Monday, January 24, 2011

chicken roaster


Bahan-bahannya:

  • 1/4 bahagian ayam
  • 2 sudu kecil madu
  • 2 sudu kecil herba itali campur
  • 2 sudu  kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit minyak zaitun
  1. Gaul ayam dengan semua bahan diatas
  2. Perap sekurang-kurangnya  1 jam
  3. Panggang dalam ketuhar dengan suhu 250' c sehingga masak
  4. Boleh dihidangkan bersama kentang lenyek, salad dan macaroni

Tuesday, January 18, 2011

STIR FRY BABY KAILAN

  • 3 ULAS BAWANG PUTIH DICINCANG
  • 5 POKOK BABY KAILAN DIPOTONG
  • 2 BIJI CILI MERAH DIHIRIS
  • 2 SUDU SOS TIRAM
  • MINYAK UNTUK MENUMIS
TUMISKAN BAWANG PUTIH HINGGA NAIK BAU. MASUKKAN SAYUR, CILI DAN SOS TIRAM. GORENG HINGGA MESRA. SAYA SUKA SAYURNYA RANGUP. JADI SAYA GORENG SEKEJAP JER DGN API YANG BESAR. SIAP...MUDAH DAN CEPAT.

Monday, January 17, 2011

TUKAR MOOD .....SURATAN...

tukar mood
saja layan jiwang tangkap leleh...saya cinta lagu ini dari dulu hingga sekarang...



Segar di ingatan   Sejarah luka yang berlaku  Terpahat kenangan  Cerita cinta ku pada mu Tiada duanya  Biar berjuta tidak sama Indahnya cinta mu Setulus budi mu pada ku

Telah ku terima Suratan takdir Yang Esa  Cinta manusia Suka dan duka di tangannya
Sedalam renungan  Moga terjawab persoalan Apakah salah ku Di mana silap mu


Sudah lumrah kehidupan Tidak lepas kesalahan  Cinta yang menjadi korban... kesilapan Saat yang silih berlalu  Masa tak akan kembali  Semua telah berlaku kita insafi

Maafkanlah sayang Segala kesilapan ku Tidak terniat sekali melukai dirimu Ku pohonkan doa Semoga kau berbahagia Tempoh hidup ini Jalanan berduri Nama mu biarkan abadi... di sini


Mudah-mudahan bersama Keadaan yang berbeza Di alam cinta yang kekal... selamanya

bila wanita berairmata.....

airmata...

sesekali keluar airmataku..menangis mengekpresikan emosi diri. Aku bukanlah bodoh mempertahankan ego untuk tidak menangis. Menangis bukan kerana sedih tapi gembira, marah dan keciwa seribu bahasa.
Lelaki agak sukar untuk menangis. Adakah itu tandanya mereka itu bodoh.??..

menangislah bila harus menangis, karena kita semua manusia - airmata (dewa 19)

Monday, January 10, 2011

COLESLAW


BAHAN-BAHANNYA

  • KUBIS -DISAGAT
  • LOBAK MERAH -DISAGAT
  • SEDIKIT KISMIS HITAM
  • MAYONIS SECUKUP RASA
  • SEDIKIT PERAHAN LEMON
GAUL SEMUA BAHAN-BAHAN HINGGA SEBATI & ENJOY

ayam kukus asam (edisi gawat)




Sempena tahun baru ini saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Ditahun baru ini kita semua mengalami krisis kegawatan minyak masak dan kenaikan harga bawang. Kalau minyak tak de nampaknya kena masak yang rebus2 aje. Satu masalahnya plak sang suami tak berapa nak makan kalau masak yang rebus-rebus aje....Sempena tahun baru ini saya mulakan dengan entry ayam masak asam. Masakan simple dan sesuai untuk mereka2 yang dalam pantang lepas bersalin. Lagipun time kegawatan minyak masak ni memang sesuai sangatlah..

Bahan-bahannya

  • 1/4 Bahagian ayam dipotong kecil-kecil dan toskan supaya kering airnya
  • 10 ulas bawang merah dihiris
  • 1 sudu besar asam jawa (x perlu bancuh)
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun Pisang secukupnya
Cara membuatnya:

  1.  Gaulkan ayam ,bawang merah  hiris, garam  dan asam jawa. Kalau nak sedap gaulkan dengan tangan dan ramaskan sedikit supaya mesra
 
2. Masukkan sesenduk dalam daun pisang dan bungkus seperti tapai. Sematkan dengan lidi.
3. Susun dalam periuk. Pastikan semua bungkusan terletak didasar periuk.

4. Masukkan sedikit air dalam periuk. Agak-agak 1/3 tenggelam bungkusan ayam tadi
5. Tutup dan didihkan periuk tadi selama 10 minit.

6. Boleh dihidangkan

* kalau tak de daun pisang memadai dengan renihkan ayam tadi dalam periuk dengan menambah sedikit air selama 10 minit sehingga ayam empuk

Monday, December 6, 2010

Grilled Lemon Chicken


recipe from my campus colleague ZAI . Sorry zai.. I derhaka pada recipe
  • 6 pieces chicken part
  • 2 pieces  lemon- 1 slices
  • 3 pieces garlic-diced
  • white & black pepper
  • 5 tbs flour
  • 2 cup chicken stock
  • salt to taste
  1. Mix the chicken with salt, pepper and a bit of flour
  2. Pan fry the chicken until both side turn browned
  3. arrange the chicken in casserole together with slice lemon and garlic between the chicken
  4. Using the same pan, put 2 tbs of flour into the pan and scarp the pan until the flour became brownish
  5. Pour chicken stock, lemon juice, black pepper and salt
  6. stir the gravy until become smooth and thick
  7. Pour the gravy onto the chicken and cook it in the oven for 40 minutes
  8. Serve the chicken with pasta, mashed potato even with rice
  9. Enjoy..

Nasi Ambeng ...


Papa ku pulang dari kenduri.. papaku balik bawa "berkat". Ya inilah masa yang ditunggu-tunggu tiap kali balik dari kenduri. Nasi ambeng..Yok mbodo mangan....

Thursday, November 25, 2010

Oren Bodoh

gambar: jumpa  kat kedai makan

Penah dengar tentang oren bodoh. Kenapa di panggil oren bodoh ? erm.. adakah dengan meminum oren ini kita akan jadi bodoh..Yang pastinya oren oldskoll ni dah jarang ditemui. Oren kampung yang didatangkan dalam botol kecik macam botol kicap tu. Mungkin sebab orang kampung pun dah pandai2 belaka jadi oren bodoh ni semakin pupus.


Zaman kecik2 bila raya oren nilah yang disajikan pada tamu. Biasanya kalau beli satu peti tu (satu peti tu ada dlm 4 dozen kot) separuh peti dah kena rembat dulu. Almaklumlah nak minum yang sedap2 masa raya je baru jumpa.

Lagipun dulu2 oren yang bergas tu kira mahallah, so rumah2 yang hidang oren bergas tu kiranya hebatlah. Oren bodoh ni kurang gasnya.. so kurang ler regenya.

Saturday, November 20, 2010

HARI RAYA KORBAN

Buat pertama kalinya saya hanya bercuti satu hari sempena raya korban. tak seperti tahun2 yang lalu sekurang2 nya cuti dua  hari. Sebab raya jatuh hari rabu rasa sayang plak nak cuti lama2 sebeb cuti pun dah hampir habis. Aku ada plan lain bulan 12 nanti.. Lagi pun kampung dekat jer ... Malam raya tu pukul 9.30 mlm baru terhegeh2 nak balik Sampai pekan Kuala selangor stuck giler. Hubby kata  Ni tak boleh jadi daripada sejam melanguk dlm keta,  hubby dengan drastik menukar haluan ke bistari jaya a.k.a batang berjuntai masuk bukit talang-raja musa tembus tiram buruk-SGG. At last pukul 11 sampai rumah walaupun kena tempuh jalan jauh sikit tapi hati tak panas.... camner gamaknya orang yang sangkut berjam2 atas jalan yer kalau balik raya tu. Tapi tulah pahit manisnya balik raya.

Sebenarnya kalau kat area k. selangor ni sambutan raya korban tak lah seperti negeri dipantai timur dan utara. Tiada baju baru tiada kuih raya yang diwajibkan beli tak seperti raya puasa. Disini kalau hari raya korban seperti biasa saja. Lepas senbahyang raya, tujulah surau ker rumah jiran ker tolong menyempurnakan ibadah korban.

Juadaha raya: Mak :  Ayam masak merah(ayam kampung+ ayam bandar)+ masak lodeh+ sambal kacang+ Nasi impit+Nasi Lontong 
                    Mertua : Kari ayam kampung + Tomyam sayur ( wah healthy ni) + ayam goreng kfc+ rendang kerang + Nasi impit