
Lama jugak saya menyepikan diri dari memasukkan entri masak-masak. Yes. mood masak telah kembali. Selama ni pun masak gak tapi biasa-biasa jer. Maaf yer kualiti gambar agak kurang memuaskan kerana guna hp jer. sejak tukar hp ni, gambar yang dihasilkan kurang memuaskan berbanding hp Sony E saya yang lama. Kali ni kita masak kerabu jawa style. Pada yang tak tau apa itu kuluban maksudnya adalah sayuran yang dicelur. Lebih sedap kalau ada pucuk ranti dan pucuk ubi. Mesti tak renti makan.
Bahan-Bahannya:
Untuk sambal kelapa
- 1/2 biji isi kelapa, parut yang putih sahaja. kalau boleh guna kelapa yang tidak terlalu tua.
- 5 ulas Bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi-ikut selera masing2
- sedikit ikan bilis / udang kering
- sedikit belacan
- 10 biji isi kencur (cekur)-kalau tak de boleh gantikan dengan daun limau purut
- Sedikit asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
- Tumbukkan semua bahan kecuali kelapa dan asam jawa hingga lumat

- Ramaskan kelapa dengan bahan yang ditumbuk dan asam jawa hingga sebati

- Rasa asam garamnya
- Sangan dalam kuali dengan api yang kecil hingga sebati dan kering

- Bolehlah digaulkan dengan sayur-sayuran mengikut kegemaran masing-masing.
- Antara sayuran yang biasa dibuat adalah tauge, kacang panjang, kangkung, pucuk ranti, pucuk ubi, pucuk betik, pucuk turi dan segala macam pucuk lah. Pasti anda akan selalu awet muda.


So buat adik ku berdua.. selamat menempuh Alam rumah tangga.. Semoga berbahagia dan beerkekalan hendaknya. Amin..Love u
Hari Pertama: Hari rewang...
Yeh..yeh..mari pack goodies bag utk tetamu. zati ko jgn sengih2 jer
Menu untuk Petang hari rewang hingga Malam..Ayam goreng, daging masak kicap,siput sedut , sayur goreng, tomyam dan buah tembikai. Harus malam sediakan menu sebab tetamu dah mula datang ......Tang siput sedut tu special tau.. sekawah kitaorang masak..


Ini ibu mertuaku yg disayangi yang pakai tudung ceklat.. maklumlah tema hari tu ceklat.


Ha..tu kan atuk2 jer yang pukul kompang. Ni jemputan khas bapak mertua ni. Kitaorang pun tak tau . Tau2 bunyi jer kompang masa pengantin sampai. Sentimentel jer bunyinya.. tak de la bingit macam budak2 sekarang main tu. Mana nak cari Jah sekarang macam ni. Klasik o...
Anak-anak buah sedang cuci cawan.. mula-mula jer rajin pastu lesap entah kemana...
Ibu mertua disamping menantu, anak dan cucu yang comel-comel belaka. 

Dulu,kalau sampai musim banyaklah keli, haruan, sepat dan puyu yang boleh digagau disini....


