Monday, June 28, 2010

Sayur Lemak Pucuk Meranti

Ini bukan pucuk meranti spesis kayu kayan tu yer. Ada yang panggil pucuk ranti, meranti
sedikit info tentang sayur ini dari hasil google di blog ini : http://mzukzi.multiply.com/journal/item/9/Kenali_Ulam_Terung_Ranti_Belinjau_Sedap_Dimasak_Lemak


Terung ranti
Nama Saintifik: Solanum americanum Miller
Sinonim: Solanum nigrum L.
Famili: Solanceae
Nama lain: Terung perat

PUCUK atau daun muda terung ranti sudah lama dikenali sebagai sayuran, terutama di kalangan masyarakat desa di pesisir pantai yang bertanah gambut. Sayur ini biasanya dimasak lemak atau ditumis. Pucuknya dicelur dan dijadikan ramuan kerabu. Rasanya pahit sedikit dan tidak digemari sesetengah orang, terutama kanak-kanak.

Sayur yang dimakan ini dianggap ubat. Ada catatan menyatakan sayur ini berfungsi sebagai laksatif dan diuretik. Ada juga pendapat menyatakan ia sebagai afrodisiak. Buahnya dikatakan mengandungi racun.
Terung ranti adalah herba saka, dipercayai berasal dari Selatan Amerika dan tersebar hingga ke Asia Tenggara. Herba saka ini ditanam secara tanaman semusim, kadangkala ditemui tumbuh liar di sekitar tanah terbiar, terutama di sekitar tanah gambut yang baru dibuka. Batangnya lembut, bersegi, licin, bercabang banyak, merimbun dan mencapai ketinggian 60 hingga 90 sentimeter (sm). Daunnya pelbagai saiz dan bentuk. Kebanyakannya berbentuk ovat-lanseolat, tepi daun bergerigi kasar, 3 hingga 6 sm panjang dan 2 hingga 4 sm lebar, berwarna hijau muda. Infloresen berjambak pada batang atau ranting di pucuk. Pada satu jambak terdapat beberapa bunga kecil, 3 hingga 4 milimeter (mm) diameter, berwarna putih.

Buah beri, globos, 0.5 sm diameter, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hitam keunguan apabila masak. Buah ini berjus hitam keunguan, berbiji banyak dan halus.
Sayur ini mengandungi khasiat yang tinggi. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan terung ranti mengandungi: Air 85 g, protein 4.7 g, lemak 0.5 g, karbohidrat 8.1 g, kalsium 210 mg, ferum 6.1 mg, karotena 1.9 mg, vitamin B1 0.14 mg dan vitamin C 40 mg.

Terung ranti mudah dibiakkan dengan cara biji benih. Biji benihnya boleh dipungut daripada buah yang cukup masak dan dikeringkan di tempat yang teduh. Biji ini kemudian ditabur terus ke batas. Sebaiknya, biji ini digaul dalam pasir yang kering terlebih dulu sebelum ditabur. Sselepas 5 hingga 6 minggu sayur ini boleh tuai. Terung ranti boleh juga dibiakkan dengan cara keratan batang atau keratan pucuk berdaun. Keratan ini boleh ditanam terus ke batas atau disemai terlebih dulu ke dalam pasir. Selepas berakar dipindahkan ke batas.

Saya masak lemak biasa saja. Pekena plak dengan sambal belacan dan ikan kering.. resipi cam biasa jer just tumbukkan bawang merah dan ikan bilis jer dalam santan. Antara sayur kampung favourite saya. Kalau ke pasar mesti nak beli. Selain masak lemak saya suka celur jer jadi ulam atau campur buat kerabu. Nak tumis pun boleh. Rasanya sedikit pahit-pahit daunnya tapi sedap.

Sayur bening lagi


Cuaca panas-panas ni sedap masak yang simple2 jer. Masak bening ni favourite saya. Kot-kot tengah diet sesuai sangat makan sayur2 rebus cam ni jer. Lawan plak dengan sambal belacan dan ikan masin serta ikan goreng. Dari diet jadi tak diet sebab melantak sampai 3 pinggan nasi.
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • sedikit ikan bilis
  • 2 biji ubi kentang potong 4
  • petola dipotong bulat
  • suhun -direndam
    sayur kobis-potong kasar
  • garam & gula secukup rasa
  • 5 cawan air
Didihkan air,bawang, bilis dan kentang dalam periuk. Kemudian, baru masukkan sayuran dan rasa masinnya.Bila dah mendidih, terus tutup api supaya sayur tak lencun sangat. Boleh dihidang dengan ikan goreng, ikan masin dan sambal belacan.


p/s: saya memang hidang ngan periuk2 sekali.. senang lagipun i pakai vision you...



Sambal Belacan


Saya percaya semua orang suka sambal belacan dan masing-masing ada cara dan resipi tersendiri dalam menyediakan sambal belacan. Saya lebih suka kalau sambal belacan saya betul-betul pedas menyengat..tapi awas daya tahan perut anda juga harus kebal. Rahsia saya kalau tak nak sakit perut, goreng atau kukus cili api tu dulu. Dan saya juga suka kalau sambal belacan saya tidak terlalu halus dan yang penting 100% guna cili api. Power beb.
  • Kalau kita tengah masak nasi, letak jer cili api dan belacan diatas nasi yang hampir kering airnya. Tutup periuk nasi. Lepas nasi masak, angkat cili dan belacan. Tumbuklah seperti biasa. Perah asam limau
  • @ kalau kita tak masak nasi time nak buat sambal belacan, goreng jer cili api tu lepas2 kita goreng ikan ker. Awas pastikan kuali ditutup takut cili api meletup keluar semua dari kuali. Tumbuk cam biasa.


Sepohon Sawi di Lebuh raya





Sepohon sawi yang hidup subur ni aku jumpa kat tepi lebuh raya. Lokasinya selepas toll Kempas, JB menghala ke KL. Lepas bayar toll nak balik KL hubby berhentikan keta kat tepi sebab nak solat Maghrib. Dengan tak semena-mena aku ternampak pokok sawi ni. Tak delah pelik sangat tapi yelah..agaknya dah rezeki dia nak hidup kat situ kot.. aku yang beria-ia tanam sawi kat rumah pun tak hidup2 ni dia hidup segar bugar jer kat tepi jalan.

Tuesday, June 15, 2010

Spageti Express


Bahannya:
  • 1 labu bawang besar kuning-dicincang
  • 5 ulas bawang putih-dicincang
  • 500g daging cincang
  • 10 biji cendawan butang segar- boleh guna dalam tin juga
  • 1 botol sos spageti kimball
  • 1 peket spageti-direbus al dente
  • sedikit lada hitam
  • sedikit oregano dan daun bay
  • parutan keju-optional
  • minyak zaitun utk menumis

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan daging cincang dan lada hitam. Masak hingga daging kering.
  3. Masukkan sos spagetti kimbal, cendawan, oregano & daun bay.
  4. Tambahkan sedikit air mengikut kesesuaian
  5. Boleh tambahkan keju jika suka.

Wednesday, June 9, 2010

SAYUR CAMPUR GORENG

Sayur goreng ni rasanya tak lah attach resipi. resipi biasa-biasa jer menggunakan stock sedia ada.

Masak Loncom..

Resipi dari abah, kenapa dipanggil loncom? Entahlah saya pun tak pasti. Yang pastinya resipi tumis simple ni gunakan lada besar sebab abah tak makan pedas. Pastu letak belimbing buluh .. erm.. sedap sekali .

Bahannya:
  • 10 tangkai lada besar, boleh guna hijau dan merah dihiris serong
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 1 genggam ikan bilis, dibersihkan
  • 2 biji tomato- dibelah 4
  • 5 biji belimbing buluh-dibelah dua
  • 3 biji telur -didadar dan potong ( optional)
  • garam & gula secukup rasa
  • 3 cawan air
Caranya:
  1. Tumiskan bawang besar, putih, ikan bilis dan cili api hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan didihkan. Masukkan belimbing buluh jika suka
  3. Lastly masukkan tomato dan telur dadar

Friday, June 4, 2010

Air Nenas Nyaman



Selalu buat air nenas masa bulan puasa.. nyaman jer kalau minum. Kalau kat kedai diorang just blend jer nenas tu tapi saya tak suka. Saya lebih suka nenas ni dimasak terlebih dulu dengan gula dan sedikit air.

Bahannya

  • satu bji nenas diracik

  • 300g gula

  • 5 cawan air

Rebus sehingga nenas lembut dan sejukkan. Tambahkan air masak dan ais mengikut kesesuaian. Fuh.. nyaman