Friday, December 21, 2012

Bakul Pastri dengan Tat Buah


Size: Size bakul 4 segi Lebih kurang 6 x 6 Inci dengan isi 38-40 biji tat nenas berbentuk strawberi HARGA : RM70 delivery within klang Valley Intrested : 0133621088 Muza 0133331320 Rizal

Saturday, November 10, 2012

Thursday, August 2, 2012

Sheperd Pie

Ini pertama kali saya buat sheperd pie ( haloo ejaan tah betul entah tidak). kalau ikut resipi intinya pakai daging tapi saya guna frankfuter jer. dah itu yang ada dlm peti. kita yang buat dia so suka hatilah nak buat cam ne yer tak. yang penting creativity.

Rasanya tak payah ler letak resipi. leh google jer. mcm2 ada

Tuesday, July 31, 2012

Ulam pucuk apakah ini?

Baru2 ni masa ke langkawi saya dihidangkan dgn ulam ni. Sejenis ulam pucuk yang saya tak pasti apakah namanya. Rasanya spt pudina skit. Ada sapa sapa tau?

Tauhu Sumbat

Kudapan ringkas lagi berkhasiat sebagai pembuka selera. All time favourite saya ni. Kalau tidak disumbat cukup sekadar tauhu goreng cicah kicap. Yummy

Bergedil kentang

Resipi bergedil saya simple sajer. Tapi lebih bagi saya sangat sedap. Rahsianya saya gunakan ikan bilis saje berbanding ayam atau daging. Lada sulah itu wajib letak tau. kalau tak tak naik rasanya

Bahan bahanya:

10 biji kentang-Belah Empat dan digoreng / rebus
7 ulas bawang merah-mayang dan goreng
2 ulas bawang putih- mayang dan goreng
Sedikit ikan bilis-goreng
2 besar sudu lada sulah kisar
Daun sup
3 biji Telur

Caranya:
  1. Lenyek kentang hingga hancur. Pastikan kentang digaul garam sebelum goreng
  2. Bilis goreng dan bawang goreng ditumbuk
  3. Gaulkan bawang,bilis, daun sup dan lada sulah dalam kentang lenyek hingga sebati.
  4. Jika suka pecahkan sebiji telur juga dalam kentang utk mengelakkan berderai ketika digoreng.
  5. Gaul rata. Bentukkan begedil mengikut citarasa masing
  6. Celupkan didalam telur dan goreng dengan api yang kecil

Wednesday, June 27, 2012

Pecal Pari @ Masak lemak kencur


BAHAN-BAHANNYA

  1. IKAN PARI
  2. CILI PADI
  3.  ISI CEKUR 
  4. DAUN CEKUR 
  5. BAWANG MERAH 
  6. BELACAN-JIKA SUKA
  7. SANTAN PEKAT 
  8. GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
 

CARA MEMASAKNYA:
  1. GRILLKAN IKAN PARI HINGGA MASAK.
  2. TUMBUK BAWANG MERAH, CILI API DAN BELACAN HINGGA LUMAT
  3. MASUKKAN BAHAN TUMBUK DALAM SANTAN DAN MASAKKAN HINGGA MENDIDIH.JGN AMPAI PECAH MINYAK.
  4. MASUKKAN IKAN DAN RASA ASAM GARAMNYA
  5. TABURKAN HIRISAN DAUN CEKUR SENAGAI PENAMBAH PERASA
  6. HIDANGKAN

Saturday, June 9, 2012

Berkat

Berkat=buah tangan yang diberi kepada tetamu ketika balik dari majlis kenduri di kalangan masyarakat jawa teruma si kampung.
Jika 15 tahun dulu berkat utk majlis walimatulurus berisi nasi lauk dan kuih. Bayangkan kalau org jawa buat kenduri memang meriah dgn makanan. Bagi masyarakat jawa jika buat majlis kenduri makanan adalah keutamaan. Biar majlis tak glamor tapi makanan mesti cukup. Sudah makan tetamu plak diberi berkat berupa nasi dan lauk dan kuih sebelum balik tak lupa bunga telur. Betapa murah rezeki tuan rumah.
Sekarang berkat nasi dah tak de digantikan dengan benda lain spt gula2 dan makanan ringan yang lain. Lebih mudah dan senang sebab boleh packing lebih awal.

Tuesday, May 29, 2012

asam pedas sayur keladi

Sayur orang kg. Bukan kegemaran tapi bolehla makan dengan syarat mesti beserta dengan ubinya sekali.

Bahannya:

3 tangkai batang keladi beserta ubinya
Cili kering kisar
Sedikit udang kering
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Daun limau
Asam keping / asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


Bersihkan batang keladi dan ubinya
Rebuskan ubi keladi dan batangnya separuh empuk
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili kering dan udang kering
Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga garing
Masukkan air dan asam keping dan didihkan
Masukkan batang keladi dan renihkan hingga batang keladi lembut dan kuah pekat
Rasa aam garamnya