Thursday, January 8, 2009

Selamat Datang 2009

Kiranya ini adalah post pertama ku di tahun 2009. Kesibukan sedikit yang membataskan diri nak update blog nih.Maklumlah diawal-awal tahun ni banyak keja sikit nak kena settle. Mungkin tak terlewat utk cangkir ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.....

Tuesday, December 23, 2008

Nasi Lemak Sambal Sotong



Kita just nak share gambar nasi lemak yang dah lama dibuat. Tgh buat clean up folder kat server so jumpalah gambar-gambar masakan yang belum di post kat blog nih. Actually nih gambar dah lama. Kita tgk jerlah gambar jerlah tak payah nak letak resipi.

Monday, December 22, 2008

Ole-Ole Dari Scotland

Semalam adik ipar yang baru pulang dari scotland singgah ke rumah menghantar ole-ole. Erm... best sungguh dapat pegi oversea. Ini kali kedua dia pergi ke scotland dihantar majikannya training selama 2 bulan disana.


Of courselah coklat nih favourite hubby. Dia kalau makan coklat macam makan nasi. Aku nih biasa-biasa jer kalau jumpa coklat. Cuma menariknya sebab packingnya warna warni. Ada jugak dia belikan tshirt utk hubby..


Ha yang nih kita suka sangat. Sekarang nih tgh dok ada hobi kumpul fridge magnet.


Dan of courselah piring cenderamata nih... Terima Kasih buat khairul . Nanti kalau pegi lagi beli lagi yah...

Friday, December 19, 2008

Vanilla Muffin



Kita ada buat vanilla muffin baru-baru nih tapi tak sempat nak snap muffin
tengah posing baik punya. Yang ada muffin baru keluar dari oven. Yang ni kita buat pakai ready mix je. Vanilla flavor kita letak filling strawberry & ceri. Resipi kemudian lah kita update.

Thursday, December 18, 2008

Claypot Seafood balls Tomyam



Yang ni kita masak guna claypot. Claypot kat umah ni jarang digunakan.Ini pun hasil pemberian orang. So terpikir nak masak tomyam. Tidaklah complete mana, guna barang-barang yang ada kat peti ais.Lagi pun hubby kena ulser mulut. Kurang selera nak makan nasi. So buatkan tomyam ni makan dengan bee hoon. Saya rasa tak yahlah nak tulis resipinya..semua orang pun dah tau camner nak masak tomyam.

Daging Goreng Scud



Bahan-bahannya:
300g Daging dihiris nipis
1 biji bawang Besar dipotongg bulat
1 biji lada capsicum dpotong
2 biji kentang dipotong bulat dan digoreng
1 biji tomato potong baji
Garam
Serbuk Kunyit
Gula
3 sudu besar minyak

1. Gaulkan daging dengan garam & kunyit
2. Panaskan minyak dan gorengkan daging hingga masak.
3. masukkan bawang dan goreng lagi sebentar.
4. masukkan kentang& lada capsicum & tomato.
5. Sedia utk dimakan

Cuti-cuti ke Penang 2008

Minggu lepas 13 & 14 DEC 2008 kitaorang ke Penang bersama keluarga Mertua. Bapak mertuaku yang mengajak kami..kitaorang ikut jer. Tujuannya jalan-jalan sambil menziarahi kenalan bapak yang ada kat sana. Kitaorang bermalam kat rumah mereka.Adik iparku sebenarnya yang berkawan baik dengan anak mereka. Mereka sama-sama belajar di UNISEL. Jadi keluarga mereka selalu datang kerumah bapak mertuaku. Erm.. mereka very peramah dan baik. Kerja kami asyik makan jer kat sana.Yang si ayah siap ambik cuti nak entertain kami.Sebabnya ayahnya bekerja dikedah. Suppose hari minggu adalah hari bekerja. Pagi tu kami pi Batu ferringi lepak-lepak kejap. Pastu berkelah ke Teluk Bahang. Tengahhari sebelum balik kitaorang shopping jeruk. Erm.. macam2 ada noo...Balik semula ke tanah Besar kami naik Feri.. dan shoot terus ke Ke Kuala Selangor. Pkl 11 malam baru sampai rumah mak & bapak...gamaknya pagi esoknya baru kami balik rumah sendiri..masing-masing pi masuk keja lambat :)





Kitaorang sempat terus ke Tanjung Dawai kat Sg petani dulu sebelum turun Penang. Pi beli hasil laut. Erm.. macam-macam ada..










Friday, December 12, 2008

Salam Aidil Adha & Nasi Ambeng

Hari raya Aidiladha baru ni bertempat di rumah Embah (nenek) ada sikit buat majlis kenduri doa selamat. Kenduri ni hajat makcik yang baru kehilangan suami akibat dipatuk ular baru-baru nih ( baca entry sebelum ni) dan juga hajat embah sempena nak buat majlis walimatul urus hujung bulan nih. So raya haji tahun ni rasa meriah sungguh hampir semua anak cucu datang berkumpul. Embah ada 14 orang anak dan hampir 50 orang cucu termasuk 2 orang cicit. Cangkir merupakan cucu yang sulung dalam keluarga nih..rasanyalah sebab cangkir ada sorang lagi sepupu sebaya. Hari Raya Aidilfitri baru nih pun tak dapat kumpul sekali ramai macam nih. Very the meriah ...

Dan biasanya orang jawa kalau buat kenduri mesti ada nasi ambeng.Kita pernah post pasal nasi ambeng nih kat entry lepas kat sini

Sebanyak 15 dulang disediakan utk 60 orang jemputan makan. Sebenarnya alas dulang tu sepatutnya daun pisang tapi disebabkan daun pisang tak cukup, alas dengan plastik. Ni kes sebab hujan sepanjang hari tak boleh nak petik daun lebih.

Ni ada 2 dulang extra yang dikorbankan oleh kami anak, cucu & cicit. Ini sebelum dimakan .

Sedang dimakan


Selepas dimakan . Yummy

Nasi Goreng Belacan


Nasi goreng lagi...Minggu lepas memang banyak kali buat nasi goreng..ada balance nasi malam.Dari dibuang baik buat nasi goreng. Lagipun hubby jer yang nak makan .. kita diet you. Tak yah lah tepek resipi. Resipinya biasa-biasa je. Boleh rujuk entry lepas. Dah namanya nasi goreng belacan tambahlah belacan. Cangkir kalau masak apa-apa pun tak suka letak belacan. Belacan hanya suka buat sambal belacan jer. Bab belacan nih memeng favourite hubby. Dah macam cerita seniman bujang lapuk. Kalau boleh masak asam pun nak kena letak belacan.

Saturday, December 6, 2008

Nasi goreng lagi.



Kali nih kita buat style nasi goreng cina plak. Nak matchkan makan dengan tempura. Resipinya biasa-biasa jer. Tak payahlah nak tepek resipi yer.