Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cari Makan. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

Berbuka Puasa di Emperial Hotel Kuala Lumpur

Semalam ikut hubby berbuka puasa di Imperial Hotel KL yang dianjurkan oleh EMC². Ramai juga yang hadir. penuh jugalah ballroom tu. Pengunjung di hiburkan dengan kumpulan nasyid UNIC. Menu utamanya simple sahaja tapi rasanya sedap. Hidangan sampingan nya biasalah... ada pencuci mulut, buah2an , sushi, rojak, salad dan macam-macam lagilah.
air standard"sirap"

Ni pinggan my husband

Ni pinggan kawan husband


Yang ni door gift dari pihak penganjur..sweet sangat

Monday, July 7, 2008

Lunch Di De Chiang Mai, Sg Buloh

Baru-baru berkesempatan Lunch di de' Chiang Mai , restoran Authentic Thai yang terkenal di Sg buloh nih..

Tah apa angin bosku ni ajak makan tengahhari kat sini plak... Tapi ok gak Rezeki jangan ditolak....bukan selalu dapat makan kat tempat yang xclusif ni.. harga pun xclusif jugak

Tapi yang bestnya...sayur-sayuran dia diorang tanam sendiri kat kebun tepi restaurant nih....diorang cakap depa tak sembur racun...leh tengok diorang nya kebun sayur dari dalam restaurant.Antara menu yang kitaorang order....

Kangkung goreng, Ayam pandan, Kerabu Mangga

Tomyam Seafood..
Chicken Mushroom...ni pun sedap gak

Air: Longan desert

Wednesday, February 27, 2008

Ikan Bakar Jeram K. Selangor 10 Feb 2008

10hb Feb 2008 hari ahad aku ngan adik tong2 belanja mak ngan abah Kat Kedai Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor. Keluar dari rumah dlm pkl 7pm sebab nak maghrib kat sana. Kalau keluar lepas maghrib takut tempat tak de sebab penuh. On the way tu jalan sesak sebab orang mula balik semula selepas bercuti sempena raya cina. Hampir pkl 8mlm baru sampai. perjalanan yang sepatutnya amik masa dlm 25-30 minit dah hampir 1 jam. Plan lepas makan terus balik Sg. Buloh setelah bercuti kat kg sempena CNY. Sampai tempat makan orang ramai . Nasib baik ada tempat. Aku terus pilih seafood takut habis...heee..

Menu kitaorang malam tu utk 6 orang makan:


1. 1 ekor Siakap masak stim

2. 1 ekor Kerapu - sweet sour

3. 1 ekor Jenahak- sweet sour

4. 1/2 kilo sotong- goreng tepung

5. 1/2 kilo udang -gorengtepung

6. 2 keping ikan pari-Bakar

7. 2 pinggan kerang-bakar

8. sayur kailan

9. sup ekor -untuk abah

10. 1 jug fresh oren

11. 2 gelas air tembikai

12. Teh O -untuk abah
Total; RM139

Rasa: oklah...3 bintang

Harga: ok berbaloistarter kerang bakar cicah air asam nagn sambal kicap...
Antara menu yang dah sedia untuk di ngap...Sebelum makan baca doa dulu



Licin...........