Tuesday, December 8, 2009

Weekend Drive Ke Cameron Highlands

Minggu lepas ronda-ronda ke Cameron highlands. pertama kali naik ikut simpang Pulai ...erm memang lebar jalannya dan tak thrill sangat compare lalu ikut Tapah. Alhamdulillah .. cuaca sangat baik dan tidah hujan. Malam plak sungguh dingin di tambah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Kami duk kat bajet hotel jer, Jasmine Hotel dekat brinchang. Senang .. nak jalan2 kat pasar malam dan makan tak perlu bawak keta. Jalan kaki jer. Maklumlah cuti sekolah ni cameron sesak nak parking pun susah. Jom kita tgk gambar2 menarik semasa kat sana.

Sampai di cameron, kabus menyambut kitaorang..


Jalan-jalan di pasar malam brinchang. Kalau cuti sekolah tiap2 malam diaorang bukak pasar malam. Jagung Manis Cameron dan sayur adalah tarikan utama orang membeli. Nak beli Jagung ni pun kena pandai juga. Certain jagung manis yang dijual bukan yang ditanam di Cameron tapi tanam di Ipoh tapi claim jagung Cameron highlands. Macam ni 8 tongkol RM10.00


Kalau sayur cam ni selonggok RM 10.00 leh campur2

Malam tu kami beli sikit strawberry nak makan. 1/2 kilo kami dapat Rm13.00. Boleh tahan besar2nya. Yang ni saja letak dalam gelas konon2 art deko nak amik gambar.




Esoknya kami ke Mardi. kat sini macam2 pokok yang menarik utk di photo shoot.

Pokok Epal dengan buahnya yang sedang masak.. geram jer rasa nak petik.



Yang ni plak pokok Parsley Salery brokoli tomato
Butterhead
kubis roses & ..................


bird of paradise sebelum balik pegi menikamati fresh strawberry kat big strawberry farm.
.........strawberry with cream......
............ aiskrim with strawberry.......... Singgah plak ke KEA farm beli buah tangan
......limau manis.........
On the way turun ikut Tapah sepanjang jalan banyak gerai2 orang asli jual petai dan hasil2 hutan yang lain. sekarang ni musim petai agaknya sebab banyak sangat



tak pasti awan atau kabus tapi duk same level ngan jalan..
Kesimpulannya memang best gi sana...cuma pemandangan cameron dah tak macam dulu terlalu banyak pembangunan yang mana merosakkan landscape semulajadinya. Next year Insya Allah gi lagi. Bye..

No comments: