Sempena tahun baru ini saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Ditahun baru ini kita semua mengalami krisis kegawatan minyak masak dan kenaikan harga bawang. Kalau minyak tak de nampaknya kena masak yang rebus2 aje. Satu masalahnya plak sang suami tak berapa nak makan kalau masak yang rebus-rebus aje....Sempena tahun baru ini saya mulakan dengan entry ayam masak asam. Masakan simple dan sesuai untuk mereka2 yang dalam pantang lepas bersalin. Lagipun time kegawatan minyak masak ni memang sesuai sangatlah..
- 1/4 Bahagian ayam dipotong kecil-kecil dan toskan supaya kering airnya
- 10 ulas bawang merah dihiris
- 1 sudu besar asam jawa (x perlu bancuh)
- 1 sudu kecil garam
- Daun Pisang secukupnya
Cara membuatnya:
- Gaulkan ayam ,bawang merah hiris, garam dan asam jawa. Kalau nak sedap gaulkan dengan tangan dan ramaskan sedikit supaya mesra
3. Susun dalam periuk. Pastikan semua bungkusan terletak didasar periuk.
4. Masukkan sedikit air dalam periuk. Agak-agak 1/3 tenggelam bungkusan ayam tadi
5. Tutup dan didihkan periuk tadi selama 10 minit.
6. Boleh dihidangkan
* kalau tak de daun pisang memadai dengan renihkan ayam tadi dalam periuk dengan menambah sedikit air selama 10 minit sehingga ayam empuk
No comments:
Post a Comment