Hasil adik pergi memancing dilaut. Ikan sembilang. Malangnya x de gambar ikan yang dah dimasak.
Lokasi pancing: laut kuala selangor
Menu masak: masak lemak kencur
Saya punya kegemaran ni..sambal tumis cili api. Kalau dulu dulu cili api sentiasa ada ditanam di keliling rumah. Jadinya mak atau nenek lebih kerap gunakan cili api berbanding cili kering atau lada dalam masakan. X payah nak beli. Maklumlah org kampung kehidupan pun ala kadar. Pagi2 kalau buat lempeng cicahlah dengan sambal ni. Buat jemput2 pun sama. Sos2 tak main. Lagi lagi kalau tanak pulut putih. Aduh ... terliurnya.