Monday, September 14, 2009

Hari Raya hampir tiba....teringat raya dulu-dulu

Semalam balik ke Ke Kuala Selangor, rumah emak & mertua..terasa sangat akan hampir tibanya aidilfitri. Di kampung Aura Raya dah mula terasa disana sini.

Masa berbuka dah merasa hidangan ketupat , rendang dan kuah lodeh tak lupa sambal kacang. 3 orang jiran dah mula hantar juadah serta lauk raya dah. Bagus jugak time2 nih dah hantar lauk tak payah tunggu nak raya. dapat jugak pahala bersedekah dibulan puasa. Kalau hantar masa raya biasanya takut tak termakan.. maklumlah dah banyak sangat. Kat sini memang dah jadi kebiasaan macam nih. Kesimpulannya semalam memang kami tak masak langsung.

Lampu pelita dah mula menerangi setiap rumah. Tapi minyak tanah la nih mahal benor..Abah semalam dah keluarkan stok pelita tahun lepas ..recycle.. tunggu adik yang bongsu balik khamis nih..dia dah telefon pesan awal-awal suh abah pasang pelita.

Sesekali terdengar dentuman meriam berlawan-lawan antara satu sama lain. Dekat sini masih ramai budak-budak dan kadang2 org dewasa yang masih main meriam bila hari raya tapi bukan meriam buloh yer.. diaorang banyak gunakan saluran paip PVC yang besar tu. Sepanjang ingatan saya masih belum ada kes mangsa korban meriam selama saya menyambut raya selama 30 tahun ni di tempat kami. Main meriam kena ada teknik yang betul agar tidak merbahaya.

Bunga api dan mercun juga mula kedengaran. Tidak dinafikan kemeriahan raya atau lebih tepat malam raya akan kurang terasa jika tidak kedengaran bunyi mercun dan meriam. hubby pun dah ada stok mercun & bunga api tuk stok raya .

Kalau dulu-dulu mak dan aku akan berjaga sepanjang pagi atau tidur lewat hingga ke pagi sebab nak menyiapkan hidangan di pagi raya. Kalau dulu kena tunggu pengumuman raya baru masak. Kalau kena esoknya tak raya oklah.. tapi kalau kena esok raya.. lintang pukanglah kami menyiapkan hidangan ayam yang berekor2 tu nak dimasak.

Tulah.. pejam celik dah nak habis penghujung puasa.. terasa cepat benar dah 24 hari kita berpuasa. erm... bestnya bila teringat raya dulu-dulu


No comments: