Thursday, November 25, 2010

Oren Bodoh

gambar: jumpa  kat kedai makan

Penah dengar tentang oren bodoh. Kenapa di panggil oren bodoh ? erm.. adakah dengan meminum oren ini kita akan jadi bodoh..Yang pastinya oren oldskoll ni dah jarang ditemui. Oren kampung yang didatangkan dalam botol kecik macam botol kicap tu. Mungkin sebab orang kampung pun dah pandai2 belaka jadi oren bodoh ni semakin pupus.


Zaman kecik2 bila raya oren nilah yang disajikan pada tamu. Biasanya kalau beli satu peti tu (satu peti tu ada dlm 4 dozen kot) separuh peti dah kena rembat dulu. Almaklumlah nak minum yang sedap2 masa raya je baru jumpa.

Lagipun dulu2 oren yang bergas tu kira mahallah, so rumah2 yang hidang oren bergas tu kiranya hebatlah. Oren bodoh ni kurang gasnya.. so kurang ler regenya.

Saturday, November 20, 2010

HARI RAYA KORBAN

Buat pertama kalinya saya hanya bercuti satu hari sempena raya korban. tak seperti tahun2 yang lalu sekurang2 nya cuti dua  hari. Sebab raya jatuh hari rabu rasa sayang plak nak cuti lama2 sebeb cuti pun dah hampir habis. Aku ada plan lain bulan 12 nanti.. Lagi pun kampung dekat jer ... Malam raya tu pukul 9.30 mlm baru terhegeh2 nak balik Sampai pekan Kuala selangor stuck giler. Hubby kata  Ni tak boleh jadi daripada sejam melanguk dlm keta,  hubby dengan drastik menukar haluan ke bistari jaya a.k.a batang berjuntai masuk bukit talang-raja musa tembus tiram buruk-SGG. At last pukul 11 sampai rumah walaupun kena tempuh jalan jauh sikit tapi hati tak panas.... camner gamaknya orang yang sangkut berjam2 atas jalan yer kalau balik raya tu. Tapi tulah pahit manisnya balik raya.

Sebenarnya kalau kat area k. selangor ni sambutan raya korban tak lah seperti negeri dipantai timur dan utara. Tiada baju baru tiada kuih raya yang diwajibkan beli tak seperti raya puasa. Disini kalau hari raya korban seperti biasa saja. Lepas senbahyang raya, tujulah surau ker rumah jiran ker tolong menyempurnakan ibadah korban.

Juadaha raya: Mak :  Ayam masak merah(ayam kampung+ ayam bandar)+ masak lodeh+ sambal kacang+ Nasi impit+Nasi Lontong 
                    Mertua : Kari ayam kampung + Tomyam sayur ( wah healthy ni) + ayam goreng kfc+ rendang kerang + Nasi impit

Monday, November 8, 2010

Bilis Tamban goreng dengan petai


Masakan ulangan

garden salad

 
Al-kisahnya baru turun dari Cameron Highland minggu lepas. Setelah lama menyepi dari buat food blog saya mulakan dengan garden salad yang saya buat. Makan cam tu jer pun sedap. Rangup krup krap krup krap. Sayuran tu terpulang pada citarasa masing-masing pastu just toss with garam, gula dan lemon/lime jus. Kalau suka letak mayo pun boleh  kalau suka.  Satu bowl besar tu kami makan berdua jer..Yang tinggal mangkuk ngan sudu jer