Monday, July 5, 2010

Kentang Panggang bersama Sayuran




Saya memang GILA KENTANG. Tak kiralah apa style masakan saya cukup suka. Kentang ni stylo, semua masakan dia boleh jalan. Bakar, rebus. panggang, goreng  dan macam2 style boleh dibuat dengan kentang ni. Kentang ni plak ada banyak jenis tapi bagi saya saya suka kentang yang biasa kita guna dalam masakan harian terutama yang isi kuning. Lebih manis dan sedap  berbanding  dengan jenis-jenis yang lain.
Baru-baru ni saya ke tesco amiklah 5 biji kentang kulit merah tu. Suami kata sedap ni kalau panggang..
So inilah hasilnya. Tak perlu  masak nasi dah makan ni jer:

  • 5 biji kentang besar dibelah 4-tak perlu buang kulit
  • 2 sudu kecil lada hitam kasar
  • 1 sudu serbuk oregano
  • 1 sudu serbuk rosemerry
  • 5 ulas bawang putih, diketuk tak perlu buang kulit
  • sedkit garam
  • baby carrot
  • tomato ceri
  • 1 batang celery dipotong kecil
  • 5 batang sosej dipotong 2
  • sedikit minyak zaitun

Caranya:
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat
  2. Masukkan bawang putih dan kentang  dan taburkan herba rosmerry, oregano dan lada hitam.
  3. Gaulkan hingga kentang 1/4 masak
  4. Masukkan semua sayuran & sosej dan kacau sebati
  5. Pindahkan kedalam mangkuk tahan panas dan bakar dalam oven dengan sehu 170 darjah celcius selama 30 minute atau sehingga kentang nasak.



1 comment:

alQasam said...

Saya pun sama juga. Suka sangat denga potatoes. Memang best ya Allah. Suka juga dgn baked potatoes sebab pernah tengok resepi dia. Samada buang kulit or tak.