Sunday, August 30, 2009

SAMBAL GORENG...(sticky post)

Saya ada menjual sambal goreng Jawa special ni. Sungguh istimewa. Freshly homemade.Selalunya boleh didapati di majlis-majlis kenduri kahwin masyarakat jawa terutamanya yang dijadikan sebagai buah tangan atau doorgift. Sambal ni istimewa sebab ianya garing, rangup dan tahan lama.Sesuai utk bekalan ke oversea atau asrama. Diperbuat dari tempe, kentang, kacang tanah, bilis, bawang,dan cili. Sedap dimakan begitu saja atau dihidang dengan nasi sebagai pembuka selera. Bulan puasa nak tiba... tak nak cuba ker?

Harga: 1 Kg RM20.00
500g RM10.00
200g RM4.00


Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak


di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekelian.........................

Wednesday, August 19, 2009

cake for nothing???

Made this cake for nothing... just for makan-makan and can be for my belated-lated birthday. hu..hu...and not forget our anniversary...actually i got 1 pack strawberry in my fridge..before it going bad,so i come up with this





Monday, August 17, 2009

Kenduri oh kenduri..rumah mertua...15 ogos 2009

Kali ni kenduri kat rumah mertua plak... macam nilah kalau nak dekat-dekat bulan puasa ... memang camni lah tetiap tahun...

Biarkanlah red team basuh ayam...

Tomyam utk makan tghari...


Bubur jagung satu periuk besar, utk desert .. maklumlah bapak memang tanam jagung utk jual.. tapi tahun ni kurang menjadi plak....

goodies pack utk 'berkat' malam nanti...

ni kek sayalah yang buat... gebus jer


mari-mari kita sediakan nasi ambeng.....



para jemaah dah makan dan bungkus 'berkat.'....




Friday, August 14, 2009

FRIM


Berkesempatan mengunjungi FRIM di Kepong 3 minggu lepas... Kali terakhir aku ke tempat nih ialah pada tahun 1999 kira-kira 10 tahub lalu. Tempat ni tak banyak berubah cuma sekeliling dah banyak membangun. Bila masuk dalam tu terasa macam berada di dalam tempat yang jauh di pedalaman. Terasa aman dan damai .. Hubby ni ha.. dia tak pernah menjejak kaki ke dalam tu. So dia yang excited nak tau apa yang ada dalam tu. Nak masuk dalam tu kena bayar satu keta Rm 5 + RM1 utk setiap penumpang.
Kat sana ada satu sungai nama Sungai Kroh kalau tak silap. Kita boleh piknik kat sini ... Kalau bawak budak-budak kecik oklah.. sebab airnya tak dalam dan deras.





Tapi kalau nak berkubang ada satu kolam takungan yang yang agak dalam... boleh berendam dalam tu
Hati-hatinya yer .. ada boya










Kepada sapa-sapa yang cintakan alam semulajadi boleh datang sini. Kat sini macam2 aktiviti leh buat, berjogging, piknik, canopy walk, buat event pun pun boleh. So tak perlu nak pergi jauh-jauh utk menghayati alam semulajadi. kat tgh2 bandar KL pun boleh.

argh........

sungguh tensen diriku ini .. aku baru sedar semua koleksi gambar peribadi ku telah hilang setelah aku plan nak transfer ke dlm laptop..tak pasti samaada aku terxcident delete atau kena virus H1N1. yang pelik semua folder tu.. cari dalam recycle bin pun tak de.. test guna recuva software recovery ada yang boleh recover ada yang tak leh. ah .. tensen sungguh.. pc yang kat rumah tu tak complete koleksi nya. mostly 80% gambar ku tak dapat diselamatkan. Gambar-gambar tu koleksi zaman berzaman tu...ada beribu2 gambar ..tapi nak buek cam no... sabor je lah

Monday, August 10, 2009

kenduri.. oh kenduri ..8 & 9 ogos 2009

sempena nak menyambut puasa mak buat kenduri doa selamat.. kebetulan pada minggu yang sama rumah mbah pun buat gak...rumah nenek buat hari sabtu rumah mak plak buat buat hari ahad rumah mak ngan mbah tak jauh kira-kira 15 minute je....





Sekarang bendang tgh menghijau...


pokok kuini embah tgh lebat buahnya...nampak gaya time puasa kang baru mula luruh


seperti biasa hidangan utk malam kenduri nasi ambeng...





yum-yum...

























malam isnin plak kendur rumah mak....menu yang sama gak .. nasi ambeng cuma bezanya kali ni kami tak masak, tempah kat jiran. mak tak sihat jadi abah dah tempah siap-siap 8 dulang nasi ambeng kat jiran. kami masak utk makan sendiri dan hantar kat jiran-jiran jer

Tuesday, July 21, 2009

Sambal goreng @ Sayur Goreng Lada

Satu lagi menu wajib ketika bagi masyarakat berketurunan Jawa ni ialah Sayur Goreng Lada@ sambal goreng. Yang ni berbeza yer dengan sambal gorengyang kering. Sambal goreng ni plak versi basah. Selalu dihidang ketika majlis kenduri kahwin dan salah satu menu juga dalam penyediaan nasi ambeng.
Bahan-bahannya:
  • 5 biji kentang dikupas dan dipotong kecil dan digoreng
  • 1 bungkus tempe -dipotog kecil dan digoreng
  • 2 keping fucuk -digoreng dan pecah-pecahkan
  • segenggam suhun -di rendam dgn air
  • segenggam ikan bilis
  • 2 ulah bawang besar -dipotong baji
  • 5 ulas bawang merah -dihiris
  • 3 ulas bawag putih dihiris
  • 10 tangkai cili kering- digunting serong dan direndam dgn a ir
  • 1 inci lengkuas -dihiris halus
  • 1 inci belacan*
  • 1/2 cawan air asam jawa*
  • 1 -2 cawan santan cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu kicap
  • ***hancurkan belacan dengan air asam
Cara Memasaknya:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau
  2. Masukkan lengkuas dan cili kering yang direndam tadi. Tumis hingga naik bau
  3. Masukkan air asam + belacan dan tumis lagi
  4. Masukkan santan, kicap, garam dan gula secukup rasa
  5. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan tadi, kentang, tempe, fucuk, bawang besar dan suhun
  6. Gaulkan semua hingga sayur lembut dan kering

Serunding Kelapa




Menu wajib ketika penyediaan nasi ambeng. Serunding nilah yang membezakan menu nasi ambeng ni dengan menu-menu nasi yang lain. Kadangkala, kerabu celur /kuluban menggantikan serunding mengikut niat nasi ambeng sediakan.


Bahan-bahannya:
1 biji kelapa diparut -ambil yang putih sahaja
5 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci lengkuas
sedikit udang kering
1 sudu jintan manis
1 sudu ketumbar
sedikit air asam jawa
garam
gula
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan air
Kacang tanah digoreng

Cara-caranya:
  1. Sangrai@goreng tanpa minyak kelapa parut hingga kering tetapi jangan sampai kuning
  2. Kisar bawang putih, serai, lengkuas, udang kering, jintan manis dan ketumbar
  3. Tumiskan bahan kisar hingga garing
  4. Masukkan air, air asam garam dan gula dan serbuk kunyit.
  5. Didihkan hingga mendidih dan sebati.
  6. Masukkan kelapa goreng tadi dan gaul hingga kering.
  7. Taburkan kacang tanah goreng.
Posted by Picasa


Nasi Ambeng


Bila Suami beritahu member dia ada order Nasi Ambeng ni , aku jadi teruja. Yelah ni first time aku terima order buat nasi Ambeng .
Pada kawan-kawan yang nak order silalah.. minimum 10 bungkus yer.. since nak buat ni tak leh buat sikit-sikit jer. Sebungkus RM 5.
Yang ni Nasi Ambeng Tanjung Karang ye. Tempat lain mungkin beza sikit. Apa yang anda dapat:
Nasi Putih
Seketul Ayam Masak kicap /Goreng
Serunding Kelapa Jawa Style
Mee Goreng
Sayur goreng Jawa style

Semua ni akan saya bungkus dengan daun pisang yer.


Posted by Picasa