
3 sudu butter dicairkan
2 sudu gula
2 sudu teh soda bicarbonat
sedikit esen vanila ( cangkir tak letak pun)
1. Gaulkan tepung dengan soda bicarbonat.
2. Masukkan semua susu, telur, butter, gula dan gaul sehingga sebati.
3. Panaskan pan, sapu sedikit butter pada keliling acuan benjo.
4. Tuang sedikit adunan batter dalam acuan benjo sehingga menutupi dasar acuan. Biar sekejap.
5. letakkan jem diatasnya dan diikuti tuang lagi sebahagian batter keatasnya.
5. biar hingga agak keras dan buih-buih timbul diatasnya. Keluarkan acuan
6. Boleh diterbalikkan sekiranya pankek hampir masak.

Monday, June 2, 2008

From Taiping With Love 31 May -1 Jun 2008

Bulan May ni jadual padat sungguh. Setiap minggu pergi berjalan......Kali ni bersama Family in Law pergi ke Taiping.Jalan-jalan sempena cuti sekolah sambil melawat saudara disana. Kami pergi 3 kereta. Ni first time cangkir ke Taiping. Agendanya tidur rumah saudara satu malam pastu pergi melawat night safari zoo Taiping. Masa sampai tu kereta banyak.. maklumlah cuti sekolah.



Pastu siang tu kami mandi manda di Burmese Pool (tak pasti dgn ejaan) dekat Bukit Larut. Yang paling tak ku lupa aku kena gigit pacat kat kaki. Itupun setelah tukar baju baru perasan. Tapi pacatnya dah tak de.. darah meleleh jer dari tempat yang digigit tu....selama ni tak penah plak kena. Bapak mertua kata dalam air tak de pacat mungkin kena masa meredah semak .


Balik dari mandi manda kami singgah jap kat Taman Tasik Taiping.. Taman tasik ni memang cantik. Hijau dan tenang jer tengok. Kami tak berkesempatan nak explore seluruh taman ni sebab masing-masing dah penat.. Hanya melihat pemandangan dari jauh. memang peaceful.. apa pun cangkir harap dapat kembali lagi ke sini suatu hari nanti...Adios