Wednesday, February 3, 2010

At last...Dapur tak berasap



Dapur Gas tak de dah pindah kat umah baru...tinggal oven jer. so memng dapur tak berasap sebab oven yang berasap. Malam tadi buat bake potato + coselow. Coselow tu saya letak kismis sikit. Jadi sedap plak sebab saya tak berapa suka coselow nih..tapi buat malam tadi sedap pulak (sila kata saya perasan). Utk dessert plak buat pisang yang dibalut dengan filo pastry dan dibakar di dlm oven. Yang ni aku tak berapa berkenan sebab pisang2 ni aku tak minat. Ni favourite hubby aku. ada pisang jiran bagi dah terlebih masak.. sayang plak nak buang. actually aku just gunakan bahan2 yang ada kat dlm peti ais jer. So terhasillah resipi ciptaan aku sendiri...lagipun ia sangat sihat sebab tidak digoreng menggunakn minyak. Silalah cuba...saya namakan ' Popia Pisang'

Bahan-bahan
Pisang- sebarang pisang yang anda suka di belah dua
Kulit popia size besar
Gula Perang
kismis
sedikit butter cair utk sapuan
Optional:
Kekacang yang dihancurkan
Caranya:
Letakkan hirisan pisang diatas kulit popia. Taburkan dengan sedikit gula perang dan juga kismis.
Gulungkan seperti menggulong popia. Sapukan butter disekeliling utk melekatkannya.
Bakar dalam oven denga kepanasan 150 degree hingga kulit popia perang.