Wednesday, February 27, 2008

Picnic Sg Sendat Batang Kali 24 feb 2008

Picnic di Sg Sendat Batang Kali 24 Feb 2008 Akhirnya berjaya jugak gi outing bersama member ofis setelah cadangan nak gi outing ni di bangkitkan kira-kira setahun lalu tapi hampeh tak pegi2. Kali ni tak de plan2 dan perancangan rapi. Kami terus jer gi hujung minggu. Memandangkan dah ujung2 bulan ni kami decide gi dekat2 jer, mandi-manda kat Ulu Yam. Hubby bagi cadangan gi tempat yang tak berapa ramai orang so kami ke Sungai Sendat Batang Kali sebab kat sini diorang kata ada air terjun. Walaupun perjalanan masuk ke kawasan tu agak mencabar ala-ala '4 x4 Lanun Darat' akhirnya kami selamat sampai. Dari jauh dah dengar air mengalir. Masuk kena bayar RM1 dewasa 50 senNasib dapat gazebo leh jadi port tempat makan dan lepak. Sampai2 makan dulu ...lum sarapan lagi.Antara menu yang dibawa - Mee goreng, Mihun Goreng, nasi Goreng, sandwich, Nugget, Kentang Goreng, Nasi putih, terubuk asam pedas, dan kudap2 an. Yang bestnya buat BBQ ayam & sosej. Pas tu acara utama iaitu berendam sampai lebam. Macam2 aksi ada. Aku rasa dah lama tak pegi picnic ni memang best gila. Masing2 tak sedar diri mandi macam tak penah tgk air. Tapi memang happy dan hilang rasa tension. Siap tanggguk udang..tak pasti udang apa tapi bentuk cam udang galah tapi kecik2 jer. Lapar naik makan pastu berendam lagi....Kalau ikutkan hati sampai esok pun tak nak balik. Balik tu kami semua puas hati dan rasa seronok. Pas tu masing2 excited nak gi jalan lagi. So saksikan je lah ragam budak2 termasuk bapak budak main air....




Selamat Datang ke Hutan lipur Sungai Sendat
Air Terjun nun disana

BBQ Ayam & Sosej


Poyo..........



No comments: