Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum...

Assalamualaikum Warahmatullah...

Sudah lama tak update blog. Kerajinan berblogging semakin menurun barangkali bukan kerana FB,  kerana saya bukan FB tegar. Hanya kerana kemalasan.. ya itu adalah alasan yang normal.  Bulan Puasa pun sudah menghampiri minggu yang terakhir. Sebagai orang dewasa, kemeriahan menyambut raya tidaklah seperti zaman kecil2 dulu. Kalau tahun-tahun lepas saya buat ler jugak biskut sebalang dua untuk buah tangan family di kampung tapi tahun ni saya gantung oven. Mungkin beli saja nanti last minute  untuk buah tangan ibu dan mertua di kampung.
Sekarang ini mak kat kampung hanya memikirkan nak buat majlis Walimatul Urus adik lepas syawal nanti. Jadi mungkin raya ni ala kadar saja. Budget lebih diutamakan untuk majlis kenduri kahwin nanti. Saya sebagai anak sulong secara tak langsung turut sibuk memikirkan dan merancang majlis kahwin nanti. Banyak perkara yang perlu di rancang dengan teliti.
Apa lagi yer... seminggu sebelum puasa yang lalu saya pergi bercuti ke samporna sabah dan pulau2 sekitarnya  bersama teman2 sepejabat selama  6 hari 5 malamah  Rasanya inilah percutian terlama yang pernah pergi. Ni kali kedua saya ke sabah dan yang ni cuti yang best sangat sebab pulau2 dia sangat cantik.
Nanti saya update cerita pasal percutian ni dlm entri akan datang...
Pasal masakan plak saya dah kurang ler amik2 gambar masakan ni. Lagipun masakan saya biasa2 jer kadang2 tak masak maklumler saya berdua jer tidakler nak masak banyak2 masak pun simple2 gitu.

Rasanya ini sajalah entri buat pemanas badan. Hope dengan entri ini akan membuatkan saya rajin update blog....

No comments: