Wednesday, February 27, 2008

Picnic Sg Sendat Batang Kali 24 feb 2008

Picnic di Sg Sendat Batang Kali 24 Feb 2008 Akhirnya berjaya jugak gi outing bersama member ofis setelah cadangan nak gi outing ni di bangkitkan kira-kira setahun lalu tapi hampeh tak pegi2. Kali ni tak de plan2 dan perancangan rapi. Kami terus jer gi hujung minggu. Memandangkan dah ujung2 bulan ni kami decide gi dekat2 jer, mandi-manda kat Ulu Yam. Hubby bagi cadangan gi tempat yang tak berapa ramai orang so kami ke Sungai Sendat Batang Kali sebab kat sini diorang kata ada air terjun. Walaupun perjalanan masuk ke kawasan tu agak mencabar ala-ala '4 x4 Lanun Darat' akhirnya kami selamat sampai. Dari jauh dah dengar air mengalir. Masuk kena bayar RM1 dewasa 50 senNasib dapat gazebo leh jadi port tempat makan dan lepak. Sampai2 makan dulu ...lum sarapan lagi.Antara menu yang dibawa - Mee goreng, Mihun Goreng, nasi Goreng, sandwich, Nugget, Kentang Goreng, Nasi putih, terubuk asam pedas, dan kudap2 an. Yang bestnya buat BBQ ayam & sosej. Pas tu acara utama iaitu berendam sampai lebam. Macam2 aksi ada. Aku rasa dah lama tak pegi picnic ni memang best gila. Masing2 tak sedar diri mandi macam tak penah tgk air. Tapi memang happy dan hilang rasa tension. Siap tanggguk udang..tak pasti udang apa tapi bentuk cam udang galah tapi kecik2 jer. Lapar naik makan pastu berendam lagi....Kalau ikutkan hati sampai esok pun tak nak balik. Balik tu kami semua puas hati dan rasa seronok. Pas tu masing2 excited nak gi jalan lagi. So saksikan je lah ragam budak2 termasuk bapak budak main air....




Selamat Datang ke Hutan lipur Sungai Sendat
Air Terjun nun disana

BBQ Ayam & Sosej


Poyo..........



Ikan Bakar Jeram K. Selangor 10 Feb 2008

10hb Feb 2008 hari ahad aku ngan adik tong2 belanja mak ngan abah Kat Kedai Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor. Keluar dari rumah dlm pkl 7pm sebab nak maghrib kat sana. Kalau keluar lepas maghrib takut tempat tak de sebab penuh. On the way tu jalan sesak sebab orang mula balik semula selepas bercuti sempena raya cina. Hampir pkl 8mlm baru sampai. perjalanan yang sepatutnya amik masa dlm 25-30 minit dah hampir 1 jam. Plan lepas makan terus balik Sg. Buloh setelah bercuti kat kg sempena CNY. Sampai tempat makan orang ramai . Nasib baik ada tempat. Aku terus pilih seafood takut habis...heee..

Menu kitaorang malam tu utk 6 orang makan:


1. 1 ekor Siakap masak stim

2. 1 ekor Kerapu - sweet sour

3. 1 ekor Jenahak- sweet sour

4. 1/2 kilo sotong- goreng tepung

5. 1/2 kilo udang -gorengtepung

6. 2 keping ikan pari-Bakar

7. 2 pinggan kerang-bakar

8. sayur kailan

9. sup ekor -untuk abah

10. 1 jug fresh oren

11. 2 gelas air tembikai

12. Teh O -untuk abah
Total; RM139

Rasa: oklah...3 bintang

Harga: ok berbaloistarter kerang bakar cicah air asam nagn sambal kicap...
Antara menu yang dah sedia untuk di ngap...Sebelum makan baca doa dulu



Licin...........

Wedding kat Felda Trolak, Perak 3 Feb 2008

Ikut hubby gi wedding member dia kat Felda Trolak. Kumpul kat R& R Rawang dlm pkl 11.30 pg. Pegi 4 keta... member hubby yang dah kawin semua datang lone ranger isteri memasing ada hal. Cuma hubby jer yang bawa isteri dia ni.. mana leh tinggal...heee



Baru sampai kat umah pengantin....


Standardlah....menu kenduri kawin...lapo nih


Pengantin tiba...

CNY Makan2 1 Feb 2008

Mungkin agak terlewat nak post tapi tak kisahlah. Setiap tahun bos akan organised majlis makan2 utk meraikan pekerjanya terutama pekerja indon sempena CNY. Selain makan2 ada lion dancing dan acara lucky draw utk semua staff. Semua akan dapat hadiah yang terdiri dari hamper, Electrical item, voucher & ang pow. Masa time tu siap tolong member bakar sate sebab ada member dapat contract supply sate masa jamuan..Masa lucky draw dapat angpow Rm50 note baru. Masih simpan lagi note Rm50 tu sampai sekarang