Saturday, August 21, 2010
Friday, August 20, 2010
Ikan Sembilang Salai
Ikan sembilang segar bugar ni memang masih hidup ketika disiang.. yang ni spesis sembilang laut yang dipancing sendiri di laut. Sedap dimakan begitu bersama air asam atau dimasak lemak cili padi...yang ni kami masak lemak cili padi tapi gambar tak ambil...maklumlah dirumah mertua.. tak sempat nak bergambar sebab sibuk menyediakan hidangan....
Paratha Instant Puff
Kali ini saya masak puff.. kalau orang kita panggil karipap ler..guna kan instant paratha jer. Senang dah ringkas buat juadah berbuka puasa...
Bahan-bahannya:
Roti Paratha Plain jenama Kawan
1 tin kecil sardin di lecek-jgn buang kuahnya
1 biji ubi kentang di dadu kecil
1 labu bawang besar
sedikit cili kisar
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahannya:
Roti Paratha Plain jenama Kawan
1 tin kecil sardin di lecek-jgn buang kuahnya
1 biji ubi kentang di dadu kecil
1 labu bawang besar
sedikit cili kisar
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
- Tumiskan semua bahan diatas seperti biasa hingga pekat. Jangan tambah air. Sejukkan
- Ambil sekeping roti paratha dan canai sedikit.Potong atau bahagikan ke 2 atau 3 bahagian.
- Letakkan inti dan kelim kelilingnya seperti karipap atau tekan dengan garfu
- Boleh juga digulung mengikut kretiviti masing-masing
- Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dalam ketuhar hingga garing.
Monday, August 16, 2010
BLOG LIST BEN ASHAARI
Assalamualaikum en Ben.. saya berminat nak join dalam ketegori MASAKAN. Sesiapa yang nak join leh la gi ke sini ->>>BLOG LIST BEN ASHARI. TQ En Ben.
Saturday, August 14, 2010
Friday, August 13, 2010
Ayam Halia
Ayam halia ni sedap sebagai pembuka selera di bulan puasa. Untuk bersahur pun sedap juga sebab rasanya yang ringkas dan tak terlalu pedas. Ala-ala singgang sikit.
- 1 bahagian ayam dipotong kecil
- 3 inci halia muda -diracik
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 5 biji cili padi dititik
- 1 pokok daun bawang di potong
- 1 sudu sos tiram
- sedikit lada hitam
- 1 biji tomato dibelah empat
- Tumiskan bawang putih dan halia hingga harum
- Masukkan ayam dan gorengkan sebentar
- Masukkan sedikit air dam biarkan hingga ayam empuk
- Masukkan sos tiram, garam , lada hitam dan cili api
- Akhir sekali taburkan daun bawang dan tomato
Kailan Goreng Dengan Tauhu
Thursday, August 12, 2010
Ayam Tumis Cili Api
Bahannya:
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil dan goreng
- 3 biji kentang, potong baji dan digoreng
- segenggam cili padi -lebihkan jika suka pedas * tumbuk
- 5 ulas bawang merah *tumbuk
- 3 ulas bawang putih * tumbuk
- 1 tangkai daun kari
- 2 biji tomato hijau dibelas 4
- garam dan gula secukup rasa
- minyak utk menumis
- Tumiskan bawang dan cili padi hingga garing.
- Masukkan ayam dan kentang gaul hingga sebati
- Masukkan garam, gula dan air sedikit
- Akhirnya taburkan daun kari dan tomato
- Siap utk dinikmati.
Friday, August 6, 2010
Sambal Bilis Kicap
Sempena nak puasa ni, nak share resipi yang sesuai dan membuka selera masa sahur..my hubby cukup suka ni. Masa mula-mula kenal hubby, nilah masakan pertama saya yang dia makan dan terus terjatuh chenta.....chewah. Sampai sekarang ni lah lauk feveret dia...
Rasanya sebelum ni pun dah penah post kat sini...
1-2 genggam ikan bilis digoreng
10 tangkai cili padi dihiris
2 labu bawang besar di mayang..(saya suka bawang lebih)
1 biji kentang dihiris nipis dan digoreng
1-2 papan petai di hiris
kicap manis secukupnya
Tumiskan bawang besar dan cili padi hingga agak kering.
Masukkan bilis, kentang, petai. Curahkan kicap secukupnya hingga membasahi semua bahan-bahan tadi.Boleh dihidangkan bersama nasi panas-panas....
Thursday, August 5, 2010
Lempeng
Dulu-dulu kalau kalau buat sarapan lempeng kena ada sambal tumis..yang pastinya bukan pakai cili kering tapi cili api.. sebab saya kan pencinta cili api. Yang ni saya guna cili api yang kaler merah .. tapi tak se 'kick' cili api kampung yang kecik2 hijau tu. Yang saya buat ni tahap malas, cili tu di blender plak tu.. lagi lah tak rasa 'kick' nya. Ate.. dah malam, suami boleh suh buat lempeng. Dia tak mo makan nasi.. resipi tak yah ler..semua tau nak buat lempeng...ke ada yang tak tau.. kalau tak tau ada yang nak kena lempang boleh tanya pada yang pakar.
p/s: maaf gambar kurang memuaskan diambil guna henpon cap ayam. Pastu tak pandai nak posing... saya bukan mat gebu...
p/s: maaf gambar kurang memuaskan diambil guna henpon cap ayam. Pastu tak pandai nak posing... saya bukan mat gebu...
Tuesday, August 3, 2010
Jamur Goreng
Rasanya semua tau cendawan memang sedap kalau buat goreng cam ni, kalah daging ayam. Kat Pasar Malam kalau beli satu bekas RM 1 tu ciput jer celah gigi pun tak tak de sebab depan gigi tak de. Puas hati dapat goreng cendawan ni sendiri. Pergi ekonsef Econsave beli cendawan 1/2 kilo murah sikit. So bolehlah goreng dengan banyaknya guna tepung goreng segera agromas. Sambil goreng sambil kunyah...
Sambal Ijo
Sambal pembuka selera yang ringkas dan sedap. Hanya gunakan cili hijau + lada hijau + bawang besar + tomato hijau. Gorengkan dan tumbuk kasar.
Subscribe to:
Posts (Atom)