Thursday, May 29, 2008

TAVAC Family Day 2008 - Melaka (Part II)

From Part I......
Hari kedua kami buat acara sukaneka utk kanak2 dan juga dewasa..saja utk suka2



Sebelah petang plak kami meneruskan progam .Antara acara utama Konvoi adalah membuat kerja-kerja amal. Kali ni kami berpeluang melawat Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng. Kami juga telah mengatur majlis makan malam bersama warga emas di salah sebuah restoran di BAndar melaka. Berbagai cerita suka duka warga emas disini. Semoga ianya memberi keinsafan kepada kita semua :(


Balik dari Rumah Seri Kenanagn Kami semua berkonvoi ke Bandar Melaka plak. Sempat Lepak sekejap di depan kapal portugis. (Tak tau nama sebenar tempat nih)
Sempat jugak membeli oleh-oleh di Bazar Melaka sementara menanti acara Makan Malam bersama Warta Emas RSK Cheng.




Majlis makan Malam Meraikan warga emas dibuat di Restoran Quayside Cafe & seafood Restaurant betul2 kat bandar Melaka. Memeng seronok dan puas kerana dapat berkesempatan beramah mesra dan menghiburkan mereka. Semoga kehadiran kami semua dapat mengubat kedukaan yang terbuku dalam hati mereka

Last Day ....Acara bergambar ..
PILOT
CO-PILOT & Anak Kapal
Terima Kasih kepada semua ahli dan keluaraga. Jumpa Lagi Tahun Depan......(Ura-ura nak ke Utara plak)

Wednesday, May 28, 2008

TAVAC Family Day 2008 - Melaka (Part 1)

Sebelum ni cangkir ada post kisah ke Melaka masa buat survey sempena nak organized Family Day untuk TOYOTA AVANZA CLUB (TAVAC). So, pada 24-26 May 2008 sebanyak 50 pemilik avanza beserta family dari seluruh Semenanjung Malaysia, ada yang dari Utara, Pantai Timur Dan Selatan dan tentunya dari Lembah Kelang berkonvoi Ke Malaka. Tujuannya adalah beriadah sambil mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli bersempena dengan menyambut Ulangtahun Kelab yang ke-3. Banyak aktiviti yang direncanakan termasuk melawat rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng, Melaka.Berkumpul seawal 7 pagi di Toyota Sek. 19 Petaling Jaya
Hamper Sumbangan dari pihak Toyota


Majlis Makan Malam diadakan di Resort dan Majlis Menyambut Ulangtahun Kelab yang ke 3 dan juga Ahli Keluarga yang jatuh pada Bulan May.. termasuklah Cangkirbiru.......
Banyak Lagi yang nak cangkir cerita tapi tak laratlah nak tulis. Karang Sambung Semula kat Part II















Sunday, May 11, 2008

Rokhim Wedding -10 May 2008 Tg Karang

Kali ni giliran pihak lelaki yang buat majlis sambut menantu setelah minggu lepas majlis berlangsung dirumah pengantin perempuan di Kajang. Bagi pakcik & makcik ku ini (tuan rumah) ini adalah majlis menyambut menantu yang kedua. Dengar-dengarnya tahun depan pun nak sambut menantu jugak. Maklumlah anak semua dah besar2 dah tiba masanya berumah tangga.Macam biasa sebelum hari kenduri tu mestilah ada rewang-rewang



Macam biasa sebelum hari kenduri tu mestilah ada rewang-rewang

Antara menu utk malam kenduri..sayur goreng, sambal kentang, kari daging & ayam goreng.

Pengantin bergambar adik beradik. Mak ayah sibuk layan tetamu tak dan nak amik gambar atas pelamin
SELAMAT PENGANTIN BARU


Monday, May 5, 2008

Sosej Arbak


Selalunya kalau pi pasar Malam jumpa Roti Arbak jer kali ni Cangkir ubah suai resipi jadi Sosej Arbak.
Bahan-Bahannya:-
10 Biji Sosej- Rebus dan Tos
10 Keping Roti Putih
10 Keping kulit Popiah
sedikit sayur Campur, rebus dan tos
Mayonis
Soso Cili
Tepung Ubi -bancuh ngan air panas jadikan pes macam gam
Sedikit Bijan utk hiasan
Cara-caranya
1. Gaulkan sayur campur ngan mayonis & sos cili
2. Canaikan kepingan roti dengan roller pin hingga nipis
3. letakkan sosej & sayur campur sikit pastu gulung roti tu.
4. Balut dengan kulit Popiah dan gam macam kita buat popiah biasa tu.Gamkan menggunakan Tepung Ubi. Kalau pakai Telur membazir. Better guna bancuhan tepung.
5. Golek atan bijan dan goreng hingga kuning.






Majlis Perkahwinan Sepupu Di Kajang 4 May 2008

Semalam sama-sama meraikan Majlis Perkahwinan Sepupu, Rokhim & Isteri di Kajang. Ni Majlis kat rumah Perempuan. Majlis tempat lelaki minggu Depan di Tanjung Karang. Majlis Akad Nikah berlangsung sehari sebelum.


Pasangan Suami Isteri sesudah diIjabkabulkan




Congrats utk Rokhim & Pasangan