Ini pertama kali saya buat sheperd pie ( haloo ejaan tah betul entah tidak). kalau ikut resipi intinya pakai daging tapi saya guna frankfuter jer. dah itu yang ada dlm peti. kita yang buat dia so suka hatilah nak buat cam ne yer tak. yang penting creativity.
Rasanya tak payah ler letak resipi. leh google jer. mcm2 ada
Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts
Thursday, August 2, 2012
Monday, January 24, 2011
chicken roaster
Bahan-bahannya:
- 1/4 bahagian ayam
- 2 sudu kecil madu
- 2 sudu kecil herba itali campur
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil garam
- sedikit minyak zaitun
- Gaul ayam dengan semua bahan diatas
- Perap sekurang-kurangnya 1 jam
- Panggang dalam ketuhar dengan suhu 250' c sehingga masak
- Boleh dihidangkan bersama kentang lenyek, salad dan macaroni
Monday, January 10, 2011
COLESLAW
- KUBIS -DISAGAT
- LOBAK MERAH -DISAGAT
- SEDIKIT KISMIS HITAM
- MAYONIS SECUKUP RASA
- SEDIKIT PERAHAN LEMON
Monday, December 6, 2010
Grilled Lemon Chicken
- 6 pieces chicken part
- 2 pieces lemon- 1 slices
- 3 pieces garlic-diced
- white & black pepper
- 5 tbs flour
- 2 cup chicken stock
- salt to taste
- Mix the chicken with salt, pepper and a bit of flour
- Pan fry the chicken until both side turn browned
- arrange the chicken in casserole together with slice lemon and garlic between the chicken
- Using the same pan, put 2 tbs of flour into the pan and scarp the pan until the flour became brownish
- Pour chicken stock, lemon juice, black pepper and salt
- stir the gravy until become smooth and thick
- Pour the gravy onto the chicken and cook it in the oven for 40 minutes
- Serve the chicken with pasta, mashed potato even with rice
- Enjoy..
Friday, August 20, 2010
Paratha Instant Puff
Kali ini saya masak puff.. kalau orang kita panggil karipap ler..guna kan instant paratha jer. Senang dah ringkas buat juadah berbuka puasa...
Bahan-bahannya:
Roti Paratha Plain jenama Kawan
1 tin kecil sardin di lecek-jgn buang kuahnya
1 biji ubi kentang di dadu kecil
1 labu bawang besar
sedikit cili kisar
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahannya:
Roti Paratha Plain jenama Kawan
1 tin kecil sardin di lecek-jgn buang kuahnya
1 biji ubi kentang di dadu kecil
1 labu bawang besar
sedikit cili kisar
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
- Tumiskan semua bahan diatas seperti biasa hingga pekat. Jangan tambah air. Sejukkan
- Ambil sekeping roti paratha dan canai sedikit.Potong atau bahagikan ke 2 atau 3 bahagian.
- Letakkan inti dan kelim kelilingnya seperti karipap atau tekan dengan garfu
- Boleh juga digulung mengikut kretiviti masing-masing
- Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dalam ketuhar hingga garing.
Monday, July 5, 2010
Kentang Panggang bersama Sayuran


Saya memang GILA KENTANG. Tak kiralah apa style masakan saya cukup suka. Kentang ni stylo, semua masakan dia boleh jalan. Bakar, rebus. panggang, goreng dan macam2 style boleh dibuat dengan kentang ni. Kentang ni plak ada banyak jenis tapi bagi saya saya suka kentang yang biasa kita guna dalam masakan harian terutama yang isi kuning. Lebih manis dan sedap berbanding dengan jenis-jenis yang lain.
Baru-baru ni saya ke tesco amiklah 5 biji kentang kulit merah tu. Suami kata sedap ni kalau panggang..
So inilah hasilnya. Tak perlu masak nasi dah makan ni jer:
- 5 biji kentang besar dibelah 4-tak perlu buang kulit
- 2 sudu kecil lada hitam kasar
- 1 sudu serbuk oregano
- 1 sudu serbuk rosemerry
- 5 ulas bawang putih, diketuk tak perlu buang kulit
- sedkit garam
- baby carrot
- tomato ceri
- 1 batang celery dipotong kecil
- 5 batang sosej dipotong 2
- sedikit minyak zaitun
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat
- Masukkan bawang putih dan kentang dan taburkan herba rosmerry, oregano dan lada hitam.
- Gaulkan hingga kentang 1/4 masak
- Masukkan semua sayuran & sosej dan kacau sebati
- Pindahkan kedalam mangkuk tahan panas dan bakar dalam oven dengan sehu 170 darjah celcius selama 30 minute atau sehingga kentang nasak.
Tuesday, June 15, 2010
Spageti Express

Bahannya:- 1 labu bawang besar kuning-dicincang
- 5 ulas bawang putih-dicincang
- 500g daging cincang
- 10 biji cendawan butang segar- boleh guna dalam tin juga
- 1 botol sos spageti kimball
- 1 peket spageti-direbus al dente
- sedikit lada hitam
- sedikit oregano dan daun bay
- parutan keju-optional
- minyak zaitun utk menumis

- Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Masukkan daging cincang dan lada hitam. Masak hingga daging kering.
- Masukkan sos spagetti kimbal, cendawan, oregano & daun bay.
- Tambahkan sedikit air mengikut kesesuaian
- Boleh tambahkan keju jika suka.
Friday, May 14, 2010
Chicken Pan Grill


Kali ni kita layan western food lak. Saya memang minat makan western food ni lebih-lebih lagi kalau ada rasa herba2 english ni. Hubby pun layan gak.So enjoy my version punya chicken grill
Bahan-Bahannya:
- 2 keping dada ayam
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk lada putih
- Sedikit Serbuk oregano
- Sedikit serbuk selasih
- garam
- minyak zaitun
- Belah di tengah bahagian dada ayam dan ketuk sedikit dengan belakang pisau supaya leper
- Taburkan sedikit garam, lada hitam, oregano, selasih dikedua-dua behagian ayam
- Panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaitun
- Panggangkan ayam didalam grill pan hingga masak
- Boleh dihidangkan bersama garlic bread, mash potato dan sayuran
- Lebihan minyak dan air yang melekat pada grill pan tadi jgn dibuang.
- Masukkan air didalam pan dan renihan hingga pekat.
- Untuk warna yang lebih gelap boleh letakkan sedikit kicap dan serbuk lada hitam
- Tuangkan diatas ayam dan juga boleh mash potato
Wednesday, February 3, 2010
At last...Dapur tak berasap

Dapur Gas tak de dah pindah kat umah baru...tinggal oven jer. so memng dapur tak berasap sebab oven yang berasap. Malam tadi buat bake potato + coselow. Coselow tu saya letak kismis sikit. Jadi sedap plak sebab saya tak berapa suka coselow nih..tapi buat malam tadi sedap pulak (sila kata saya perasan). Utk dessert plak buat pisang yang dibalut dengan filo pastry dan dibakar di dlm oven. Yang ni aku tak berapa berkenan sebab pisang2 ni aku tak minat. Ni favourite hubby aku. ada pisang jiran bagi dah terlebih masak.. sayang plak nak buang. actually aku just gunakan bahan2 yang ada kat dlm peti ais jer. So terhasillah resipi ciptaan aku sendiri...lagipun ia sangat sihat sebab tidak digoreng menggunakn minyak. Silalah cuba...saya namakan ' Popia Pisang'

Bahan-bahan
Pisang- sebarang pisang yang anda suka di belah dua
Kulit popia size besar
Gula Perang
kismis
sedikit butter cair utk sapuan
Optional:
Kekacang yang dihancurkan
Caranya:
Letakkan hirisan pisang diatas kulit popia. Taburkan dengan sedikit gula perang dan juga kismis.
Gulungkan seperti menggulong popia. Sapukan butter disekeliling utk melekatkannya.
Bakar dalam oven denga kepanasan 150 degree hingga kulit popia perang.
Thursday, July 16, 2009
Ayam Golek Tergolek-golek


Cakap ngan hubby, apa kat malam ni kita masak ayam golek jer, tak yah masak nasik kita makan ayam jer. Ala-ala kita makan kat NAndos atau Kenny Rojes. Hm... dia kata menarik gak tu.. lagi pun my sister in laws ada kat umah. Dia tu pemakan ayam tegar. So boleh tolong habiskan makan ayam.
Kita masak italian/western style. Guna rempah yang sedia ada jer kat dapur.
Bahannya
1 ekor ayam, dibersihkan tetapi jgn dipotong
3 sudu serbuk cili
1 sudu dry oregano
1 sudu dry basil/selasih
1 sudu dry rosemary
2 sudu black pepper tumbuk kasar
5 sudu gula perang
garam
5 ulas bawang putih tumbuk
1 biji lemon, perah airnya
8 biji kentang. basuh hingga bersih. Jgn buang kulit
Caranya:
1.Satukan semua rempah dan bahan dengan air lemon dan jadikan pes
2. Sapukan keseluruh ayam termasuk bahagian dalam perut dan bawah kulit
3. Masukkan kulit limau tadi kedalam perut ayam bersama 2-3 ulas bawang putih.
3. Perapkan sekurangnya 2 jam.
4. Cucukkan pada rotissories dan panggang dengan suhu 250 darjah selama 1 jam 30 minut.
5. Kentang tadi dicucuk ngan garfu. Gaulkan dengan sedikit minyak, garam dan oregano.
6. Letakkan dalam dulang dan bakar berma-sama ayam tadi.
Wednesday, May 13, 2009
Baked Potato With Cheese
- 5 Biji kentang Besar -prefer us or russet. kentang biasa pun bole
- 2 tablespoon spoon Olive oil - me use normal cooking oil
- Sedikit dry oregano
- Garam
- black pepper (tumbuk kasar)
- Mozarella Cheese ( Moza??..macam nama I jer)
1. Basuh Kentang dan keringkan betul-betul. Jangan Kupas kulit
2. Cucuhkan kentang tadi dengan garfu sekelilingnya
3. Gaulkan dengan minyak, garam, oregano, dan black pepper.
4. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dlam oven 200 darjah celciuh selama 30 minit atau sehingga empuk
5. Balik-balikkan kentang tadi semasa dalam oven.
6. Bila sudah masak, keluarkan kentang dah belah empat ditengah tapi jgn sampai putus.
7. Picitkan sedikit kentang tadi sehingga sedikit isinya terkeluar.
8. Taburkan cheese dan bakar semula selama 5 minut sehingga cheese cair.
Wednesday, August 13, 2008
Kentang Bakar


Kentang ni favourite cangkir. Tak kiralah dimasak apa pun . Kalau boleh semua masakan nak letak kentang. Baru-baru ni ke Tesco nampak kentang yang kulit merah tu. Cantik jer kaler dia. Kalau citer bab harga memang harga dia berganda-ganda dengan harga kentang biasa ataupun russet potato. Tapi teruja punya pasal sambarlah jugak 4-5 ketul
Bahannya:
4 biji red skin potato/ russet
serbuk daun oregano
serbuk lada hitam
minyak zaitun/minyak masak
garam
1. Basuh kentang jgn dibuang kulit dan dipotong baji(wedges)
2. Taburkan dengan lada hitam, garam dan oreganu
3. Masukkan sedikit minyak dan gaul sehingga minyak menyaluti kentang
4. Bakar didalm ketuhar 250 darjah selama 30 minute atau hingga masak
5. Balik-balikkan kentang lepas separuh masa memasak.
Subscribe to:
Posts (Atom)



