Saturday, August 30, 2008

Hantaran

Balik dari Sabah hari tu cangkir dapat order dari kawan opis utk buatkan satu hantaran dari gula2 atau coklat utk adiknya bertunang. So ini hasilnya, cangkir gunakan asam buah merah dijadikan gugusan anggur...



Monday, August 25, 2008

From Sabah With Love....

Awal cuti sekolah yang lepas, 15-19hb Aug 2008 cangkir dan hubby pergi bercuti ke Tawau & Sandakan , Sabah. Kami pergi berempat dgn 2 orang lagi member. Sebenarnya tak terpikir pun nak bercuti ke sabah tapi kawan yang beriya mengajak katanya kawan dan saudaranya ada disana. So kita tak yah risau tempat tinggal. Ok gak tu.. save sikit bajet. Ni first time naik kapal nih.. takut ada teruja pun ada. Penerbanagn yang mengambil masa 2 jam terasa sangat lama.. boring beb. Macammanalah agaknya kalau flight sampai 12 jam... Yelah kalau naik bas bolehlah kita tgk pemandangan tapi kalau naik flight ni tak nampak apa pun nampak langit sama jer..

Cangkir ringkaskan cerita sepanjang 5 hari disana. Secara keseluruhannya percutian kali ini lebih kepada pergi menziarah saudara. Makan dan minum serta penginapan semua disediakan tuan rumah. Yang bestnya kat sana ikan & seafood tersangatlah murah.. ikan2 dan seafood segar2 belaka. Besar2 pulak tu dan yang penting sangatlah murah.. Bayangkan kat sana boleh dapat ketam fresh dengan harga serendah RM 1-3 sekilo.Malam terakhir disana sempat buat BBQ seafood.

semasa di Sandakan sempat juga melawat ke Pusat pemuliharaan orang utan di sepilok, Taman Buaya mini Zoo. Hajat nak bermalam di Semporna sambil memancing, tapi resort penuh. Frust member..Tak lupa shopping mutiara dan ikan masin utk keluarga dan kawan2


Meh kita tgk benda-benda menarik yang sempat ditemui....

Ini pemandangan yang sempat dirakam ketika dalam penerbangan





Kami mendarat di tawau pkl 6.30 ptg. Kat sini dah maghrib dah.. dah macam pkl 8 malam kalau di semenanjung.



Shopping Mutiara di Pasar Gantung di Tawau



Yang ni semasa kami di Sandakan, kami melawat pusat org Utan. Bayaran masuk sini agak mahal dan berbeza2 antara org semenanjung, sabah & foreign.



Yang ni namanya buah Terap. Rasanya manis seakan-akan buah nona



Ketam nipah ni kalau kat semenanjung RM30 sekilo kat sana cuma RM 8 jer sekilo


Yang ni ikan isi ikan tuna


Borong ikan masin dan hasil laut kering sebagai ole2 balik semenanjung...


Setelah pack semua 4 kotak. cangkir punya 1 kotak jer..


Malam terakhir kami ambil kesempatan buat BBQ seafood sebagai tanda terima kasih pada tuan rumah



lupa apa nama udang ni.. lebih kurang macam udang lipan + lobster





Jutaan terima kasih kepada Keluarga Kak Kasmawati & Abang Din serta Kak Salmah & Abang Hasan Sekeluarga diatas layanan 1st class pada kami semua..InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki nak pergi KK plak ..

Wednesday, August 13, 2008

Kentang Bakar



Kentang ni favourite cangkir. Tak kiralah dimasak apa pun . Kalau boleh semua masakan nak letak kentang. Baru-baru ni ke Tesco nampak kentang yang kulit merah tu. Cantik jer kaler dia. Kalau citer bab harga memang harga dia berganda-ganda dengan harga kentang biasa ataupun russet potato. Tapi teruja punya pasal sambarlah jugak 4-5 ketul

Bahannya:
4 biji red skin potato/ russet
serbuk daun oregano
serbuk lada hitam
minyak zaitun/minyak masak
garam

1. Basuh kentang jgn dibuang kulit dan dipotong baji(wedges)
2. Taburkan dengan lada hitam, garam dan oreganu
3. Masukkan sedikit minyak dan gaul sehingga minyak menyaluti kentang
4. Bakar didalm ketuhar 250 darjah selama 30 minute atau hingga masak
5. Balik-balikkan kentang lepas separuh masa memasak.

Monday, August 11, 2008

Tumis Sayur Keladi



Bahan-Bahannya
5 Batang Keladi
1 biji keladi (optional)
20 biji cili padi-ditumbuk
5 ulas bawang merah-ditumbuk
sedikit ikan bilis-ditumbuk
garam & gula
1 keping asam keping

Caranya:
1. Siatkan kulit ari batang keladi dan kerat-keratkan
2. Isi keladi di potong-potong kecil
3. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing
4. Masukkan batang dan isi keladi dan kacau rata hingga layu
5. masukkan sedikit air, asam keping dan tutup
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masak hingga keladi empuk

Nota: nak masak batang keladi tumis ni kena pedas baru kick

Saturday, August 9, 2008

Sambal Goreng Tempe & Ikan Bilis

Bahan-bahannya
2 ketul tempe dipotong dadu dan digoreng garing
2 genggam ikan bilis-digoreng
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 labu bawang besar-dimayang
1 ulas asam keping
1 sudu garam
2 sudu gula

Caranya:
1. Tumiskan bawang merah dan putih hingga garing
2.Masukkan cili kering dan gula& asam keping. Gula akan menjadikan cili cepat garing dan masak sementara assam keping akan jadikan sambal berkilat.
3. bila dah kering masukkan air sedikit dan garam dan didihkan hingga agak kering
4. Masukkan tempe & ikan bilis . Gaul rata

Mee Goreng Cik Siti


Kenapa cangkir letak nama cik siti, sebab cangkir guna mee kuning jenama cik siti. Satu-satunya mee kuning buatan melayu islam yang cangkir tahu. Kilangnya ada berdekatan dengan rumah cangkir.Jadi gunakan tanpa was-was.

Resipinya tak yahlah nak taruk sebab masaknya biasa-biasa jer.

Ayam Masak Pecel @ Kencur

Masak Kencur @ pecel ni adalah masakan masyarakat jawa. Biasanya masakan ni menggunakan ikan air tawar yang di salai atau dibakar. Teringat zaman masa kecik-kecik dulu tangkap ikan keli kat sawah pastu masak kencur nih. Sekarang nih susah nak cari keli original. Jadi cangkir guna ayam jer

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam-potong dan dibersihkan
7 ulas bawang merah ditumbuk
1 genggam cili padi ditumbuk
5 ulas ubi cekur-ditumbuk
5 helai daun cekur-dimayang
1 1/2 cawan santan pekat
asam keping-cangkir guna belimbing buloh

Cara-caranya:
1.Gorengkan ayam setengah masak
2.Tumiskan bawang dan cili hingga garing.
3. Masukkan ayam, cekur, asam dan santan.
4. Didihkan hingga ayam masak.
5. Taburkan daun cekur

Tips: Kalau tak de cekur boleh gantikan dengan daun limau purut

Friday, August 8, 2008

SUKUN GORENG & SAMBAL TUMIS



Sukun ni biras beri semasa dia balik kampung tempohari. Lama sungguh tak pekena sukun goreng cicah sambal sambil minum kopi O.

Bahan-bahannya:
Sukun dibersihkan dan dipotong nipis
sedikit tepung gandum
sedikit tepung beras
garam
minyak utk menggoreng

Caranya:
1.Gaulkan sukun dengan garam
2.Kemudian taburkan tepung gandum dan tepung beras dan gaulkan
3. Goreng hingga garing

Resipi sambal tumis

15 tangkai cili kering. Rendam & kisar
5 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
asam keping
garam & gula

caranya:
1.Tumiskan bawang merah,bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga garing
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak
3.Masukkan gula dan asam keping dan tumis hingga cili masak dan garing
4. Masukkan air dan didihkan hingga kering. MAsukkan garam secukup rasa