Thursday, September 16, 2010

SAMBAL GORENG IS BACK.....

Saya ada menjual sambal goreng Jawa special ni. Sungguh istimewa. Freshly homemade.Selalunya boleh didapati di majlis-majlis kenduri kahwin masyarakat jawa terutamanya yang dijadikan sebagai buah tangan atau doorgift. Sambal ni istimewa sebab ianya garing, rangup dan tahan lama.Sesuai utk bekalan ke oversea atau asrama. Diperbuat dari tempe, kentang, kacang tanah, bilis, bawang,dan cili. Sedap dimakan begitu saja atau dihidang dengan nasi sebagai pembuka selera. Boleh juga dijadikan kudapan utk hari raya ... tak nak cuba ker?

Harga: 1 Kg RM20.00
500g RM10.00
200g RM 5.00
Sila hubungi: 013-3621088 /013-3331320
YM : mozzaburger

Friday, September 3, 2010

Kembung Bilis Dengan Terung Pipit


Bulan-bulan puasa ni saya  masak ringkas-ringkas macam ni jer, lebih menyelerakan. Boleh bawa ke sahur sekali. Suami pun suka masak yang simple-simple jer. Kebetulan ada pokok terung pipit kat belakang rumah yang berbuah sulung. So goreng dengan bilis ikan kembung, padankan dengan sayur sambal santan  jantung pisang. 

  • Ikan bilis kembung/ Ikan Bilis Biasa/ tamban
  • 5-6 tangkai terung pipit
  • 2 biji bawang besar
  • 10 tangkai cili api / cili merah/ cili hijau
  • Garam & gula secukup rasa
  1. Gorengkan ikan bilis hingga garing dan ketepikan
  2. Gorengkan juga terung pipit sebentar dan masukkan bawang besar dan cili api.
  3. Masukkan bilis yang digoreng tadi.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
Selamat Mencuba

SAMBAL SANTAN JANTUNG PISANG


 Selalu kalau masak lemak sayur mesti nak ada sambal belacan kan. Yang ni tak payah cari sambal belacan dah sebab dah pedas punya...maklumlah saya ni hantu pedas..setiap kali makan cili wajib ada wo... lauk tak de tak pe janji cili api mesti ada. Masak lemak macam biasa cuma tambahkan cili api jer mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Bahan-bahannya:

  • 1 biji Jantung Pisang
  • 3 ulas bawang merah
  • 20 biji cili api
  • sedikit ikan bilis
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa
 Cara-caranya:
  1. Bersihkan jantung pisang, hiris dan rebus hingga empuk
  2. Tumbuk cili api, bawang dan ikan biilis
  3. Masukkan santan dan bahan yang ditumbuk dalam perik dan masak hingg mendidih
  4. Masukkan jantung pisang dan  garam secukup rasa

Friday, August 20, 2010

Kacang Panjang Goreng dengan Tauhu

Ikan Sembilang Salai

Ikan sembilang segar bugar  ni memang masih hidup ketika disiang.. yang ni spesis sembilang laut yang dipancing sendiri di laut. Sedap dimakan begitu bersama air asam  atau dimasak lemak cili padi...yang ni kami masak lemak cili padi tapi gambar tak ambil...maklumlah dirumah mertua.. tak sempat nak bergambar sebab sibuk menyediakan hidangan....

Paratha Instant Puff

Kali ini saya masak puff.. kalau orang  kita panggil karipap ler..guna kan instant paratha jer. Senang dah ringkas buat juadah berbuka puasa...

Bahan-bahannya:
Roti Paratha Plain  jenama Kawan
1 tin kecil sardin di lecek-jgn buang kuahnya
1 biji ubi kentang di dadu kecil
1 labu bawang besar
sedikit cili kisar
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

  1. Tumiskan semua bahan diatas seperti biasa hingga pekat. Jangan tambah air. Sejukkan
  2. Ambil sekeping roti paratha dan canai sedikit.Potong  atau bahagikan ke 2 atau 3 bahagian.
  3. Letakkan inti dan kelim kelilingnya seperti karipap atau tekan dengan garfu
  4. Boleh juga digulung mengikut kretiviti masing-masing
  5. Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dalam ketuhar hingga garing. 

Monday, August 16, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI

Assalamualaikum en Ben.. saya berminat nak join dalam ketegori MASAKAN. Sesiapa yang nak join leh la gi ke sini ->>>BLOG LIST BEN ASHARI. TQ En Ben.

Saturday, August 14, 2010

Ikan Pekasam


Ikan Pekasam Anyone...