Wednesday, May 27, 2009

Bendi Goreng


Just match the siakap sweet sour with this bendi goreng for dinner. I just fry the bendi with garlic, belacan & curry powder.
Posted by Picasa

Siakap Sweet Sour


I think no need to post the recipe. Just Enjoy the pic...
Posted by Picasa

Wednesday, May 20, 2009

Tilapia Bakar Tomyam



  • 1-2 ekor Tilapia / siakap
  • Pes Toyam (saya guna Jenama Nona dalam botol)

  • Air Asm jawa

  • Cili Padi

  • Bawang besar

  • Tomato

  • Garam & Gula
  • Limau kasturi
  1. Bersihkan ikan tilapia dan kelar-kelar.

  2. Gaulkan garam dan lumurkan dengan pes tomyam

  3. Bakar ikan tadi. Terpulang nak bakar atas kuali ker, oven ker atau nak sedap bakar atas arang

  4. Utk air asam, Potong tomato, cili padi dan bawangg besar dan gaulkan dengan air asam.

  5. Tambah perahan limau, garam dan gula.

Legend Water Chalet PD

Minggu lepas ke Legend Water Chalet. Ni 1st time ke sini menghabiskan entitlement membership yang ada since it will expired this June for this year. Kalau ikutkan PD ni pandang sebelah mata jer.. almaklumlah dekat ngan KL dan tak pernah lagi bercuti di sini. Tapi bila ke Legend Water Chalet ni rasa jatuh cinta lak... macam duk di perkampungan air. Best sangat.. bilik pun cantik dan romantik. Sesuai utk honeymoon. Boleh memancing dari dalam bilik dan sepanjang walkway. Kami siap beli batang pancing semata2 nak memancing dari dalam bilik. since kat PD nih tak banyak tempat yang boleh dilawati, kami habiskan masa memancing jer dari atas beranda bilik. Untung-untung leh dapat ketam. Tapi tak de rezeki hari tu tak dapat sekor pun. Lay out bilik ni cantik. Patutlah menang best property ...
sapa-sapa yang amik lower level , ada lantai transparent boleh nampak air laut dari dalam bilik




info lanjut : http://www.legendwaterchalets.com.my

Thursday, May 14, 2009

Tempahan cup cake for mothers day





Menerima Tempahan dari 2 rakan sekerja , Muza (nama kitaorang sama) dan juga Farah sempena Mothers day. Terima kasih korang. Maaf jika ada yang terkurang maklumlah saya budak baru belajar.


Lemon Chicken






Ini kes sebab my hubby nak makan westernlah. Buat lemon chicken makan ngan spageti & baked potato. Erm.... spagetti not my favorite but i like baked potato & this lemon chicken.


  • 1/4 bahagian Ayam- Depends on size
  • Garam
  • sebiji lemon
  • Lada Hitam-tumbuk
  • 2 ulas Bawang Putih- tumbuk
  • Serbuk cili
  • Gula Perang
  • Sedikit Halia -tumbuk
  • sedikit dry oregano/basil/rosemary or what ever you like. (if any)
  • Aluminium Foil utk membungkus
Semua bahan diatas adalah mengikut anggaran sahaja. So no specific measurement Okeh.. Saya ni masak tak reti sukat-sukat.

Caranya.

1. Lumurkan ayam denga garam, serbuk cili, halia, bawang putih.

2. Taburkan Lada hitam dan oregano.

3. Letakkan dalam aluminium foil dan perahkan lemon diatasnya.Masukkan sekali kulit lemon tadi

4. Bungkus ayam tadi dengan Aluminium foil dan kelim tepinya kemas supaya wap tidak keluar semasa membakar nanti

5. Masukkan dalam oven dan bakar dengan suhu 200 darjah celc. selama 1/2 jam.

Wednesday, May 13, 2009

Spageti Goreng




  • 1/2 Packet Spagetti- Rebus dan toskan
  • 3 sudu besar sos spageti Kimball-can be replace with tomato sos
  • 5 biji frankfurter -rebus dan hiris serong
  • 2 ulas bawang putih-diketuk & cincang
  • 1 biji bawang holland-dihiris
  • 1 biji lada benggala di hiris panjang
  • 5 biji cendawan butang dihiris
  • Tomato dipotong dadu
  • lada hitam ditumbuk kasar
    garam
  • minyak utk menumis
  • dry oregano
1. Tumis bawang putih hingga garing.

2. Masukkan Sos Spageti dan semua sayuran.

3. Masukkan Mee dan gaulkan hingga rata

4. TAburkan lada hitam, garam dan oregano. Siap utk dihidangkan

Baked Potato With Cheese




  • 5 Biji kentang Besar -prefer us or russet. kentang biasa pun bole
  • 2 tablespoon spoon Olive oil - me use normal cooking oil
  • Sedikit dry oregano
  • Garam
  • black pepper (tumbuk kasar)
  • Mozarella Cheese ( Moza??..macam nama I jer)

1. Basuh Kentang dan keringkan betul-betul. Jangan Kupas kulit

2. Cucuhkan kentang tadi dengan garfu sekelilingnya

3. Gaulkan dengan minyak, garam, oregano, dan black pepper.

4. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dlam oven 200 darjah celciuh selama 30 minit atau sehingga empuk

5. Balik-balikkan kentang tadi semasa dalam oven.

6. Bila sudah masak, keluarkan kentang dah belah empat ditengah tapi jgn sampai putus.

7. Picitkan sedikit kentang tadi sehingga sedikit isinya terkeluar.

8. Taburkan cheese dan bakar semula selama 5 minut sehingga cheese cair.