Friday, May 17, 2013

Udang goreng butter basah

300 gram udang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 tangkai daun kari
1 sudu butter
1/2 cawan susu sejat
1/2 cawan tepung jagung
Minyak utk menggoreng

1. Gaul udang dengan garam dan teping jagung
2. Goreng udang sehingga masak. Jgn terlalu lama.Angkat dan tos
3. Cincang bawang putih dan cili padi
4. Panaskan butter dlm kuali. Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
5. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
6. Masukkan udang daun gaul rata. Siap

Friday, May 3, 2013

Sayur goreng campur

Pecel ikan pari

Bahan bahannya
Ikan pari di bakar kosong
Santan pekat
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi
Cekur ambil isi dan daunnya
Garam secukup rasa

Tumbuk bawang , cili dan isi cekur
Masukkan dalam santan dan didihkan .
Bila dah mendidih masukkan ikan dan taburkan daun cekur yang dihiris.

Monday, April 29, 2013

Jom mengail sembilang

Hasil adik pergi memancing dilaut. Ikan sembilang. Malangnya x de gambar ikan yang dah dimasak.
Lokasi pancing: laut kuala selangor
Menu masak: masak lemak kencur

Sambal tumis cili api

Saya punya kegemaran ni..sambal tumis cili api. Kalau dulu dulu cili api sentiasa ada ditanam di keliling rumah. Jadinya mak atau nenek lebih kerap gunakan cili api berbanding cili kering atau lada dalam masakan. X payah nak beli. Maklumlah org kampung kehidupan pun ala kadar. Pagi2 kalau buat lempeng cicahlah dengan sambal ni. Buat jemput2 pun sama. Sos2 tak main. Lagi lagi kalau tanak pulut putih. Aduh ... terliurnya.