Thursday, April 8, 2010

Lelaki yang tak layak dijadikan suami

Lelaki Berang Simbah Asid Selepas Isteri Tolak Adakan Hubungan Seks
By: Ramjit-->

KUANTAN, 8 April (Bernama) -- Seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak melakukan hubungan kelamin, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.Dalam kejadian 2 pagi Rabu malam, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata suspek masuk ke bilik tidur dan mengejut isterinya yang sedang tidur untuk mengadakan hubungan kelamin."Wanita berusia 30-an itu bagaimanapun menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.Beliau berkata suspek tiba-tiba tiba-tiba naik angin lalu terus mengambil cuka getah yang berada dalam baldi di luar rumah dan menyimbah ke arah badan serta muka isterinya itu.Zulkifli berkata dua anak mangsa berusia belasan tahun yang turut berada di rumah, segera bergegas mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan selepas terdengar perkelahian itu."Mereka telah memanggil ibu saudara yang juga jiran sebelah rumah untuk membawa mangsa ke klinik kesihatan Bukit Goh sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya.Berikutan kejadian itu, kakak ipar mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Panching kira-kira pukul 4 pagi semalam.Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah kemudiannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut."Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan tubuh bagaimanapun dilaporkan stabil," katanya.Difahamkan, suspek telah berkahwin dengan mangsa sejak 15 tahun lepas, katanya.-- BERNAMA

Sedih bila baca berita ni. Sebab itu agama islam melarang umatnya berjudi kerana berjudi lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Yang berjudi satu hal.. balik lewat malam alih2 nak minta layanan sedangkan suami itu sendiri tak layak dijadikan suami, Ish... serious rasa geram jer. Inilah kalau nafsu mengatasi akal fikiran..

terkenang semasa dulu



seronoknya bila mengimbau zaman kanak-kanak semasa dulu... tak de rasa takut dan bimbang . berbasikal keliling rumah hingga kerumah jiran tetangga. Dulu-dulu pantang hari cuti sekolah aku mesti suh abah hantar gi rumah embah(nenek). sebab apa.. sebab kat sana ramai kawan. pakcik dan makcik aku semua kecik lagi baya2 jer. main baling kasut dan baling tin. kutiplah tin susu dan tin sardin susun dan baling dengan selipar. kalau tak pun main pondok-pondok atau main sorok2. Pondok-pondok real punya.. siap buat rumah beratapkan daun kelapa. Masak pun betul2 punya guna tin kosong...tak siapa melarang.. tulah.. budak-budak dulu kreatif on survival. kalau musim menuai padi seronok menggagau ikan di sawah... petang plak berkubang dan mandi parit...maklumlah time tu kat rumah embah tak de lagi bekalan air. sampai kecut2lah satu badan.
Tapi itu dulu.. budak-budak sekarang mungkin tak dapat merasa itu semua lebih2 lagi yang tinggal di bandar. Dunia mereka hanyalah bangunan batu dengan laman yang sekangkang kera...
Mereka lebih pandai mengexplore dunia PSP, PS3, komputer & TV... Oh manisnya kenangan lalu....

Dulu,kalau sampai musim banyaklah keli, haruan, sepat dan puyu yang boleh digagau disini....

Di parit inilah dulu aku berkubang sampai kena rotan sebab tak nak balik


Tuesday, April 6, 2010

bercanda di tepi bendang

citer ni citer lama. actually nak citer buat gathering makan-makan berpiknik la kononnya kat tepi bendang underneath pokok kelapa, ditemani dengan hembusan angin sepoi sepoi bahasa. lokasi di rumah embah masa raya cina yang lalu. fuh.. nyaman...

Ini adalah gathering BBQ yang kedua sebenarnya. Yang pertama masa raya haji yang lalu.
Menu utama kali ni adalah memasak dan makan burger sampai lebam. bakar ikan dan udang...embah plak masak ayam kukus dlm daun pisang... fuh sedap tak terkata.
time-time macam nilah aku dapat jumpa cousin2 aku yang ramai itu.walaupun tak semua dapat menghadirkan diri tapi kami tetap enjoy...


adik... burger daging 1 special
desert kitaorang hari tu...mix fruit with yogart prepared by me

adeh.. cepatlah woi... dah tahan ni..



the 48th cousin in the family..the cute sasha with granny

Time tu juga kami meraikan birhday Ayie dan kemasukan dia ke MRSM.


boboy in action ...

Saturday, April 3, 2010

KESIBUKAN...

bulan mac aku kesibukan .. dah lama tak hupdate this blog. nanti aku ada mood aku update.