Tuesday, December 8, 2009

Weekend Drive Ke Cameron Highlands

Minggu lepas ronda-ronda ke Cameron highlands. pertama kali naik ikut simpang Pulai ...erm memang lebar jalannya dan tak thrill sangat compare lalu ikut Tapah. Alhamdulillah .. cuaca sangat baik dan tidah hujan. Malam plak sungguh dingin di tambah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Kami duk kat bajet hotel jer, Jasmine Hotel dekat brinchang. Senang .. nak jalan2 kat pasar malam dan makan tak perlu bawak keta. Jalan kaki jer. Maklumlah cuti sekolah ni cameron sesak nak parking pun susah. Jom kita tgk gambar2 menarik semasa kat sana.

Sampai di cameron, kabus menyambut kitaorang..


Jalan-jalan di pasar malam brinchang. Kalau cuti sekolah tiap2 malam diaorang bukak pasar malam. Jagung Manis Cameron dan sayur adalah tarikan utama orang membeli. Nak beli Jagung ni pun kena pandai juga. Certain jagung manis yang dijual bukan yang ditanam di Cameron tapi tanam di Ipoh tapi claim jagung Cameron highlands. Macam ni 8 tongkol RM10.00


Kalau sayur cam ni selonggok RM 10.00 leh campur2

Malam tu kami beli sikit strawberry nak makan. 1/2 kilo kami dapat Rm13.00. Boleh tahan besar2nya. Yang ni saja letak dalam gelas konon2 art deko nak amik gambar.




Esoknya kami ke Mardi. kat sini macam2 pokok yang menarik utk di photo shoot.

Pokok Epal dengan buahnya yang sedang masak.. geram jer rasa nak petik.



Yang ni plak pokok Parsley Salery brokoli tomato
Butterhead
kubis roses & ..................


bird of paradise sebelum balik pegi menikamati fresh strawberry kat big strawberry farm.
.........strawberry with cream......
............ aiskrim with strawberry.......... Singgah plak ke KEA farm beli buah tangan
......limau manis.........
On the way turun ikut Tapah sepanjang jalan banyak gerai2 orang asli jual petai dan hasil2 hutan yang lain. sekarang ni musim petai agaknya sebab banyak sangat



tak pasti awan atau kabus tapi duk same level ngan jalan..
Kesimpulannya memang best gi sana...cuma pemandangan cameron dah tak macam dulu terlalu banyak pembangunan yang mana merosakkan landscape semulajadinya. Next year Insya Allah gi lagi. Bye..

Monday, December 7, 2009

Sireh yang tak pulang ke gagang.

semalam aku citer member suh buat gubahan sireh jungjung untuk adiknya.. zaman sekarang orang dah tak junjung dah sireh ...orang jinjing plak. Kalau zaman dulu-dulu kalau buat gubahan sireh mesti tinggi-tinggi .. lekap kat batang pisang. lagi tinggi lagi vouge gitu. zaman sekarang tak de nya semua nak ringkas2 lagipun susah nak dapat sireh kalau kat pekan nih. Tara ini dia.. tak delah cantik mana biasa-biasa jer free hand work.






Saturday, December 5, 2009

hARI yANG pANJANG....

My today Diary...(hari ni aku cuti, husband pun cuti)

8.30 am:
Keluar rumah menuju ke Damansara...jalan Jem Giler.. perjalanan yang 1/2 jam jadi 2 jam. Lokasi dituju: Atria Shopping Centre .. hari ni Corelle Warehouse Sale dik Non... saja melihat2 apa yang menarik. Sampai Sana pkl 11 pagi. aku tgk makcik2 dah ramai pakat2 borong.
Apa Yang aku rembat: adalah sikit loose item...dan 1 set corning ware dan set cawan. Harga agak mahal utk corelle set bermula RM 450+ ..Cari dinner plate utk shadow iris tak de. dapat 3 biji jer dinner plate tapi bunga lain. lepas tapis2 terbang gak ler beberapa keping note 50.00

1.00 pm:
Lunch kat Atria gak. Lapo dah pagi tadi tak breakfast...

2.30 pm:
Dari Damansara singgah kat opis kat Sg Buloh jap nak jumpa member amik bahan2 utk sirih junjung. Dia suruh buatkan sireh junjung tunang adik dia esok. lepak jap kat opis sambil tunggu member beli bunga .

3.30 pm
singgah kedai borong beli goodies item utk goodies pack esok. Esok kami akan together-gether 20 keta ke Cameron highland. sebab hubby yang urus maka secara tak langsung isterinya pun terlibat sama.

4.00 pm:
Pergi Selayang plak tgk showroom Ceramic World White Horse. Survey2 tiles kekononnya utk umah. Hujan renyai dari pagi masih lagi belum berhenti. Pusing2 dalam tu terliur jer tgk dia punya design. Harga boleh tahanlah mahalnya...bila berkira-kira tak cukup ngan jari lari bajet woi..

5.00 pm
Keluar dari Ceramic World singgah kat bukit Lagong tgk apa yang ada. Tak penah singgah lagi tempat perkelahan nih...sajer jer tak turun pun...boleh juga ni jadi port mandi manda ni.. sebab landai sesuai bawak budak-budak.

5.30 pm
Sampai kat Sg buloh jap kat kedai bunga cantik (nama kedai ni 'kedai cantik') beli pelilit ijo dengan dawai. PAstu gi minum sambil pekena roti canai. Ok malam tak yah masak dah...

6.00 pm
Baru sampai rumah. Ermm.. macam kerja gak hari ni keluar pagi balik petang...
Sampai2 rumah terus rendam span dalam air. Aku janji nak deliver sireh tu malam ni jugak sebab esok aku dah keluar pagi2 tak sempat nak deliver pagi.

Aku kena bongkar balik tools yang tah kat mana aku letak. Lepas dah susun2 sireh erm... bakul tu macam besor sangat sireh plak ngam2 jer,,so aku maximizekan semua daun dan bunga yang ada.. erm..siap juga..cantik (puji pujian harus diberikan pada diri sendiri). Sementara aku buat gubahan sirih tadi hubby sibuk packing goodies pack. Semalam aku dah lukiskan artwork kat atas mug sebagai cenderehati bagi kat orang2 yang gi cameron esok. dah macam kedai cenderamata kat Central Market dah.

9.00 pm
call member kata nak deliver sireh, sambil tu nak keluar isi minyak kereta, top up touch n go serta keluarkan $$$. kebetulan member pun nak keluar so jumpa kat luar jer.
Member sangat suke :) bila tgk gubahan tu. saya pun sangat suka dia happy.

erm...balik rumah kemas rumah yang tadi tgh bersepah... kemas baju nak bawak esok ala kadar sebab pergi 1 malam jer.

Buka laptop update blog.. samapi sekarang pkl 3 pagi aku masih belum tido...besok nak bangun pagi bye....