Friday, September 26, 2008

Salam Syawal


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap kepada semua pengunjung blog saya. Cuti seminggu dikampung nanti jika berkesempatan saya akan update blog nih. Kita cerita pasal raya plak...

Wednesday, September 10, 2008

Jem Pastry


Guna Ready made Puff Pastry Jenama KAWANKU yang dah dibeli sebulan lepas setelah teruja tgk puff pastry MAT GEBU. Tapi kita malas nak buat inti bagai .. buat sweet pastry je maklumlah bulan puasa ni elok yang manis-manis jer..

Bahan-bahan
5 keping puff pastry jenama Kawanku
Jem strawberry atau ikut suka

1. Potong sekeping puff pastry kepada 4 bahagian dan canaikan sedikit
2. Masukkan ke dalam acuan muffin dan masukkan jem
3. Bakar dgn suhu 125 darjah celcious atau sehingga mask

SOTO



Soto ni cangkir buat minggu lepas. So hari minggu bolehlah masak yang best-best sikit utk berbuka puasa. Yang bestnya nasi impit tu cangkir buat sendiri,bukan beli yang segera punya.

Bahan-bahanya

Untuk nasi himpit2 gelas beras biasa
6 gelas air
Tanak nasi dengan air macam biasa. Nak senang guna rice cooker.
*Petuanya: 1 bahagian beras : 3 bahagian air
Bila nasi dah masak, tumbukkan nasi dalam periuk tu juga. Gunakanlah gelas panjang atau botol semasa masih panas lagi.Bila dah cukup halus, ratakan dalam loyang dan sejukkan.

Kuah supTulang ayam
2 inci halia
1 bunjut adabi
bunga lawang
kayu manis
garam secukupnya

Untuk supnya rebuskan semua bahan bersama2
Recah-rencah lain boleh ditambah ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan lain
Tauge dicelur
Kacang Tanah digoreng
Suun digoreng
Bawang goreng-lebih sedap kalau goreng sendiri
Daun sup
Isi ayam yang digoreng dan disiat-siat

Bergedil (optional)

3 biji keledek-ni sebab ada stok keledek kat rumah. Biasanya guna kentang.
2 sudu lada sulah
5 ulas bawang merah dimayang dan digoreng
sedikit ikan bilis digoreng -ditumbuk
sedikit daun sup
2 biji telur + 1 sudu tepung beras atau jagung
Garam secukup rasa

1.Rebus atau goreng keledek hingga empuk. Lecek semasa ia panas
2. Masukkan daun sup, lada sulah , ikan bilis dan bawang merah
3. Kepalkan celup dalam telur
4. Goreng dalam minyak dengan api kecil

Sambal Kicap

Cili padi
1 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

Tumbukkan cili padi ngan bawang putih hingga lumat baru curahkan dengan kicap cair.

My Latest Project




Jenuh nak menyiapkan jahitan manik utk baju raya nanti. Ni pun bahagian lengan tak siap lagi. baru ciput jer. Dalam banyak-banyak design , design manik tabur yang cangkir paling minat. Walaupun nampak senang tapi dia memerlukan ketelitian. Cuma kali ni cangkir tak berapa berpuas hati dengan kombinasi kaler manik yang telah dijahit. Tahlah.. macam tak berapa nak timbul colour dia tak seperti jahitan-jahitan sebelum ni yang cangkir penah buat. Lantaklah janji vogeh. Ada satu lagi baju on the way nak dijahit. Tah sempat tah idak nak siapkan. Banyak lagi project lain nak dibuat nih...

Berbuka Puasa di Emperial Hotel Kuala Lumpur

Semalam ikut hubby berbuka puasa di Imperial Hotel KL yang dianjurkan oleh EMC². Ramai juga yang hadir. penuh jugalah ballroom tu. Pengunjung di hiburkan dengan kumpulan nasyid UNIC. Menu utamanya simple sahaja tapi rasanya sedap. Hidangan sampingan nya biasalah... ada pencuci mulut, buah2an , sushi, rojak, salad dan macam-macam lagilah.
air standard"sirap"

Ni pinggan my husband

Ni pinggan kawan husband


Yang ni door gift dari pihak penganjur..sweet sangat

Tuesday, September 9, 2008

Sambal Deplok



Sambal pembuka selera yang susah nak jumpa sekarang ni terutama bagi masyarakat jawa.
Makan pulak dengan nasi panas, adoi...terangkat sungguh

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan keli. Boleh gunakan sebarang ikan darat(cthnya: keli, haruan, sepat, puyu, tilapia dll)Kalau tak makan ikan darat, ikan kembung pun ok jugak.
2 ulas bawang merah
10-15 biji cili api kampung
2 ulas biji cekur
sedikit daun cekur (optional)
garam & gula

1. Gorengkan ikan hingga garing dan ambil isinya
2. Dengan minyak yang sama gorengkan bawang merah(biarkan sebiji2), ubi cekur dan cili api( sebiji sebiji) sebentar hingga layu.
3. Masukkan bawang, ubi cekur dan cili api yang dah digoreng tadi dalam lesung dan tumbuk
4. Masukkan isi ikan dan tumbak lagi hingga lumat. Masukka garam dan gula sedikit
5. Keluarkan dan boleh di campur bersama dengan daun cekur yang dimayang

Ayam Masak Semur @ Kicap sempoi



Rasanya tak terlewat mengucapkan selamat Menjalani ibadah berpuasa kepada semua. Ayam masak semur ni ada cangkir masak utk berbuka puasa beberapa hari yang lepas. Nak masak canggih2 kena tunggu hari minggu. Balik keja masak yang senang-senang jer. So kita enjoy..

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam-dipotong
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
1 inci halia
1 inci lengkuas
bunga lawang & kayu manis
2 sudu serbuk lada putih
Kicap secukupnya
2 biji kentang dibelah 4
sedikit Daun sup
Garam secukupnya

1. Tumiskan bawang putih, bawang kecil, halia, lemgkuas, bunga lawang& kayu manis
2. Masukkan ayam dan separuh dari lada putih. Perap sebentar
3. Masukkan kicap dan gaulkan
4. MAsukkan air dan kentang.
5. Didihkan hingga ayam masak dan kentang empuk.
6. Taburkan daun sup dan lada sulah sementara menunggu ia empuk.

Saturday, August 30, 2008

Hantaran

Balik dari Sabah hari tu cangkir dapat order dari kawan opis utk buatkan satu hantaran dari gula2 atau coklat utk adiknya bertunang. So ini hasilnya, cangkir gunakan asam buah merah dijadikan gugusan anggur...



Monday, August 25, 2008

From Sabah With Love....

Awal cuti sekolah yang lepas, 15-19hb Aug 2008 cangkir dan hubby pergi bercuti ke Tawau & Sandakan , Sabah. Kami pergi berempat dgn 2 orang lagi member. Sebenarnya tak terpikir pun nak bercuti ke sabah tapi kawan yang beriya mengajak katanya kawan dan saudaranya ada disana. So kita tak yah risau tempat tinggal. Ok gak tu.. save sikit bajet. Ni first time naik kapal nih.. takut ada teruja pun ada. Penerbanagn yang mengambil masa 2 jam terasa sangat lama.. boring beb. Macammanalah agaknya kalau flight sampai 12 jam... Yelah kalau naik bas bolehlah kita tgk pemandangan tapi kalau naik flight ni tak nampak apa pun nampak langit sama jer..

Cangkir ringkaskan cerita sepanjang 5 hari disana. Secara keseluruhannya percutian kali ini lebih kepada pergi menziarah saudara. Makan dan minum serta penginapan semua disediakan tuan rumah. Yang bestnya kat sana ikan & seafood tersangatlah murah.. ikan2 dan seafood segar2 belaka. Besar2 pulak tu dan yang penting sangatlah murah.. Bayangkan kat sana boleh dapat ketam fresh dengan harga serendah RM 1-3 sekilo.Malam terakhir disana sempat buat BBQ seafood.

semasa di Sandakan sempat juga melawat ke Pusat pemuliharaan orang utan di sepilok, Taman Buaya mini Zoo. Hajat nak bermalam di Semporna sambil memancing, tapi resort penuh. Frust member..Tak lupa shopping mutiara dan ikan masin utk keluarga dan kawan2


Meh kita tgk benda-benda menarik yang sempat ditemui....

Ini pemandangan yang sempat dirakam ketika dalam penerbangan





Kami mendarat di tawau pkl 6.30 ptg. Kat sini dah maghrib dah.. dah macam pkl 8 malam kalau di semenanjung.



Shopping Mutiara di Pasar Gantung di Tawau



Yang ni semasa kami di Sandakan, kami melawat pusat org Utan. Bayaran masuk sini agak mahal dan berbeza2 antara org semenanjung, sabah & foreign.



Yang ni namanya buah Terap. Rasanya manis seakan-akan buah nona



Ketam nipah ni kalau kat semenanjung RM30 sekilo kat sana cuma RM 8 jer sekilo


Yang ni ikan isi ikan tuna


Borong ikan masin dan hasil laut kering sebagai ole2 balik semenanjung...


Setelah pack semua 4 kotak. cangkir punya 1 kotak jer..


Malam terakhir kami ambil kesempatan buat BBQ seafood sebagai tanda terima kasih pada tuan rumah



lupa apa nama udang ni.. lebih kurang macam udang lipan + lobster





Jutaan terima kasih kepada Keluarga Kak Kasmawati & Abang Din serta Kak Salmah & Abang Hasan Sekeluarga diatas layanan 1st class pada kami semua..InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki nak pergi KK plak ..

Wednesday, August 13, 2008

Kentang Bakar



Kentang ni favourite cangkir. Tak kiralah dimasak apa pun . Kalau boleh semua masakan nak letak kentang. Baru-baru ni ke Tesco nampak kentang yang kulit merah tu. Cantik jer kaler dia. Kalau citer bab harga memang harga dia berganda-ganda dengan harga kentang biasa ataupun russet potato. Tapi teruja punya pasal sambarlah jugak 4-5 ketul

Bahannya:
4 biji red skin potato/ russet
serbuk daun oregano
serbuk lada hitam
minyak zaitun/minyak masak
garam

1. Basuh kentang jgn dibuang kulit dan dipotong baji(wedges)
2. Taburkan dengan lada hitam, garam dan oreganu
3. Masukkan sedikit minyak dan gaul sehingga minyak menyaluti kentang
4. Bakar didalm ketuhar 250 darjah selama 30 minute atau hingga masak
5. Balik-balikkan kentang lepas separuh masa memasak.