Tuesday, July 31, 2012

Bergedil kentang

Resipi bergedil saya simple sajer. Tapi lebih bagi saya sangat sedap. Rahsianya saya gunakan ikan bilis saje berbanding ayam atau daging. Lada sulah itu wajib letak tau. kalau tak tak naik rasanya

Bahan bahanya:

10 biji kentang-Belah Empat dan digoreng / rebus
7 ulas bawang merah-mayang dan goreng
2 ulas bawang putih- mayang dan goreng
Sedikit ikan bilis-goreng
2 besar sudu lada sulah kisar
Daun sup
3 biji Telur

Caranya:
  1. Lenyek kentang hingga hancur. Pastikan kentang digaul garam sebelum goreng
  2. Bilis goreng dan bawang goreng ditumbuk
  3. Gaulkan bawang,bilis, daun sup dan lada sulah dalam kentang lenyek hingga sebati.
  4. Jika suka pecahkan sebiji telur juga dalam kentang utk mengelakkan berderai ketika digoreng.
  5. Gaul rata. Bentukkan begedil mengikut citarasa masing
  6. Celupkan didalam telur dan goreng dengan api yang kecil

No comments: