Tuesday, July 21, 2009

Sambal goreng @ Sayur Goreng Lada

Satu lagi menu wajib ketika bagi masyarakat berketurunan Jawa ni ialah Sayur Goreng Lada@ sambal goreng. Yang ni berbeza yer dengan sambal gorengyang kering. Sambal goreng ni plak versi basah. Selalu dihidang ketika majlis kenduri kahwin dan salah satu menu juga dalam penyediaan nasi ambeng.
Bahan-bahannya:
  • 5 biji kentang dikupas dan dipotong kecil dan digoreng
  • 1 bungkus tempe -dipotog kecil dan digoreng
  • 2 keping fucuk -digoreng dan pecah-pecahkan
  • segenggam suhun -di rendam dgn air
  • segenggam ikan bilis
  • 2 ulah bawang besar -dipotong baji
  • 5 ulas bawang merah -dihiris
  • 3 ulas bawag putih dihiris
  • 10 tangkai cili kering- digunting serong dan direndam dgn a ir
  • 1 inci lengkuas -dihiris halus
  • 1 inci belacan*
  • 1/2 cawan air asam jawa*
  • 1 -2 cawan santan cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu kicap
  • ***hancurkan belacan dengan air asam
Cara Memasaknya:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau
  2. Masukkan lengkuas dan cili kering yang direndam tadi. Tumis hingga naik bau
  3. Masukkan air asam + belacan dan tumis lagi
  4. Masukkan santan, kicap, garam dan gula secukup rasa
  5. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan tadi, kentang, tempe, fucuk, bawang besar dan suhun
  6. Gaulkan semua hingga sayur lembut dan kering

Serunding Kelapa




Menu wajib ketika penyediaan nasi ambeng. Serunding nilah yang membezakan menu nasi ambeng ni dengan menu-menu nasi yang lain. Kadangkala, kerabu celur /kuluban menggantikan serunding mengikut niat nasi ambeng sediakan.


Bahan-bahannya:
1 biji kelapa diparut -ambil yang putih sahaja
5 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci lengkuas
sedikit udang kering
1 sudu jintan manis
1 sudu ketumbar
sedikit air asam jawa
garam
gula
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan air
Kacang tanah digoreng

Cara-caranya:
  1. Sangrai@goreng tanpa minyak kelapa parut hingga kering tetapi jangan sampai kuning
  2. Kisar bawang putih, serai, lengkuas, udang kering, jintan manis dan ketumbar
  3. Tumiskan bahan kisar hingga garing
  4. Masukkan air, air asam garam dan gula dan serbuk kunyit.
  5. Didihkan hingga mendidih dan sebati.
  6. Masukkan kelapa goreng tadi dan gaul hingga kering.
  7. Taburkan kacang tanah goreng.
Posted by Picasa


Nasi Ambeng


Bila Suami beritahu member dia ada order Nasi Ambeng ni , aku jadi teruja. Yelah ni first time aku terima order buat nasi Ambeng .
Pada kawan-kawan yang nak order silalah.. minimum 10 bungkus yer.. since nak buat ni tak leh buat sikit-sikit jer. Sebungkus RM 5.
Yang ni Nasi Ambeng Tanjung Karang ye. Tempat lain mungkin beza sikit. Apa yang anda dapat:
Nasi Putih
Seketul Ayam Masak kicap /Goreng
Serunding Kelapa Jawa Style
Mee Goreng
Sayur goreng Jawa style

Semua ni akan saya bungkus dengan daun pisang yer.


Posted by Picasa

Muffin Pandan


Buat muffin ni untuk minum petang minggu lepas. Since minggu lepas tak kemana-mana jadi buatlah muffin ni. Ni pun hasil hunting ke fotopages rinnchan . Mula-mula hidang kat hubby boleh dia kata ingatkan buah melaka. Sekali pandang memang macam buah melaka sebab kat atas tu aku tabur kelapa kering. Aku sebenarnya nak habiskan stok2 bahan yang ada dalam peti ais tu ha. Maklumlah dah nak masuk ramadhan... aku ingat tahun nih nak business homemade biskut raya plak..(angan-angan nih tiap-tiap tahun aku buat tapi..hampeh) . Resipi ni aku kopi pes jugak. Malas nak taip.

Bahan-bahan:

200gm tepung gandum

1 1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikabonat

1/2 tsp garam halus

120gm gula castor

200ml santan kelapa (dalam kotak)

100ml minyak jagung

2 biji telur *

1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)

1/2 tsp pandan essence B

ahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota : *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.

2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 5. Bakar selama 20minit.

Posted by Picasa

Bayam Bening


Hari nih kita masak yang ringkas-ringkas jer lagi menyihatkan. Kita memang suka masak-masak bening ni.Tapi mesti kena ada sambal belacan ,ikan goreng dan ikan masin . Kali ni kita masak bayam. Lagi sedap kalau kena bayam kampung. Lentak kentang barang seketul dua dan soohon. Tapi kali ni tak letaklah sebab tak de stok. Lagi-lagi kalau makan ketika cuaca panas.. fuh ..nyaman jer....

Bahan-Bahannya:
Secekak Bayam -kerat 2
2 ulas bawang merah-dihiris
sedikit ikan bilis
2 biji Kentang potong 4
Garam & gula
3 cawan air


Caranya:
1. Didihkan air dengan Kentang, bawang dan bilis
2. Setelah kentang empuk, masukkan garam dan sedikit gula
3. Masukkan bayam dan terus terus tutup api.
4. Biarkan sebentar bayam didalam periuk yang bertutup supaya masak dengan sendirinya.
Posted by Picasa

Thursday, July 16, 2009

Ayam Golek Tergolek-golek





Cakap ngan hubby, apa kat malam ni kita masak ayam golek jer, tak yah masak nasik kita makan ayam jer. Ala-ala kita makan kat NAndos atau Kenny Rojes. Hm... dia kata menarik gak tu.. lagi pun my sister in laws ada kat umah. Dia tu pemakan ayam tegar. So boleh tolong habiskan makan ayam.

Kita masak italian/western style. Guna rempah yang sedia ada jer kat dapur.

Bahannya
1 ekor ayam, dibersihkan tetapi jgn dipotong
3 sudu serbuk cili
1 sudu dry oregano
1 sudu dry basil/selasih
1 sudu dry rosemary
2 sudu black pepper tumbuk kasar
5 sudu gula perang
garam
5 ulas bawang putih tumbuk
1 biji lemon, perah airnya
8 biji kentang. basuh hingga bersih. Jgn buang kulit

Caranya:
1.Satukan semua rempah dan bahan dengan air lemon dan jadikan pes
2. Sapukan keseluruh ayam termasuk bahagian dalam perut dan bawah kulit
3. Masukkan kulit limau tadi kedalam perut ayam bersama 2-3 ulas bawang putih.
3. Perapkan sekurangnya 2 jam.
4. Cucukkan pada rotissories dan panggang dengan suhu 250 darjah selama 1 jam 30 minut.
5. Kentang tadi dicucuk ngan garfu. Gaulkan dengan sedikit minyak, garam dan oregano.
6. Letakkan dalam dulang dan bakar berma-sama ayam tadi.

Monday, July 13, 2009

Family Vacation to Pangkor 04 July 2009

Percutian ke Pangkor bersama keluarga mertua dan ipar duai. Aku ajak mak dan abah jugak since they all pun tinggal berdua jer. So kiranya ni percutian keluarga lah. Jgn gelak kalau aku cakap ni first time aku ke Pangkor yer.

Pagi-pagi sebelum gi moh kite gi petik rambutan dulu. Boleh makan masa on the way





Since we all dari Kuala Selangor, we all ikut Jalan Teluk Intan le.. lebih dekat dan dan yang penting tak de toll.


Sampai Jeti Lumut kami cari port makan dulu. Macam biasalah.. pergi ngan orang tua. Membekal tu satu kewajipan. Bapak ngan abah siap sembelih ayam tu nak buat bekal berjalan.




View di sekitar jeti lumut. Diorang cakap tempat ni dah banyak berubah. Dah lebih cantik dari dulu.





Masa nih dah atas feri dah.....

Kami duk kat Coral Bay jer. Amik yang Apartment. asalnya nak duk kat teluk nipah tapi full house. Lagipun saya tak biasa ke sini jadi tak tau mana nak tuju. Sampai hotel kami sambung makan bekal yang ada Pemandangan di sekitar pantai pasir bogak. petang tu kami lepak2 kat pantai sambil mandi manda. Pantai cantik air pun jernih.









dah habis mandi laut layan swimming pool


Pagi esok kami pergi snorkling. Tengok Ikan warna warni. Disebabkan pagi tu hujan, so air tak berapa jernih. Kalau tak mesti lagi clear air dia. Yang ni pun amik gambar guna hp jer. Tak bawak kameralah. Kang tak pasal-pasal kamera terjun dalam laut


Siap tangkap ikan tu..

Before we left, we took picture for memories. Bilis pangkor yang glamor tu.. memang sedap dan rangup but for me its quit pricey lah..