Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Monday, January 10, 2011

ayam kukus asam (edisi gawat)




Sempena tahun baru ini saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Ditahun baru ini kita semua mengalami krisis kegawatan minyak masak dan kenaikan harga bawang. Kalau minyak tak de nampaknya kena masak yang rebus2 aje. Satu masalahnya plak sang suami tak berapa nak makan kalau masak yang rebus-rebus aje....Sempena tahun baru ini saya mulakan dengan entry ayam masak asam. Masakan simple dan sesuai untuk mereka2 yang dalam pantang lepas bersalin. Lagipun time kegawatan minyak masak ni memang sesuai sangatlah..

Bahan-bahannya

  • 1/4 Bahagian ayam dipotong kecil-kecil dan toskan supaya kering airnya
  • 10 ulas bawang merah dihiris
  • 1 sudu besar asam jawa (x perlu bancuh)
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun Pisang secukupnya
Cara membuatnya:

  1.  Gaulkan ayam ,bawang merah  hiris, garam  dan asam jawa. Kalau nak sedap gaulkan dengan tangan dan ramaskan sedikit supaya mesra
 
2. Masukkan sesenduk dalam daun pisang dan bungkus seperti tapai. Sematkan dengan lidi.
3. Susun dalam periuk. Pastikan semua bungkusan terletak didasar periuk.

4. Masukkan sedikit air dalam periuk. Agak-agak 1/3 tenggelam bungkusan ayam tadi
5. Tutup dan didihkan periuk tadi selama 10 minit.

6. Boleh dihidangkan

* kalau tak de daun pisang memadai dengan renihkan ayam tadi dalam periuk dengan menambah sedikit air selama 10 minit sehingga ayam empuk

Friday, August 13, 2010

Ayam Halia

Ayam halia ni sedap sebagai pembuka selera di bulan puasa. Untuk bersahur pun sedap juga sebab rasanya yang ringkas dan tak terlalu pedas. Ala-ala singgang sikit.

  • 1 bahagian ayam dipotong kecil
  • 3 inci halia muda -diracik
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 5 biji cili padi dititik
  • 1 pokok daun bawang di potong
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit lada hitam
  • 1 biji tomato dibelah empat
  1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga harum
  2. Masukkan ayam dan gorengkan sebentar
  3. Masukkan sedikit air dam biarkan hingga ayam empuk
  4. Masukkan sos tiram, garam , lada hitam dan cili api
  5. Akhir sekali taburkan daun bawang dan tomato


Thursday, August 12, 2010

Ayam Tumis Cili Api

Bahannya:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil dan goreng
  • 3 biji kentang, potong baji dan digoreng
  • segenggam cili padi -lebihkan jika suka pedas * tumbuk
  • 5 ulas bawang merah *tumbuk
  • 3 ulas bawang putih * tumbuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato hijau dibelas 4
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk menumis
  1. Tumiskan bawang dan cili padi hingga garing.
  2. Masukkan ayam dan kentang gaul hingga sebati
  3. Masukkan garam, gula  dan air sedikit
  4. Akhirnya taburkan daun kari dan tomato
  5. Siap utk dinikmati.
Selamat berbuka .....

Friday, May 14, 2010

Chicken Pan Grill



Kali ni kita layan western food lak. Saya memang minat makan western food ni lebih-lebih lagi kalau ada rasa herba2 english ni. Hubby pun layan gak.So enjoy my version punya chicken grill

Bahan-Bahannya:
  • 2 keping dada ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit Serbuk oregano
  • Sedikit serbuk selasih
  • garam
  • minyak zaitun
Caranya:
  1. Belah di tengah bahagian dada ayam dan ketuk sedikit dengan belakang pisau supaya leper
  2. Taburkan sedikit garam, lada hitam, oregano, selasih dikedua-dua behagian ayam
  3. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaitun
  4. Panggangkan ayam didalam grill pan hingga masak
  5. Boleh dihidangkan bersama garlic bread, mash potato dan sayuran
Untuk gravy:
  1. Lebihan minyak dan air yang melekat pada grill pan tadi jgn dibuang.
  2. Masukkan air didalam pan dan renihan hingga pekat.
  3. Untuk warna yang lebih gelap boleh letakkan sedikit kicap dan serbuk lada hitam
  4. Tuangkan diatas ayam dan juga boleh mash potato

Kari Ayam Kampung


Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam kampung
  • 6 ulas bawang merah-ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-ditumbuk
  • Lengkuas-ditumbuk
  • 5 sudu serbuk kari daging-dibancuh dengan sedikit air
  • Rempah tumis; buah pelaga, kayu manis, bunga lawang & halba
  • 2 batang serai -dititik
  • 5 biji ubi kentang -dibelah dua
  • 1 batang daun kari
  • Sedikit Air asam jawa
  • 2 cawan santan
  • garam & gula
Cara Memasaknya:
  1. Tumiskan rempah tumis, bawang merah, bawang putih dan lengkuas
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati
  4. Masukkan serai dan sedikit air dan masak hingga ayam empuk
  5. Selepas ayam hampir empuk masukkan kentang
  6. Masukkan santan, air asam jawa daun kari, garam dan gula secukup rasa
  7. Didihkan hingga masak.

Tuesday, September 15, 2009

menu buka puasa hari yang ke 24

Fuh... setelah 24 hari berpuasa baru nak post menu buka puasa.. lagi 23 hari tak tau pegi mana tak sempat nak update.. ni menu semalam. masak yang simple2 jer guna apa yang ada di dapur...



Baby Kailan (kailan ker, saya rasa ni baby kobis) bawang putih dan sos tiram. sedap sayur ni lebih sedap dari kailan yang biasa tu. kalau makan rangup jer. Tapi susah nak jumpalah kat sini.

Sambal Kentang cili padi. Bulan puasa ker tak bulan puasa ker kena pedas2 gak.

Ayam Goreng kunyit

Thursday, July 16, 2009

Ayam Golek Tergolek-golek





Cakap ngan hubby, apa kat malam ni kita masak ayam golek jer, tak yah masak nasik kita makan ayam jer. Ala-ala kita makan kat NAndos atau Kenny Rojes. Hm... dia kata menarik gak tu.. lagi pun my sister in laws ada kat umah. Dia tu pemakan ayam tegar. So boleh tolong habiskan makan ayam.

Kita masak italian/western style. Guna rempah yang sedia ada jer kat dapur.

Bahannya
1 ekor ayam, dibersihkan tetapi jgn dipotong
3 sudu serbuk cili
1 sudu dry oregano
1 sudu dry basil/selasih
1 sudu dry rosemary
2 sudu black pepper tumbuk kasar
5 sudu gula perang
garam
5 ulas bawang putih tumbuk
1 biji lemon, perah airnya
8 biji kentang. basuh hingga bersih. Jgn buang kulit

Caranya:
1.Satukan semua rempah dan bahan dengan air lemon dan jadikan pes
2. Sapukan keseluruh ayam termasuk bahagian dalam perut dan bawah kulit
3. Masukkan kulit limau tadi kedalam perut ayam bersama 2-3 ulas bawang putih.
3. Perapkan sekurangnya 2 jam.
4. Cucukkan pada rotissories dan panggang dengan suhu 250 darjah selama 1 jam 30 minut.
5. Kentang tadi dicucuk ngan garfu. Gaulkan dengan sedikit minyak, garam dan oregano.
6. Letakkan dalam dulang dan bakar berma-sama ayam tadi.

Thursday, May 14, 2009

Lemon Chicken






Ini kes sebab my hubby nak makan westernlah. Buat lemon chicken makan ngan spageti & baked potato. Erm.... spagetti not my favorite but i like baked potato & this lemon chicken.


  • 1/4 bahagian Ayam- Depends on size
  • Garam
  • sebiji lemon
  • Lada Hitam-tumbuk
  • 2 ulas Bawang Putih- tumbuk
  • Serbuk cili
  • Gula Perang
  • Sedikit Halia -tumbuk
  • sedikit dry oregano/basil/rosemary or what ever you like. (if any)
  • Aluminium Foil utk membungkus
Semua bahan diatas adalah mengikut anggaran sahaja. So no specific measurement Okeh.. Saya ni masak tak reti sukat-sukat.

Caranya.

1. Lumurkan ayam denga garam, serbuk cili, halia, bawang putih.

2. Taburkan Lada hitam dan oregano.

3. Letakkan dalam aluminium foil dan perahkan lemon diatasnya.Masukkan sekali kulit lemon tadi

4. Bungkus ayam tadi dengan Aluminium foil dan kelim tepinya kemas supaya wap tidak keluar semasa membakar nanti

5. Masukkan dalam oven dan bakar dengan suhu 200 darjah celc. selama 1/2 jam.

Tuesday, September 9, 2008

Ayam Masak Semur @ Kicap sempoi



Rasanya tak terlewat mengucapkan selamat Menjalani ibadah berpuasa kepada semua. Ayam masak semur ni ada cangkir masak utk berbuka puasa beberapa hari yang lepas. Nak masak canggih2 kena tunggu hari minggu. Balik keja masak yang senang-senang jer. So kita enjoy..

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam-dipotong
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
1 inci halia
1 inci lengkuas
bunga lawang & kayu manis
2 sudu serbuk lada putih
Kicap secukupnya
2 biji kentang dibelah 4
sedikit Daun sup
Garam secukupnya

1. Tumiskan bawang putih, bawang kecil, halia, lemgkuas, bunga lawang& kayu manis
2. Masukkan ayam dan separuh dari lada putih. Perap sebentar
3. Masukkan kicap dan gaulkan
4. MAsukkan air dan kentang.
5. Didihkan hingga ayam masak dan kentang empuk.
6. Taburkan daun sup dan lada sulah sementara menunggu ia empuk.

Wednesday, August 13, 2008

Kentang Bakar



Kentang ni favourite cangkir. Tak kiralah dimasak apa pun . Kalau boleh semua masakan nak letak kentang. Baru-baru ni ke Tesco nampak kentang yang kulit merah tu. Cantik jer kaler dia. Kalau citer bab harga memang harga dia berganda-ganda dengan harga kentang biasa ataupun russet potato. Tapi teruja punya pasal sambarlah jugak 4-5 ketul

Bahannya:
4 biji red skin potato/ russet
serbuk daun oregano
serbuk lada hitam
minyak zaitun/minyak masak
garam

1. Basuh kentang jgn dibuang kulit dan dipotong baji(wedges)
2. Taburkan dengan lada hitam, garam dan oreganu
3. Masukkan sedikit minyak dan gaul sehingga minyak menyaluti kentang
4. Bakar didalm ketuhar 250 darjah selama 30 minute atau hingga masak
5. Balik-balikkan kentang lepas separuh masa memasak.

Saturday, August 9, 2008

Ayam Masak Pecel @ Kencur

Masak Kencur @ pecel ni adalah masakan masyarakat jawa. Biasanya masakan ni menggunakan ikan air tawar yang di salai atau dibakar. Teringat zaman masa kecik-kecik dulu tangkap ikan keli kat sawah pastu masak kencur nih. Sekarang nih susah nak cari keli original. Jadi cangkir guna ayam jer

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam-potong dan dibersihkan
7 ulas bawang merah ditumbuk
1 genggam cili padi ditumbuk
5 ulas ubi cekur-ditumbuk
5 helai daun cekur-dimayang
1 1/2 cawan santan pekat
asam keping-cangkir guna belimbing buloh

Cara-caranya:
1.Gorengkan ayam setengah masak
2.Tumiskan bawang dan cili hingga garing.
3. Masukkan ayam, cekur, asam dan santan.
4. Didihkan hingga ayam masak.
5. Taburkan daun cekur

Tips: Kalau tak de cekur boleh gantikan dengan daun limau purut

Wednesday, June 11, 2008

Ayam Ungkep

Menu yang biasa dimasak masyarakat Jawa. Lebih enak kalau guna ayam kampung/ Ayam Pencen

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam (dipotong kecil) ..cangkir guna bahagian yang banyak tulang

Bahan A (ditumbuk )
3 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup ( serbuk pun boleh)
5 ulas bawang merah
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih

Bahan B
3 sudu asam jawa / 3 keping asam keping
1 sudu serbuk kari serbuk kari
Garam & sedikit gula secukup rasa

Optional
cili padi/cili besar

1. Ramaskan ayam dengan bahan-bahan A & B hingga rata
2. Masukkan sedikit air, maximum sama paras dengan ayam jer dan rebus dengan api yang kecil.
3. Boleh taburkan cili padi sebiji2 atau cili besar utk mereka yang nak pedas
4. Masak hingga kuah hampir kering. Lebih lama dimasak lebih sedap. Nak lagi sedap perap dulu baru masak atas api.