Monday, August 11, 2008

Tumis Sayur Keladi



Bahan-Bahannya
5 Batang Keladi
1 biji keladi (optional)
20 biji cili padi-ditumbuk
5 ulas bawang merah-ditumbuk
sedikit ikan bilis-ditumbuk
garam & gula
1 keping asam keping

Caranya:
1. Siatkan kulit ari batang keladi dan kerat-keratkan
2. Isi keladi di potong-potong kecil
3. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing
4. Masukkan batang dan isi keladi dan kacau rata hingga layu
5. masukkan sedikit air, asam keping dan tutup
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masak hingga keladi empuk

Nota: nak masak batang keladi tumis ni kena pedas baru kick

Saturday, August 9, 2008

Sambal Goreng Tempe & Ikan Bilis

Bahan-bahannya
2 ketul tempe dipotong dadu dan digoreng garing
2 genggam ikan bilis-digoreng
5 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 labu bawang besar-dimayang
1 ulas asam keping
1 sudu garam
2 sudu gula

Caranya:
1. Tumiskan bawang merah dan putih hingga garing
2.Masukkan cili kering dan gula& asam keping. Gula akan menjadikan cili cepat garing dan masak sementara assam keping akan jadikan sambal berkilat.
3. bila dah kering masukkan air sedikit dan garam dan didihkan hingga agak kering
4. Masukkan tempe & ikan bilis . Gaul rata

Mee Goreng Cik Siti


Kenapa cangkir letak nama cik siti, sebab cangkir guna mee kuning jenama cik siti. Satu-satunya mee kuning buatan melayu islam yang cangkir tahu. Kilangnya ada berdekatan dengan rumah cangkir.Jadi gunakan tanpa was-was.

Resipinya tak yahlah nak taruk sebab masaknya biasa-biasa jer.

Ayam Masak Pecel @ Kencur

Masak Kencur @ pecel ni adalah masakan masyarakat jawa. Biasanya masakan ni menggunakan ikan air tawar yang di salai atau dibakar. Teringat zaman masa kecik-kecik dulu tangkap ikan keli kat sawah pastu masak kencur nih. Sekarang nih susah nak cari keli original. Jadi cangkir guna ayam jer

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam-potong dan dibersihkan
7 ulas bawang merah ditumbuk
1 genggam cili padi ditumbuk
5 ulas ubi cekur-ditumbuk
5 helai daun cekur-dimayang
1 1/2 cawan santan pekat
asam keping-cangkir guna belimbing buloh

Cara-caranya:
1.Gorengkan ayam setengah masak
2.Tumiskan bawang dan cili hingga garing.
3. Masukkan ayam, cekur, asam dan santan.
4. Didihkan hingga ayam masak.
5. Taburkan daun cekur

Tips: Kalau tak de cekur boleh gantikan dengan daun limau purut

Friday, August 8, 2008

SUKUN GORENG & SAMBAL TUMIS



Sukun ni biras beri semasa dia balik kampung tempohari. Lama sungguh tak pekena sukun goreng cicah sambal sambil minum kopi O.

Bahan-bahannya:
Sukun dibersihkan dan dipotong nipis
sedikit tepung gandum
sedikit tepung beras
garam
minyak utk menggoreng

Caranya:
1.Gaulkan sukun dengan garam
2.Kemudian taburkan tepung gandum dan tepung beras dan gaulkan
3. Goreng hingga garing

Resipi sambal tumis

15 tangkai cili kering. Rendam & kisar
5 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
asam keping
garam & gula

caranya:
1.Tumiskan bawang merah,bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga garing
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak
3.Masukkan gula dan asam keping dan tumis hingga cili masak dan garing
4. Masukkan air dan didihkan hingga kering. MAsukkan garam secukup rasa

Sunday, July 20, 2008

From Arau with Love.....27-28 Jun 2008












Hujung bulan lepas cangkir berpeluang ke Arau kerana menghantar adik memasuki UITM Arau, Perlis. Wah nampaknya adik bongsu cangkir ni yang paling jauh merantau nun di Utara sana.Dah alang-alang berjalan kami amik kesempatan bercuti dan shopping ke Padang Besar. Kebetulan kawan diutara offer tempat tinggal dirumahnya. So tak payah pening2 nak cari hotel bagai. Lagipun rumahnya ke UITM tu 10 minute jer boleh sampai. Pucuk di cita ulam mendatang. Terima kasih pada Abang Sayuti dan Kak Syarifah sekeluarga diatas layanan 1st class pada kami.

Tuesday, July 15, 2008

Rojak Buah

Balik kampung minggu lepas saya sempat memungut buah-buah yang ada kat keliling rumah. Kat sini tak de durian, rambutan , manggis bagai.Yang ada pun, kedondong, nenas dan mangga muda, jambu batu dan pokok tebu. Mangga muda ngan nenas tu favourite hubby. Cangkir suka kedondong jer. Cecah ngan pencicah.. peh...lalok sekejap.

Bahannya:
Buah-buahan mengikut citarasa-potong


Sambal pencicah Simple:
3 sudu cili boh
gula merah/ melaka
3 sudu gula pasir
2 inci belacan
cili padi-ikut suka
Kicap secukupnya
Air asam jawa
2 cawan air


Optional
Kacang goreng tumbuk
Bijan digoreng


Rebus semua bahan diatas hingga pekat. Sesuaikan mengikut citarasa.
Taburkan bijan dan kacang.
Mangga tengah Muda

kodondong



Nenas


Jambu Batu

Thursday, July 10, 2008

Mee Jawa Campak

Mee ni cangkir masak ikut style cangkir sendiri mengikut stok yang ada kat dalam peti ais. Kira-kiranya ni main campak-campak jer lah. Nak kata mee udang pun boleh, mee bandung pun yer jugak mee jawa pun ada . Kira pakejlah.

Bahan-bahan
5 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2 bij kentang/keledek di rebus dan lenyek
300 gram udang, - kisar
2 inci lengkuas-kisar
5 sudu cili boh
2 sudu besar sos tomato
2 sudu sos tiram
tauhu digoreng-potong dadu
sawi-potong
lobak merah -potong
Tomato belah 4
Garam sekup rasa
1 1/2 air -cangkir guna air rebusan dari kepala udang
Mee Kuning- Celur

bahan tabur/hiasan
cili merah/hijau
tauge
daun sup
bawang goreng
telur rebus
limau

Cara membuat Kuahnya:
1. Bawang merah, putih dan lengkuas ditumis sampai garing
2. Masukkan cili kering dan tumis hingga naik minyak
3. Masukkan udang yang dikisar. Boleh juga gunakan udang kering. tumis hingga wangi a
4. Kemudian masukkan air.
6. Masukkan sos tomato, sos tiram & keledek
7. Didihkan hingga kuah agak pekat.
8. Masukkan Tomato, sawi, lobak & Tauhu.





Monday, July 7, 2008

APAM MEKAR

Apam mekar resipi kak Liza ni first time cangkir buat. Alhamdulillah.. jadi. mula-mula tu excited bila tgk apam tu mekar bak delima merekah ingatkan dak masuk cepat-cepatlah angkat. Rupa-rupanya bawahnya belum masak lagi... tak sabar betul....

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

Lunch Di De Chiang Mai, Sg Buloh

Baru-baru berkesempatan Lunch di de' Chiang Mai , restoran Authentic Thai yang terkenal di Sg buloh nih..

Tah apa angin bosku ni ajak makan tengahhari kat sini plak... Tapi ok gak Rezeki jangan ditolak....bukan selalu dapat makan kat tempat yang xclusif ni.. harga pun xclusif jugak

Tapi yang bestnya...sayur-sayuran dia diorang tanam sendiri kat kebun tepi restaurant nih....diorang cakap depa tak sembur racun...leh tengok diorang nya kebun sayur dari dalam restaurant.Antara menu yang kitaorang order....

Kangkung goreng, Ayam pandan, Kerabu Mangga

Tomyam Seafood..
Chicken Mushroom...ni pun sedap gak

Air: Longan desert