Wednesday, July 14, 2010

KERABU MANGGA


Biras ada bagi sebiji mangga muda yang besar... nak makan cam tu  jer tak berapa minat.  So buatlah kerabu mangga buat pembuka selera sempena berbuka puasa.


  • Mangga muda di sagat/cincang

  • 3 ulas bawang merah dihiris

  • 5 biji cili padi dihiris

  • sedikit bilis goreng

  • air perahan limau kasturi

  • kacang tanah goreng tumbuk

  • sedikit sos ikan

  • sedikit gula

Gaulkan semua bahan diatas secukup rasa. semudah ABC..selamat menjamu selera

Monday, July 5, 2010

Sambal Tahun 2010

Ya satu lagi masakan masyarakat jawa . Sambal tahun namanya.. sebab apa di panggil sambal tahun. Sebab sambal ni biasanya dimakan dalam jangka waktu yang lama. Bukanlah bertahun lamanya la sebab tak sampai seminggu pun dah habis. Biasa orang akan panaskan berulang setiap hari. Kalau kuah dah kering, tambah santannya. Semakin lama semakin sedap dan semakin pedas. Kalau hari raya ni menu special yang ada kat rumah mak. Makan ngan ketupat memang mengancam maklumlah kami saudara mara ni memng hantu pedas. Maklumlah jelak makan daging dan ayam kalau raya.
Yang ni saya masak sebab memang teringin sangat nak makan.. terbayang-bayang macam orang mengidam gamaknya. Ada orang suka masukkan perut, lulang ( kulit lembu) atau kerang. Yang ni saya masak kosong jer. Hajat nak masukkan kerang tapi kerang boleh pulak tak de bila nak beli.  Sudahnya  kosong jer sampai ke sudah. Yang ni resipi  yang mudah. Ada saya baca setengah orang letak taucu, halia tapi yang ni lah resipi mak saya.

Bahannya:
  • 500 g lengkuas -pilih yang muda-muda
  • 300 g cili padi -biarkan sebiji-sebiji
  • 10 ulas bawang merah* ditumbuk
  • 1 genggam ikan bilis* ditumbuk
  • 2 liter santan
  • Isi Kerang-saya tak letak sebab tak de
  • garam dan gula secukup rasa
Caranya
1. Hiris nipis-nipis lengkuas dan rebus. Buang airnya
2. Tumis bawang dan bilis hingga naik bau.
3. Masukkan cili padi dan dan lengkuas yang telah direbus tadi
4. Tutupkan periuk sebentar biarkan cili layu
5. Kemudian masukkan kerang dan santan.

* Lebih sedap kalau dimakan hari esoknya

Kentang Panggang bersama Sayuran




Saya memang GILA KENTANG. Tak kiralah apa style masakan saya cukup suka. Kentang ni stylo, semua masakan dia boleh jalan. Bakar, rebus. panggang, goreng  dan macam2 style boleh dibuat dengan kentang ni. Kentang ni plak ada banyak jenis tapi bagi saya saya suka kentang yang biasa kita guna dalam masakan harian terutama yang isi kuning. Lebih manis dan sedap  berbanding  dengan jenis-jenis yang lain.
Baru-baru ni saya ke tesco amiklah 5 biji kentang kulit merah tu. Suami kata sedap ni kalau panggang..
So inilah hasilnya. Tak perlu  masak nasi dah makan ni jer:

  • 5 biji kentang besar dibelah 4-tak perlu buang kulit
  • 2 sudu kecil lada hitam kasar
  • 1 sudu serbuk oregano
  • 1 sudu serbuk rosemerry
  • 5 ulas bawang putih, diketuk tak perlu buang kulit
  • sedkit garam
  • baby carrot
  • tomato ceri
  • 1 batang celery dipotong kecil
  • 5 batang sosej dipotong 2
  • sedikit minyak zaitun

Caranya:
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat
  2. Masukkan bawang putih dan kentang  dan taburkan herba rosmerry, oregano dan lada hitam.
  3. Gaulkan hingga kentang 1/4 masak
  4. Masukkan semua sayuran & sosej dan kacau sebati
  5. Pindahkan kedalam mangkuk tahan panas dan bakar dalam oven dengan sehu 170 darjah celcius selama 30 minute atau sehingga kentang nasak.



Asam Pedas Ikan Kembung




Asalnya nak masak singgang tapi memikirkan sang suami yang agak kureng makan singgang so amik keputusan masak asam pedas jer. Kalau asam pedas ni laju plak dia makan.. Resipi asam pedas saya ni mungkin beza sikit.. saya pantang daun kesum dan bunga kantan dalam asam pedas yer so anda memng tak kan menjumpai dua bahan ni dalam masakan saya...

  • Bahannya:
  • 500 g ikan kembung atau sebarang ikan yang anda suka
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang kecil*
  • 2 batang serai*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 10 biji  cili api*
  • 10 tangkai cili kering*
  • 3 keping asam keping (boleh gantikan dgn air asam jawa )
  • 2 cawan air
  • 2 biji tomato belah 2
  • 10 tangkai bendi
  • 2 tangkai daun limau Purut
  • Sedikit halba campur
  • Garam
  • Minyak utk menumis

Caranya:
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Tumiskan semua bahan kisar hingga naik bau dan garing
  3. Masukkan air dan asam keping
  4. Didihkan hingga kuah pekat
  5. Masukkan ikan. Memandangkan saya guna ikan kembung yang kecil, saya masukkkan ikan kemuadian. Jika guna ikan besar, boleh masukkan ikan semasa menumis baru masukkan air.
  6. Akhirsekali masukkan tomato , daun limau purut dan kacang bendi. Rasa asam garamnya.