Monday, December 1, 2008
Sambal Tumis Petai Cili Api
Bahan-bahannya
20-25 biji cili padi (ikut suka)
4 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis
2 papan petai
10 biji Tomato ceri (boleh guna tomato biasa)
garam & gula secukup rasa
Belacan jika suka
1 keping asam gelugur atau belimbing buloh
1. Tumbuk cili api & bawang hingga lumat
2. Masukkan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur
3. Kikis kulit petai dan buang kulit tepinya. Kemudian potong petai tadi bersama2 kulitnya.
3. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga garing. Masukkan gula.
* Petua supaya tidak bersin: gunakan minyak yang agak banyak semasa menumis. Boleh dicedok minyak yang berlebihan kemudian jika tidak suka.
* petua cili tumis garing: masukkan gula dalam masakan. Cili akan cepat garing dan masak dengan sempurna.
4. Masukkan petai,garam dan juga sedikit air. Didihkan hingga agak kering
# ni makan dengan nasi panas dgn ulam pucuk ubi sedap tak terkata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment