Monday, September 28, 2009

Back to Normal...

Salam semua.. Selamat Hari Raya.
Afer having break for a week, then back to normal again.. working.. working and working again...boring :(
Just come back from my kampung last night and gosh all so messy . Just throw everything and boom tido until this morning. Don't have chance to update my blog since no time for blogging...
busy beraya di kampung dari pagi hingga malam ...heeee poyo sungguh ni pun rasa ada banyak lagi yang tak gi.. maklumlah sedara ramai..
since gambar pun tak transfer lagi dlm pc ...wait jelah. Anyway bermulalah raya di bandar plak...

Friday, September 18, 2009

Menjelang Cuti Raya....Selamat menyambut Hari raya

Nampaknya hari ni last kerja sebelum cuti 1 minggu .. waktu post article ni jam pukul 2.30 pagi..aku tak tido lagi waktu ni konon-konon lepas pasang langsir tapi ada sedikit masalah teknikal plak. sebenarnya tadi nak gantung langsir awal tapi husband plak ajak gi The Store pkl 12tgh malam baru sampai rumah.sempat sahur siap2 kat mc d sebelum balik. sebab alang2 singgah petronas nak isi minyak tersahurlah kat mc d sekali. sebab tiba2 tekakku ini haus. haus pi shopping .. bukan aku yang shopping tapi hubby gi cari baju melayu .. konon aku nak pi cari tudung dan kasut tapi last2 aku tak beli apa pun. kami datang pun dah lambat sebbab masa nak pi parking tadi punyalah jem parking tak de plak tu

Semalam dan hari ni aku dah start gantung periuk. Tak nak masak apa dah. Berbuka tadi tapau jer. aku dah warning hubby aku awal2 yag aku dah gantung kuali. Banyak lagi nak kena kemas ni. baju tak pack lagi. Basuhan kelmarin tak kering lagi plak tu sebab kelmarin dan semalam hujan. ish--

Dikesempatan ini di ucapkan Selamat menyambut Hari raya. Maaf zahir batin kepada senua sahabat handai dan juga blogger-blogger sekelian. Maaf kiranya ada tersalah kata dan terkasar bahasa.
Insya-Allah saya akan update blog raya nanti sepanjang raya nanti jika berkesempatan.

Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin

Tuesday, September 15, 2009

menu buka puasa hari yang ke 24

Fuh... setelah 24 hari berpuasa baru nak post menu buka puasa.. lagi 23 hari tak tau pegi mana tak sempat nak update.. ni menu semalam. masak yang simple2 jer guna apa yang ada di dapur...



Baby Kailan (kailan ker, saya rasa ni baby kobis) bawang putih dan sos tiram. sedap sayur ni lebih sedap dari kailan yang biasa tu. kalau makan rangup jer. Tapi susah nak jumpalah kat sini.

Sambal Kentang cili padi. Bulan puasa ker tak bulan puasa ker kena pedas2 gak.

Ayam Goreng kunyit

Monday, September 14, 2009

Hari Raya hampir tiba....teringat raya dulu-dulu

Semalam balik ke Ke Kuala Selangor, rumah emak & mertua..terasa sangat akan hampir tibanya aidilfitri. Di kampung Aura Raya dah mula terasa disana sini.

Masa berbuka dah merasa hidangan ketupat , rendang dan kuah lodeh tak lupa sambal kacang. 3 orang jiran dah mula hantar juadah serta lauk raya dah. Bagus jugak time2 nih dah hantar lauk tak payah tunggu nak raya. dapat jugak pahala bersedekah dibulan puasa. Kalau hantar masa raya biasanya takut tak termakan.. maklumlah dah banyak sangat. Kat sini memang dah jadi kebiasaan macam nih. Kesimpulannya semalam memang kami tak masak langsung.

Lampu pelita dah mula menerangi setiap rumah. Tapi minyak tanah la nih mahal benor..Abah semalam dah keluarkan stok pelita tahun lepas ..recycle.. tunggu adik yang bongsu balik khamis nih..dia dah telefon pesan awal-awal suh abah pasang pelita.

Sesekali terdengar dentuman meriam berlawan-lawan antara satu sama lain. Dekat sini masih ramai budak-budak dan kadang2 org dewasa yang masih main meriam bila hari raya tapi bukan meriam buloh yer.. diaorang banyak gunakan saluran paip PVC yang besar tu. Sepanjang ingatan saya masih belum ada kes mangsa korban meriam selama saya menyambut raya selama 30 tahun ni di tempat kami. Main meriam kena ada teknik yang betul agar tidak merbahaya.

Bunga api dan mercun juga mula kedengaran. Tidak dinafikan kemeriahan raya atau lebih tepat malam raya akan kurang terasa jika tidak kedengaran bunyi mercun dan meriam. hubby pun dah ada stok mercun & bunga api tuk stok raya .

Kalau dulu-dulu mak dan aku akan berjaga sepanjang pagi atau tidur lewat hingga ke pagi sebab nak menyiapkan hidangan di pagi raya. Kalau dulu kena tunggu pengumuman raya baru masak. Kalau kena esoknya tak raya oklah.. tapi kalau kena esok raya.. lintang pukanglah kami menyiapkan hidangan ayam yang berekor2 tu nak dimasak.

Tulah.. pejam celik dah nak habis penghujung puasa.. terasa cepat benar dah 24 hari kita berpuasa. erm... bestnya bila teringat raya dulu-dulu


Friday, September 4, 2009

Homemade Murtabak...



Sebenarnya murtabak nih saya dah buat sebelum puasa lagi... memandangkan murtabak nih amat sinonim dengan bulan puasa so saya posting kat sini... senang jer... boleh frozenkan lagi .

Bahannya:

Untuk inti
  • 300 g daging cincang

  • 3 labu bawang besar -1 biji dipotong dadu 2 biji dimayang halus

  • 3 ulas bawang putih -dicincang

  • 1 peket kecil rempah kurma

  • 2 sudu rempah kari

  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • garam & gula secukupnya

  • Kulit popiah secukupnya- saiz yang paling besar

  • 5 Biji telur
  1. Tumiskan bawang besar yg dipitong dadu dan bawang putih hingga layu

  2. Masukkan rempah kari dan kurma

  3. Masukkan daging dan kacau sebati

  4. Masukkan kentang dan sedikit air

  5. Masak hingga kentang empuk

  6. Masukkan garam secukup rasa

  7. Angkat dan sejukkan

  8. Apabila inti telah sejuk, ambil sesenduk inti kedalam mangkuk dan gaulkan dengan sedikit bawang besar hiris, hirisan kobis (jika suka). Pecahkan 1-2 biji telur. Gaul Rata

  9. Sediakan sehelai kulit popiah dan letakkan inti ditengah

  10. Lipatkan setiap bucu kulit popiah ketengah (rujuk gambar)

  11. Goreng di dalam kuali dengan sedikit minyak. Lebih senang guna non-stik pan

  12. Ulang semula sehingga inti habis.

  13. Selamat mencuba...


cangkirbiru: teringat murtabak pak din bawah pokok

Tauhu Sumbat...



Tauhu memang my favourite..except taufu jepun tu jer tak berapa kena ngan tekak. Tauhu ni kalau goreng macam tu jer pastu cicah sambal kicap.. fuh sedapnya.. Baru-baru nih buat tauhu sumbat utk hidangan bulan puasa.. curah plak ngan homemade sweet chili sauce..fuh..bestnya. rasanya tak perlulah nak citer pasal resipi ni.. rasanya semua orang tau resipi ringkas nih...
Cuma nak bagi tau resipi saya buat "homemaade sweet cili sauce"
Sos Cili Manis Ala Thai
  • 3 tangkai cili kering, basuh dan potong 3
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cuka masak
  • Garam
  1. Kisarkan cili kering, bawang putih dengan air sehingga hancur.
  2. Masukkan dalam periuk, kemudian masukkan semua bahan yang lain
  3. Renihkan sehingga pekat.